CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 23 Januari 2009

Israel lakhnatullah nafi lakukan kekejaman




PENDUDUK Islam Palestin menunaikan solat Jumaat di luar masjid Al-Taqwa yang menjadi sasaran pengeboman Israel di Bandaraya Gaza, semalam. Menurut pusat biro statistik Palestin, 20 masjid adalah antara lebih 4,000 bangunan yang musnah sejak Israel memulakan serangan pada 27 Disember lalu.

Pendedahan kanak-kanak Palestin disifatkan propaganda Hamas (kata2 dari Israel)

GAZA: Israel terus menegakkan benang basah dengan menafikan kekejamannya di Semenanjung Gaza biarpun selepas kanak-kanak Palestin menceritakan bagaimana ibu bapa mereka dibunuh tentera rejim Zionis itu.

Salah seorang daripada kanak-kanak itu, Abdullah Samouni, sembilan tahun, berkata, bapanya dibunuh di depan mata walaupun sudah menyerah diri kepada tentera Israel dengan kedua-dua tangan diangkat.

Seorang lagi pula menceritakan bagaimana beliau menjadi saksi kematian ibu, tiga saudara lelaki dan bapa saudaranya selepas rumah mereka dibedil.

Beliau berkata, ibu dan salah seorang saudaranya terbunuh serta-merta, manakala yang lain mengalami pendarahan selama beberapa hari sebelum menemui ajal.

Seorang pakar psikiatri yang merawat kanak-kanak di kampung Zeitun menggambarkan kematian itu sebagai 'pembunuhan beramai-ramai.' Rawya Borno, doktor dari Jordan, berkata penduduk awam termasuk kanak-kanak dikepung dan dibunuh tentera Yahudi.

Israel menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai propaganda Hamas, tetapi siasatan dilakukan mengenai tindakan tentera di kawasan itu.

Dalam temu bual dengan ITV News, penduduk Palestin mendakwa tentera Israel sengaja membunuh penduduk awam di Zeitun pada pagi 14 Januari lalu.

Abdullah menceritakan saat bapanya dibunuh tentera Israel.

Sambil mengangkat tangannya, Abdullah berkata: "Bapa menyerah diri seperti ini. Bapa keluar dan mereka terus menembaknya.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget