CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 30 Disember 2008

Rokok?





Assalamualaikum w.b.t

Mungkin ada pihak yang tidak tahu apa itu rokok.
Merokok dalam bahasa arab adalah "tadkhin".Merokok adalah sesuatu perbuatan menghisap asap akibat sesuatu bahan yang dibakar.Asapnya masuk melalui rongga mulut ke organ dada dan ia keluar melalui hidung atau mulut.Namun terdapat bahan yang melekat pada laluan asap tersebut.Perokok di kenali sebagai penghisap asap atau
shurb hadha’-d-dukhan.
Bahan rokok itu adalah terdiri daripada tembakau yang di dalam bahasa arabnya "tubughun".
Ia mula di kenali pada era 1942 Masihi.

Kesan awal merokok adalah:

*Selaput pada mata
(al-ghishawah fil-basar)
*Berat pergerakan tubuh
*Penghadaman terganngu

*Badan menjadi kekurangan air
*Kehausan air
*Merosakkan otak(boleh menjadi mabuk)

*Pergerakan jantung lemah namun kadang2 ia berdebar2
*Darah menjadi pekat

Kesan berlarutan adalah:


*Barah otak
*Barah paru
*Akhirnya kematian (rokok membunuh perokok)

Mungkin ada pihak yang bersependapat rokok tidak haram kerana ia makruh malah ada juga pihak yang mengatakan ia halal
( orang betul2 jahil kerana menghalalkan ia kerana nafsu ).
Namun majoroti yang sikit mengatakan ia haram
Tiada Ayat Al-Quran,Hadis dan As-Sunnah yang mengatakan secara terus bahawa rokok adalah haram,namun kita perlu teltiti kerana hukum didalam Al-Quran adalah merangkumi sepanjang zaman.Apabila diteliti secara bijaksana bahawa sebenarnya terdapat hukum di dalam Al-Quran yang mengatakan sebenarnya rokok adalah haram.

Berdasar hadis Baginda S.A.W
Makanlah apa saja makanan yang membawa kebaikan pada mu dan jangan kamu memakan makanan yang membawa kemudaratan.

Sabda Baginda:
Sesungguhnya tulang dan asap adalah makanan jin.

Sabda Baginda;
Janganlah kamu memakan makanan yang membawa kemudaratan,beracun atau mengkhayalkan,sesungguhnya ia haram bagi mu.

Malah terdapat juga ayat Al-Quran dan al-hadis yang mengatakan memakan najis adalah haram.Dan kita juga dilarang membazir kerana membazir itu amalan saudara syaitan.


Merokok adalah haram kerana ia :

*Memudaratkan
*Rokok mengandungi racun
*Rokok mengandungi najis
*Mengkhayalkan
*Membazir
*Penyebab penyakit dan kematian

Malah rokok menjadi haram apabila keuntungannya adalah dilaburkan untuk ketenteraan penjajah.Ia dilaburkan untuk menjajah negara Islam dan membunuh umat Islam.
Maka secara am ye,perokok dan rakan subahatnya mempunyai saham atas kematian dan kemusnahan rakyat dan negara Islam.Maka perokok adalah pembunuh dan pengkhianat agama!!!



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtAgok-RLSZwRgTmZ6fyhefO2HBoAnIM0Lz8zT0nF3XTE-0n30wKht1sG1HPw_5pn7Zi6sM4j2viynt5bgcpbc9cuqWu_3w0zShA9MTT5WAq31xfqLoSMyKifCBX-8EckT_ErM5_wJDhA/s1600-h/Rokok+haram.jpg


Isnin, 29 Disember 2008

Ke mana Hilangnya Ia?



Ke mana hilangnya sistem sebuah pentadbiran negara Islam yang bernama Sistem Khilafah? Mengapa ramai yang tidak tahu apa itu Khilafah? Mana perginya sifat ukhwah persaudaraan kita sebagai umat Islam?

Dahulu Sistem dan negara yang berdaulahkan Sistem Khilafah dijajah musuh Islam,mungkin sekarang Iraq di jajah pula dan Israel bermaharajalela membunuh sesiapa saja
tapi negara mana selepas ini?

Umat Islam begitu ramai tetapi takut akan musuh yang sedikit...

Namun amat sedih kerana terdapat pemimpin yang mengelarkan diri sendiri pemimpin Islam dan memimpin negara Islam,namun diam seribu bahasa bila negara Islam yang lain dijajah,malah rakyatnya di bunuh dan kaum hawa dirogol oleh tentera penjajah( U.S , Britain , Australia dan PBB ).

Adakah penjajah masih menggunakan konsep menjajah sesebuah negara untuk mentamadunkan negara tersebut sedangkan mereka sendiri tidak bertamadun?

Ia berlaku bukan atas kesalahan penjajah saja tetapi atas kesalahan hampir kesemua umat Islam itu sendiri kerana di buai mimpi ( cintakan dunia dan takutkan mati ).







Masihkah kita ingat dan kenal ulama kita?Mereka mengerahkan sekuat tenaga mereka dan mengeluarkan harta demi agama Islam yang di cintai.Malah salah seorang dari mereka syahid akibat peluru berpandu sedangkan ketika itu beliau berperang dalam kedaan lumpuh separuh badan demi Islam dan sistem Khilafah.Jihad bukanlah sekadar berperang dengan senjata namun kita juga wajib jihad tidak kira bagaimanapun.Namun semangat jihad semakin pudar berdasarkan sikap pemimpin negara dan masyarakat yang tidak menghormati ulama dan hukum Islam.





Salam Maal Hijriah 1430





Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:



Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

JANGAN MENGAHWINI PEREMPUAN JENIS INI



Jangan engkau kahwini wanita yang mempunyai enam jenis ini, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Aurat Seorang Wanita Itu




SATU Pesanan Buat yang MUSLIMAH yang DIKASIHI
Kalau anti seorang yang menutup aurat, ALHAMDULILLAH ana ucapkan..
tapi INGATLAH bahawa anti terlepas pandang akan hal remeh ini..
Hatta anti memakai JUBAH, PURDAH @ TUDUNG LABUH sekali pun, anti lupa akan 1 hal yang begitu kecik sekali..
Yakni, KAKI..
Ejaan hanya 4 huruf, dengan berada dibawah pandangan orang, Anti terlupa untuk menutup KAKI anti..
"Seluruh badan wanita adalah aurat, kecuali muka dan telapak tangannya sahaja"
Jadi, KAKI adalah tergolong dalam aurat yang tidak boleh didedahkan sama sekali..
Rasulullah S.A.W. telah menggambarkan orang yang suka menDEDAHkan AURATnya sebagai “DAGING YANG BUSUK” yang hanya menunggu “ANJING GILA” datang memakannya..
PENYELESAIANNYA??
Senang sahaja, pakai la stoking a.k.a sarung kaki sepanjang masa.. ;)
*Hukum Allah bukanlah untuk dipermainkan oleh manusia. Oleh itu, apabila kita menerima sesuatu hukum dari Allah (Al-Quran dan As-Sunnah), WAJIB kita beramal dengannya tanpa berfikir-fikir lagi. Kerana…
“TIADA UNDANG-UNDANG YANG LEBIH BAIK DARI UNDANG-UNDANG ALLAH”

Cinta Antara Dua Ajnabi










Maksud Hadith Nabi S.A.W.:-“Tidak beriman seseorang dari kamu sekiranya nafsunya tidak mengikuti apa yang aku bawa”

Kepada, Ikhwan Musimin dan Muslimat yang masih lagi mentah dan bujang..
Tiada kata-kata yang lebih baik daripada kata-kata junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang setiap perbuatannya dijaga oleh Allah S.W.T.

Berdasarkan hadith S.A.W. ini jelas menunjukkan barangsiapa yang mengikuti nafsunya, mudah terdorong dengan nafsu, mereka masih lagi tidak beriman..
Bukan bermaksud antum tidak Islam, akan tetapi, Iman antum semua itu bagaikan debu yang ketiadaan air yang dapat melembapkan debu dan menyuburkannya.

Jelas, mengikut adat percintaan ajnabi(Lelaki dan Perempuan yang sah akad nikahnya) zaman sekarang bukanlah dengan nama Allah lagi dan mengikuti hawa nafsu. Mungkin ada yang bercinta atas nama Allah lagi di dunia ini, tapi kita mengikuti apa yang berlaku pada suasana sekarang..

Maksiat telah berleluasa, yakni:-

1) Orang lelaki dengan bebasnya mengajak perempuan yang murah lagi tiada maruah untuk menaiki motosikal bersama-sama.

2) Orang lelaki dan perempuan juga mula berkeinginan untuk berjumpa(DATING) dan akan ketagih akannya.

3) Orang lelaki bebas dapat memegang tangan perempuannya tanpa sebarang hubungan yang sah.

4) Orang lelaki itu bebas mendengar suara merdu perempuan itu ketika mereka bergayut(xkn perempuan nk bercakap guna suara kasar dgn lelaki yang dicintainya).

5) Mula-lah lelaki itu mengambil tahu hal-hal peribadi perempuan itu seperti kedatangan haid, dan macam-macam lagi.

6) Mereka akan juga berSMS setiap masa, sehingga meminggirkan Allah dalam perbuatannya dan ibadahnya.

Cantik Seorang Wanita Itu




Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis bukan
kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar
senyum kosmetik.

Cantik seorang wanita itu sebagai remaja tidak
pada kulitnya mulus menggebu terdedah.

Cantik seorang wanita itu sebagai Hawa tidak
kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.

Cantik seorang wanita itu sebagai anak tidak
menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami.

Cantik seorang wanita itu sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipar lamai.

Cantik seorang wanita itu sebagai ibu membuai
anak di kala suami menjalin mimpi.

Cantik seorang wanita itu sebagai mentua telus
hati mengagih kasih setara pada semua.

Cantik seorang wanita itu sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit.

Cantik seorang wanita itu sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara.

Cantik seorang wanita itu sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf.

Cantik seorang wanita itu sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis.

Cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget