CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 23 Januari 2009

Sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah



Biar putih tulang,

Jangan putih mata,
Biar mati adat,
Jangan mati agama.

Sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah!!!

Andai kata seorang hamba Allah mula melangkah ke jalan Allah maka biarkan ia ke jalan Allah dan bantulah ia semoga ia kekal di jalan Allah kerana membantu saudara seagama ke jalan Allah adalah satu kewajipan.

Ya Allah
Ya Tuhan kami
Ampunilah dosa-dosa kami
Dan dosa-dosa ibu bapa kami
Berikan taufiq dan hidayah Mu
Dan janganlah Engkau menarik semula taufiq dan hidayah Mu
Seandainya kami tiada taufiq dan hidayah Mu maka kami adalah dari golongan yang rugi
Maka teguhkankan iman kami semoga kami kekal di jalan Mu
Amin..

Adakah kita benar-benar di jalan Allah dan adakah amalan kita mendapat redha-Nya?

Adakah kita maju dalam melangkah ke jalan Allah?

Adakah kita benar-benar umat Islam?

Sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..

Seandai kita sedar dan mula hendak berubah maka carilah sahabat yang dapat membantu.
Jika sahabat juga tidak mampu maka carilah pihak yang benar-benar mampu.
Bila kita baru mula di jalan Allah maka pasti akan ada dugaan.Ia bukan untuk menhancurkan tetapi untuk meneguhkan.Semakin teguh iman seseorang maka semakin itu juga ia di uji berdasarkan kemampuannya.Maka harungilah ia dengan tabah dan ingatlah sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang beriman dan bersabar.Andai kata iman semakin pudar kerana hasutan syaitan maka lawanlah ia dengan zikrullah dan teguhkan diri.Syaitan itu tetap akan menghasut manusia kerana syaitan telah di lakhnat Allah dan syaitan juga telah berjanji akan menyesatkan anak cucu Adam (manusia).Andai kata kita sedar saudara kita mula tersimpang maka bantulah ia ke jalan Allah semula.

biar masa berganti..aqidah jangan mati..

Masa tetap akan berjalan.Tidak akan tercepat dan tidak akan terlambat,serta tidak akan berhenti.Masa juga tidak boleh di undur kerana masa tetap akan maju ke hadapan.Setiap masa kita akan diuji demi meningkatkan iman.Biarlah masa berganti namun janganlah aqidah kita mati.

DEMI MASA,SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN,MELAINKAN ORANG-ORANG YG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, SERTA SENTIASA BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN KESABARAN


biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah!!!

Seandai masa kian berlalu maka zaman juga akan berubah.Kita tidak boleh lari dari pengedaran zaman dan kita wajib mengharunginya.Zaman tetap akan berubah maka jadikanlah ia adalah zaman pemerintahan Islam.Zaman berubah maka iman,akhlak,amal,ilmu hendaklah tetap selaras dengan kehendak Allah.Janganlah kerana perubahan zaman maka rosak binasa diri.
Perubahan zaman menyebabkan semakin tercabar dengan ujian maka perteguhkan iman dalam diri.Seandai zaman berubah maka kepakaran dan teknologi negara Islam juga perlulah semakin maju,bukan untuk berperang namun untuk pelaksanaan hukum Allah.


Biarkan manusia yang lain (kaum kuffar) menghina kita ini kerana mereka itu di buai dunia asalkan kita sebenarnya tidak hina tetapi kita hendaklah maju dalam perbagai faktor dan ia selaras dengan kehendak Islam.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget