BERBOHONG adalah satu kesalahan. Berbohong menggunakan nama agama adalah kesalahan yang lebih besar. Saya hairan mendengar sesetengah penceramah agama yang menyatakan haram berbohong, tetapi semasa ceramahnya, dia juga melakukan dosa pembohongan yang paling besar.
Apa tidaknya, dia berbohong dengan menyatakan Rasulullah SAW bersabda sesuatu hadis sedang hadis tersebut adalah palsu pada nilaian ilmu hadis. Bohong jenis ini jauh lebih besar dosanya dari bohong saudagar atau ahli politik. Bohong saudagar dan ahli politik merosakkan harta orang, tetapi bohong pembaca hadis palsu merosakkan agama. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang mutawatir:
Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.
Hadis palsu adalah hadis yang direka atau diadakan-adakan, sedangkan ia tidak berasal daripada Rasulullah SAW. Banyak hadis rekaan ini dibaca oleh para penceramah yang jahil. Sehingga saya selalu menegur seorang ‘ustazah tv’ yang sering membaca hadis-hadis jenis ini untuk hidangan penonton.
Mungkin ada pembaca hadis palsu merasakan mereka tidak bersalah, sebab mereka hanya memetik daripada buku-buku mereka baca yang memuatkan hadis-hadis palsu. Maka mereka merasakan mereka hanya menyebarkan, maka tidak patut dipersalahkan. Mereka lupa penyebar hadis palsu sama ada menerusi ucapan atau tulisan, dia dalam masa yang sama sebenarnya menipu orang lain apabila menyandar sesuatu perkara kepada Nabi SAW tanpa bukti yang sah. Pendengar akan terpedaya lalu mengamalkan perkara yang dianggapnya daripada Nabi SAW, sedang ia bukan seperti yang disangkakan.
Al-Imam Ibn Hibban (w. 354H) dalam kitab sahihnya meletakkan satu pasal yang beliau namakan:
Pasal menyebut ketetapan memasuki neraka untuk sesiapa yang menyandarkan sesuatu kepada al-Mustafa (Nabi Muhammad) SAW, sedangkan dia tidak tahu mengenai kesahihannya (Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban, 1/210).
Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:
Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan halal dan haram, atau fadail (kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau kisah, atau sejarah atau selainnya.
Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan bererti telah melakukan dosa yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta. Ini berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam mukadimah sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyebut hadis daripadaku sedangkan dia menyangka ia dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta”.
Ramai ulama hadis telah menghukum dengan ta‘zir (denda) dan takdib (hukuman membetulkan akhlak) ke atas sesiapa yang meriwayatkan hadis palsu tanpa diterangkan kepalsuannya. Kata Abu ‘Abbas al-Sarraj: Aku melihat diberikan kepada Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari surat Ibn Karram yang bertanyakan beberapa hadis, antaranya: hadis daripada al-Zuhri, daripada Salim, daripada ayahnya - disandarkan kepada Rasulullah (Iman itu tidak bertambah dan tidak berkurang).
Maka al-Imam al-Bukhari menulis di atas surat tersebut: Sesiapa yang menyebut hadis ini maka wajib dipukul dengan keras dan dipenjara dalam tempoh yang lama. Bahkan di kalangan ulama ada yang menghalalkan darahnya. Maka, ketika disebutkan hadis (palsu) Suwaid al-Anbari: Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia menahan diri dan menyembunyikannya, kemudian mati, maka dia mati syahid), lalu Yahya bin Ma‘in berkata: “Darah orang ini halal”.
Ketika ditanya Ibn Hajar al-Haithami mengenai seorang khatib yang menaiki mimbar setiap Jumaat dan meriwayatkan hadis-hadis tanpa diterangkan sumber dan kedudukannya, maka jawabnya: “Hadis-hadis yang dia sebut tanpa menerangkan perawi dan siapa yang menyebutnya, harus dengan syarat dia seorang yang mempunyai ilmu dalam hadis, atau dia memetik daripada kitab yang penulisnya ahli hadis. Adapun jika dia hanya bergantung kepada kitab atau ucapan yang penulisnya bukan ahli hadis, maka tidak halal (berbuat demikian).
Sesiapa yang melakukannya dita‘zirkan dengan keras. Inilah keadaan kebanyakan khatib. Mereka semata-mata hanya melihat khutbah yang mengandungi hadis-hadis, lalu mereka hafal. Mereka berkhutbah menggunakan hadis-hadis tersebut tanpa mengetahui asal-usulnya. Maka wajib ke atas pemerintah di setiap negeri menghalang para khatib dari berbuat demikian”. (Abu Syahbah, al- Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 321-322).
Mengapa bohong menggunakan nama Nabi SAW amat dilarang sekalipun dengan niat yang baik? Ada beberapa sebab yang dapat saya simpulkan. Antaranya, jika pendustaan menggunakan nama orang biasa diharamkan, apatah lagi menggunakan nama seorang rasul. Pendusta hadis palsu menyamakan rekaannya dengan wahyu, atau nilai kerasulan yang ada pada diri Nabi Muhammad SAW. Pendustaan jenis ini juga menghilang kehebatan dan keaslian agama. Agama yang hilang keasliannya, tiada nilainya lagi. Ia menyebabkan Islam yang bersumberkan wahyu sama seperti agama rekaan yang bersumberkan pemikiran dan khayalan manusia.
Ditambah lagi, pendustaan ini bererti penipuan terhadap pencinta Islam yang mungkin tertipu lalu mempercayai pendustaan itu. Mereka akan mengamalkan pendustaan itu dengan keyakinan ia tuntutan agama, padahal ia kepalsuan. Sedangkan mereka inginkan keaslian. Bahkan, pendustaan itu bererti pengkhianatan terhadap syariat yang diturunkan.
Jika pendustaan itu mempunyai unsur-unsur jahat, maka ia jenayah yang menyebabkan manusia hilang keyakinan terhadap agama. Atau menyebabkan manusia mengamalkan agama dalam bentuk yang salah. Jika pendustaan itu menokok tambah unsur-unsur yang dianggap baik, pendustaan seakan menganggap agama yang diturunkan Allah belum lengkap, justeru memerlukan nas-nas tambahan dan rekaan.
Dalam sejarah, bukan sedikit kesan buruk hadis palsu yang dipalitkan kepada Islam yang suci ini. Contohnya, hadis rekaan: “Ayam jantan putih adalah kawanku, ia juga kawan kepada kawan ku. Musuh ayam jantan putih adalah musuhku dan musuh kepada musuhku”.
Hadis palsu ini kelihatan sangat lekeh dan menghina Rasulullah. Tidak mungkin keluar dari mulut seorang nabi perkara yang sebegini. Mungkin ia direka oleh penggemar ayam jantan putih. Sebenarnya, semua hadis yang berkaitan dengan kelebihan ayam jantan putih adalah tidak benar sama sekali. (lihat: al-Jarahi, Kasyf al-Khafa, 2/422). Malangnya, dalam masyarakat kita ada kesan hadis palsu ini. Sesetengah kepercayaan dan bomoh mempercayai kelebihan ayam jantan putih untuk dibuat ubat dan seumpamanya.
Demikian juga pemalsuan hadis telah menjadikan ajaran al-Quran dan al-Sunnah seakan bertentangan antara satu sama lain. Padahal yang bertentangan itu hadis yang palsu. Contohnya, hadis palsu “anak zina tidak akan masuk syurga”. Dahulu, ramai yang menganggap keji dan tiada peluang untuk kebaikan. Akibat daripada hadis-hadis palsu seperti yang dibaca oleh sesetengah pihak. Sehingga ada yang menyebut hadis palsu lain: Anak zina tujuh keturunan tidak akan masuk syurga.
Sedangkan Allah menyebut dalam Surah al-Isra ayat 15 yang bermaksud:
Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya petunjuk yang didapatinya itu hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga, dan seseorang tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
Jelas, mana mungkin anak zina dihukum disebabkan perbuatan kedua ibu bapanya?! Ini mencemarkan penegasan al-Quran tentang keadilan Allah yang tidak menghukum seseorang atas kesalahan orang lain. Juga ia menyebabkan si anak zina kecewa dengan Nabi SAW.
Demikian saya amat dukacita apabila diberitahu ada penceramah kursus perkahwinan membaca hadis palsu kononnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu menyetubuhi isteri atau jariahnya, maka jangan dia melihat pada kemaluan mereka kerana yang demikian itu menyebabkan buta.
Maka ‘demam’ pasangan yang ingin berkahwin mendengar hadis palsu ini. Sementara yang dah lama melihat kemaluan isterinya kehairanan kerana dia masih belum buta. Lalu mungkin disangkakan Nabi SAW memberitahu sesuatu yang tidak benar. Sebenarnya, pereka hadis palsu itu yang berbohong dan ustaz pembaca hadis palsu tersebut menyebar kebohongan.
Sedangkan Allah berfirman dalam Surah al- Mukminun ayat 1-6: (maksudnya)
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
Mengulas hadis tadi, kata tokoh ilmuwan hadis, al-Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h:
Penilaian yang betul akan menunjukkan kebatilan hadis ini. Ini kerana dari segi persetubuhan, pengharaman melihat faraj isteri bererti pengharaman kepada wasail (faktor-faktor ke arah persetubuhan). Jika Allah menghalalkan suami menyetubuhi isterinya, apakah logik untuk dia dilarang melihat kemaluan isterinya. Demi sesungguhnya tidak!
Ini dibuktikan dengan apa yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah, katanya: Aku dan Rasulullah pernah mandi bersama dari satu bekas air. Maka dia mendahuluiku sehingga aku kata: tinggalkan untukku! tinggalkan untukku!) Riwayat al-Bukhari, Muslim dan selain mereka.
Jelas daripada hadis ini harus melihat kemaluan isteri. Ini dikuatkan oleh riwayat Ibn Hibban melalui Sulaiman bin Musa yang apabila ditanya mengenai suami yang melihat kemaluan isterinya, dia menjawab: “Aku pernah bertanya hal ini kepada ‘Ata. Kata ‘Ata: Aku pernah bertanya ‘Aisyah, lalu ‘Aisyah pun meriwayatkan hadis di atas” (Al-Albani, Silsilat al-Ahadis al- Da‘ifat wa al-Maudu‘at,, 1/353).
Contoh lain kepalsuan yang menyanggahi prinsip-prinsip Islam; hadis-hadis yang menyatakan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad tidak akan masuk neraka. Ini bercanggah dengan prinsip Islam bahawa syurga dan neraka dinilai melalui amalan soleh. Ahli syurga adalah golongan yang beriman dan soleh. Sementara dimasukkan ke dalam neraka ahli maksiat walau apa nama dan panggilannya.
Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah:
“Ini bercanggahan dengan apa yang diketahui dari agama Nabi SAW iaitu; bahawa neraka tidak dapat dielakkan darinya dengan nama dan gelaran. Sebaliknya, yang menyelamatkan dari neraka ialah iman dan amalan soleh”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al- Munif fi al-Sahih wa al-Da‘if, m.s. 57).
Namun, ada mempercayai bahawa nama yang baik sahaja boleh masuk syurga. Saya pernah mendengar penceramah agama yang menyatakan siapa nama ‘Ghazali’ mudah masuk syurga sebab sama dengan nama ulama. Inilah satu daripada salah faham terhadap agama.
Hari palsu juga mewujudkan khurafat yang pelbagai. Dulu ada orang Melayu yang menganggap Hari Rabu akhir bulan adalah hari mudah ditimpa nahas. Ini semua disebabkan hadis palsu yang menyebut hari Rabu terakhir bagi setiap bulan adalah hari nahas yang berterusan. Ini adalah hadis palsu. (Lihat: al-Albani, Silsilat al-Ahadis al- Da‘ifat wa al-Maudu‘at, 4/88.)
Menjadikan sesiapa yang percayanya ketakutan tanpa sebab dan memandulkan urusan kehidupan. Bahkan isi kepalsuan ini menyanggahi realiti yang kita saksikan. Betapa banyak hari Rabu akhir bulan datang dan pergi sedangkan kedatangan musibah tidak pernah memilih hari. Ia adalah ketentuan Allah SWT semata. Malang sekali apabila ada penceramah motivasi yang membaca hadis ini sebagai tips-tips penting dalam mengatur hidup, kononnya elakkan hari Rabu terakhir dalam bulan Islam bimbang nanti ditimpa nahas.
Hadis-hadis palsu telah merosakkan imej Islam. Namun ramai yang belajar agama tidak mempelajari ilmu hadis atau merujuk kepada ulama hadis telah tersasul dengan membaca hadis-hadis palsu ini. Sehingga dalam laman web pihak yang berlogokan kemajuan Islam pun dimasukkan hadis palsu. Agama menjadi keliru disebabkan hadis-hadis yang seperti ini.
Maka kita sepatutnya selalu mengingati amaran Nabi SAW kepada para sahabah baginda:
Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar). (Riwayat Muslim).
Setiap Hari Khamis Malam Jumaat akan diadakan Majlis Bacaan Surah Khafi.InsyaAllah usrah juga akan dilakukan jika mempunyai masa terluang.Seluruh pelajar dijemput hadir.
Hari : Setiap Khamis Malam Jumaat ( Kecuali hari tersebut ada ceramah di DKA1/1 ) Masa : Selepas solat Magrib Tempat : Surau Akademik
Anjuran : Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)(under pusat pengajian) dan Unit Surau.
7.30 pm : Solat Magrib ( Surau Akademik ) 8.00 pm : Menuju ke dewan 8.30 pm : Tayangan media 8.45 pm : Forum 10.45 pm : Soal jawab 11.00 pm : Jamuan dan bersurai
* Muslimin dan muslimat di jemput hadir * JAMUAN DISEDIAKAN
Segala puji bagiNya yg memberi nikmat kpd kita..selawat dan salam kpd baginda SAW, kaum kerabat serta sahabat2 baginda..
Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasulullah bersabda: “Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak beriman kamu sehingga kamu berkasih-kasihan. Mahukah ku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu perbuat nescaya kamu akan berkasih-kasihan?, iaitu sebarkanlah salam di antara kamu.” [Riwayat Muslim]
Anjuran : Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)(under pusat pengajian)
Alhamdulillah pada 21 Mac baru2 ni telah berlangsungnya program " Jom Santai " sekali lagi berhampiran surau akademik dan padang akademik anjuran mahasiswa Islam di pusat pengajian .Aktiviti bermula pada jam 8 pagi.Antara aktiviti tersebut adalah:
8.00 pagi : Peserta berkumpul.
8.30 pagi : Sukan diadakan diadakan di padang akademik.Peserta muslimin bersukan dengan bermain bola sepak dipadang,manakala muslimat pula bersukan dengan bermain bola baling.
9.30 pagi : Peserta berehat dan berkumpul di surau akademik.
10.00 pagi : Solat Dhuha
10.30 pagi : Gotong royong mengemas surau
11.00 pagi : LDK dan tajuknya "Jika aku,maka siapa ku pilih"
Rahim secara bahasa berarti rahmah yaitu lembut dan kasih sayang. Tarahamal
qaumu artinya saling berkasih sayang.
Imam Al-Azhary berkata yang dimaksud dengan firman Allah:
"Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi)
rahmat bagi semesta alam". (Al-Anbiya': 107)
Tarahhama 'alaihi berarti mendoakan seseorang agar mendapatkan rahmat,
istarhama berarti memohonkan rahmat.
Rajulun rahumun (orang laki-laki yang
penyayang) dan imra'atun rahumun (perempuan yang penyayang). Ar-Rahmah fi
bani adam, berarti kelembutan dan kebaikan hati.
Seseorang dikatakan dekat dengan kerabat apabila dia telah memiliki kasih
sayang dan kebaikan sehingga menjadi betapa baik dan sayang. Abu Ishaq
berkata: Dikatakan paling dekat rahimnya yaitu orang yang paling dekat kasih
sayangnya dan paling dekat hubung-an kerabatnya.
Ar-ruhmu dan ar-ruhumu secara bahasa adalah kasihan dan simpati. Allah
menyebut hujan dengan nama rahmat. Ibnu Sayyidih berkata bahwa yang
dimaksud dengan ar-rahim dan ar-rihimu adalah rumah tempat tumbuhnya anak,
dan jamaknya arhaam.
Al-Jauhary berkata ar-rahim berarti kerabat. Imam Ibnu Atsir berkata bahwa dzu
rahim adalah orang-orang yang memiliki hubungan kerabat yaitu setiap orang
yang memiliki hubungan nasab dengan anda.
Imam Al-Azhary berkata ar-rahim adalah hubungan dekat antara bapak dan
anaknya dengan kasih sayang yang sangat dekat.
Allah Ta'ala berfirman:
"Dan bertakwalah kepada Allah, yang dengan (mempergunakan)
nama-Nya kamu saling memin-ta satu sama lain, dan peliharalah
hubungan sila-turrahim." (An-Nisa': 1)
Orang Arab mengatakan: " Saya ingatkan engkau dengan takut kepada Allah
dan hubungan silaturrahim".
Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menganugerahi umat ini dengan mengutus
nabi dari kalangan mereka sendiri dan menurunkan Al-Qur'an dengan bahasa
mereka. Allah berfirman:
"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari
kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat
menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas
kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin". (At-
Taubah: 128)
Dan firman Allah:
"Sesungguhnya Kami menurunkan berupa Al-Qur'an dengan
berbahasa Arab, agar kamu mema-haminya". (Yusuf: 2)
Kitab suci Al-Qur'an diturunkan bukan hanya sekadar untuk diambil berkahnya
dan dibaca, atau hanya menetapkan masalah tauhid dan aqidah saja, atau
menetapkan syari'at saja, akan tetapi Al-Qur'an datang juga untuk mendidik umat
serta agar membentuk masyarakat dan negara.
Sesungguhnya Islam memiliki manhaj tersendiri yaitu manhaj Robbani dan Islam
sangat memperhatikan masalah ikatan keluarga setelah menjadikan ikatan
utama yaitu ikatan aqidah sebagai landasan hubungan. Keterikatan dengan
keluarga yang saling melindungi termasuk aturan agama Islam serta merupakan
fitrah di dalam jiwa kemanusiaan, dan Islam mendorong serta membina kuatnya
hubungan kerabat kepada tahapan yang lebih baik. Selagi hubungan keluarga
menjadi sarana untuk kepentingan dan kemaslahatan Islam, maka hubungan
kerabat tersebut termasuk sebagai usaha untuk membentuk masyarakat Islam.
Dan ciri utama orang mukmin dalam beragama adalah selalu dibuktikan dengan
amalan dan perbuatan bukan hanya sekedar ucapan dan pengakuan. Allah
Ta'ala berfirman:
"Dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk
berkasih sayang". (Al-Balad: 17)
Kata al-marhamah lebih dalam dari pada rahmah, yang berarti saling berkasih
sayang antara sesama orang-orang yang beriman dan berwasiat agar mereka
selalu berkasih sayang antar sesama mukmin dan bahkan wasiat tersebut
dijadikan sebagai kewajiban bermasyarakat serta tolong menolong untuk
menegakkan wasiat tersebut di tengah-tengah masyarakat. Dan biasanya
lingkungan yang paling tepat dan sangat subur untuk menumbuhkan wasiat
tersebut adalah hubungan kerabat sehingga Al-Qur'an dan sunnah Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam menjadikan hubungan kerabat sebagai sasaran
utama dalam berwasiat untuk saling berkasih sayang.
Menyambung hubungan kerabat adalah wajib dan memutuskannya merupakan
dosa besar. Imam Nawawi rahimahullah berkata: "Barangsiapa yang secara sadar
menghalalkan pemutusan hubungan kerabat tanpa sebab atau ada subhat
sedangkan dia tahu bahwa memutuskan hubungan kerabat adalah haram, maka
dia kafir, kekal di Neraka dan tidak akan masuk Surga selama-lamanya."
Menyambung silaturrahim mempunyai beberapa tingkatan dan yang paling
rendah adalah menyambung kembali hubungan yang telah putus dengan
berbicara atau hanya sekedar mengucapkan salam supaya tidak masuk ke
dalam pemutusan hubungan kerabat. Jika seseorang menyambung sebagian
hubungan kerabat tapi tidak sampai seluruhnya, maka dia tidak bisa dikatakan
memutus hubungan kerabat. Tetapi jika kurang dari kewajaran yang semestinya
dari silaturrahim, maka belum bisa seseorang disebut menyambung .
Para ulama berbeda pendapat tentang kerabat yang wajib disambung hubungan
silaturrahimnya, sebagian mereka berpendapat bahwa setiap orang yang ada
hubungan mahram, sebagian ulama lainnya berpendapat bahwa setiap orang
yang ada hubungan kerabat dengan kita baik berupa hubungan mahram atau
yang lainnya, seperti anak perempuan paman atau bibi. Sebagaimana hadits
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang penduduk Mesir:
"Sesungguhnya bagi mereka ada hak perlindungan dan kekerabatan". (HR. Ath-
Thabrani)
Dan juga hadits Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bahwa beliau bersabda:
"Sesungguhnya kebaikan yang terbaik adalah seseorang bisa menyambung
hubungan kerabat dengan teman bapaknya". (Shahihul Jami', Al-Albani)
Padahal mereka yang disebutkan dalam hadits di atas tidak memiliki hubungan
nasab sama sekali. Berarti hadits di atas mempunyai makna yang sangat luas
yaitu kewajiban berkasih sayang dan menaruh perhatian kepada sesama umat
Islam dan ini sesuai dengan tun-tutan ajaran dan kenyataan.
KITABULLAH DAN SILATURRAHIM
Allah Ta'ala berfirman:
"Dan bertakwalah kepada Allah, yang dengan (mempergunakan)
nama-Nya kamu saling memin-ta satu sama lain, dan peliharalah
hubungan silaturrahim." (An-Nisa': 1).
Keluarga adalah pondasi utama terbangunnya se-buah lingkungan masyarakat.
Dan perekat pertama hubungan antar manusia adalah perekat hubungan yang
bernilai rububiyah yang merupakan perekat hubungan yang paling dasar. Allah
memuji hubungan manusia karena ikatan kekerabatan. Maka bertakwalah
kepada Allah yang kamu saling berjanji dan berikrar dengan keagungan nama-
Nya, kamu saling meminta satu sama lain dengan kebesaran nama-Nya dan
kamu saling bersumpah satu sama lain dengan nama-Nya. Tumbuh-kanlah nilai
takwa di antara kalian agar hubungan kerabat tetap bersambung dan langgeng.
Hubungan kerabat adalah hubungan yang sangat penting setelah hubungan
rububiyah dan perasaan takut kepada Allah. Kemudian, takut untuk memutuskan
silaturrahim, selalu memperhatikan hak-haknya, menjaga kelestarian hu-bungan
jangan sampai menghancurkan dan menganiaya kemesraannya, jangan sekalikali
mencoba mengusik dan menyentuh keutuhannya. Berusahalah untuk selalu
dekat, cinta, hormat dan memuliakan silaturrahim. Jadikanlah kerinduan dan
keteduhan hidup anda di bawah naungan dan kemesraan silaturrahim, Allah
berfirman :
"Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan meng-awasi kamu". (An-
Nisa': 1)
Dan Allah Ta'ala berfirman:
"Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah
perintahkan supaya dihubungkan dan mereka takut kepada
Tuhannya". (Ar-Ra'd: 21)
Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan agar kita menyambung hubungan
baik dengan orang faqir, hubungan baik dengan tetangga dan hubungan baik
dengan kerabat dan sanak famili. Apabila manusia memutuskan apa-apa yang
diperintahkan oleh Allah untuk dihubungkan, maka ikatan sosial masyarakat
akan hancur berantakan, kerusakan menyebar di setiap tempat, kekacauan
terjadi di mana-mana dan gejala sifat egoisme dan mau menang sendiri akan
timbul dalam kehidupan sosial.Sehingga setiap individu masyarakat menjalani hidup tanpa petun-juk, seorang tetangga tidak tahu hak bertetangga, se-orang faqir merasakan penderitaan dan kelaparan sendirian dan hubungan kerabat berantakan, sehingga kehidupan manusia berubah menjadi kehidupan hewani serba tidak berharga.
Dari Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa yang senang diluaskan rizkinya dan ditunda umurnya, maka
hendaklah bersilatur-rahim". (Muttafaq 'alaih)/
BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA
MERUPAKAN SILATURRAHIM YANG PALING UTAMA
Bersilaturrahim dan berbuat baik kepada orang tua merupakan ajaran yang
menjadi ketetapan Kitabullah Al-Qur'an dan Al-Hadits. Allah Ta'ala berfirman:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan
menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu
bapakmu dengan sebaik-baiknya". (Al-Isra': 23)
Wa Qadha Rabbuka berarti suatu perintah yang lazim tidak bisa ditawar-tawar
lagi dan Alla Ta'budu Illa Iyahu berarti perintah ibadah yang bersifat individu.
Allah menghubungkan beribadah kepada-Nya dengan berbuat baik kepada
orang tua menunjukkan betapa mulianya kedudukan orang tua dan birrul
walidain (berbuat baik kepada orang tua) di sisi Allah.
Secara naluri orang tua dengan suka rela mau mengorbankan segala sesuatu
untuk memelihara dan membesarkan anak-anaknya dan anak mendapatkan
kenikmatan serta perlindungan sempurna dari kedua orang tuanya.
Seorang anak selalu merepotkan dan menyita perhatian orang tuanya dan
tatkala menginjak masa tua mereka pun tetap berbahagia dengan keadaan
putra-putrinya, akan tetapi betapa cepat seorang anak melalai-kan semua jasajasa
orang tuanya, hanya disibukkan dengan isteri dan anak sehingga para
bapak tidak perlu lagi menasihati anak-anaknya hanya saja seorang anak harus
diingatkan dan digugah perasaannya atas kewajib-an mereka terhadap orang
tuanya yang sepanjang umurnya dengan berbagai kesulitan dihabiskan untuk
mereka serta mengorbankan segala yang ada demi kesenangan dan
kebahagiaan mereka hingga datang masa lelah dan letih.
Maka berbuat baik kepada kedua orang tua menjadi keputusan mutlak dari Allah
dan ibadah yang menempati urutan kedua setelah beribadah kepada Allah.
"Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya
sampai berumur lanjut dalam pemeliha-raanmu". (Al-Isra': 23)
Kibar atau kibarul sin artinya berusia lanjut, umur sudah mulai menua, punggung
sudah mulai membung-kuk dan kulit sudah mulai keriput. 'Indaka yang berarti
pemeliharaan yaitu suatu kalimat yang menggambarkan makna tempat
berlindung dan berteduh pada saat masa tua, lemah dan tidak berdaya.
Allah Ta'ala berfirman:
"Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya
perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka". (Al-Isra':23)
Seakan-akan Allah berfirman; Bersopan santunlah kamu kepada orang tua!
Dengan demikian ayat tersebut mengajarkan sikap sopan agar seorang anak
tidak menunjukkan sikap kasar serta menyakitkan hati atau merendahkan kedua
orang tua.
Allah Ta'ala berfirman:
"Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia".
Ini tingkatan yang lebih tinggi lagi yaitu keharusan bagi anak untuk selalu
mengucapkan perkataan yang baik kepada kedua orang tua dan memperlihatkan
sikap hormat serta menghargai.
Allah Ta'ala juga berfirman:
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh
kasih sayang".
Seolah-olah sikap rendah diri memiliki sayap dan sayap tersebut direndahkan
sebagai tanda penghormatan dan penyerahan diri dalam arti sikap rendah diri
yang selayaknya diperintahkan kepada kedua orang tua, sebagai pengakuan
sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil". (Al-Isra': 24)
Penyebutan kondisi masa kecil yang lemah yang membutuhkan perawatan dari
kedua orang tua meng-ingatkan kepada kondisi yang sama yang sedang dialami
orang tua tatkala menginjak lanjut usia yang selalu membutuhkan kasih sayang
dan perawatan semisal. Lalu memohon kepada Allah agar bisa memberi belaskasih
kepada mereka berdua sebagai pengakuan atas kekurangan dalam
memberi kasihsayang secara sem-purna dan hanya Allahlah yang bisa memberi
kasih-sayang atau perawatan yang sangat sempurna serta hanya Dialah yang
mampu membalas semua kebaikan dengan sempurna yang tidak mungkin bagi
anak untuk melakukannya.
Bukti kasih sayang Allah banyak sekali yang tampak pada makhluk lain. Suatu
contoh cahaya mata-hari yang menyinari alam semesta, udara yang dihirup
manusia melalui proses paru-paru, air berfungsi untuk minum, masak dan
menyiram tanaman dan kasih sayang ibu terhadap anaknya yang muncul secara
fitrah sebagai bukti nyata kasih sayang Allah Rabb semesta alam.
Orang mulia dan baik kepada kedua orang tua akan selalu tahu kedudukan serta
kemuliaan orang tua, dia merasakan tatkala mencium tangan ibu atau bapak-nya
seolah-olah dia bersujud dengan ruh dan perasaan-nya laksana bersujud kepada
Allah, dia mendapatkan jati diri yang sebenarnya sebagai suatu rahasia dalam
kehidupan. Semua itu menjadi bukti penghargaan dan penghormatan kepada
kedua orang tua.
Allah Ta'la berfirman:
"Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua
orang ibu-bapaknya . Dan jika kedua-nya memaksamu untuk
mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada
pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya".
(Al-Ankabut: 8).
Orang tua adalah kerabat terdekat yang mempunyai jasa yang tidak terhingga
dan kasih sayang yang besar sepanjang masa sehingga tidak aneh bila hakhaknya
juga besar.
Seorang anak wajib mencintai, menghormati dan memelihara orang tua
walaupun keduanya musyrik atau berlainan agama, keduanya berhak untuk
diberi kebaik-an dan pemeliharaan bukan mentaati dan mengikuti kesyrikan atau
agamanya.
Allah Ta'ala berfirman:
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada
dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam
keadaan lemah yang ber-tambah-tambah, dan menyapihnya dalam
dua tahun." (Luqman : 14)
Disebutkan berulang-ulang serta banyak sekali wasiat untuk seorang anak agar
berbuat baik kepada kedua orang tuanya di dalam Al-Qur'an dan wasiat Rasul
shallallahu 'alaihi wasallam dan tidak disebutkan wasiat orang tua untuk berbuat
baik terhadap anaknya kecuali sedikit.
Kerana kebaikan dan pengorbanan orang tua berupa jiwa, raga dan kekuatan
yang tak terhitung tanpa berkeluh kesah dan meminta balasan dari anaknya,
secara fitrah(naluri) sudah cukup sebagai pendorong kedua orang tua untuk
bersikap demikian tanpa ditekan dengan wasiat. Adapun anak harus selalu diberi
wasiat dan diingatkan agar senantiasa ingat akan jasa-jasa orang yang selama
ini telah mencurahkan jiwa dan raga serta seluruh hidupnya dalam
membesarkan dan mendidiknya. Apalagi seorang ibu selama mengandung
mengalami banyak beban berat sebagaimana firman Allah Ta'ala (ibunya telah
mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah), ibu lebih
banyak menderita dalam membesarkan dan mengasuh anaknya, dan
penderitaan di saat hamil tidak ada yang bisa merasakan payahnya kecuali
kaum ibu juga.
Al-Bazzar meriwayatkan hadits dari Buraidah dari bapaknya bahwa ada seorang
lelaki yang sedang thawaf sambil menggendong ibunya, lalu dia bertanya
kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:
" Apakah dengan ini saya sudah
Silaturrahim menunaikan haknya?" Beliau shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Belum!Walaupun se-cuil".
Dari Al-Miqdam bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Sesungguhnya Allah berwasiat agar kalian berbuat baik kepada ibu-ibumu,
sesungguhnya Allah berwa-siat agar berbuat baik kepada bapak-bapakmu dan
sesungguhnya Allah berwasiat kepada kalian agar berbuat baik kepada sanak
kerabatmu". (Dishahih-kan oleh Al-Albani dalam Silsilah Shahihah)
Anak adalah bagian hidup dan belahan hati orang tua, kasih sayangnya mengalir
di dalam darah daging keduanya.
Dari 'Aqra' bin Habis sesungguhnya dia melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam mencium Hasan, lalu dia berkata:
"Sesungguhnya saya mempunyai
sepuluh orang anak dan saya tidak pernah mencium seorangpun di antara
mereka.
Beliau bersabda:
"Sesungguhnya barangsiapa yang tidak menyayangi maka tidak akan disayang".
(Muttafaq 'alaih)
Al-Ahnaf bin Qais rahimahullah ditanya tentang masalah sikapnya terhadap
anak, maka beliau menjawab:
Anak adalah buah hati, belahan jiwa dan tulang
punggung, kita rela terhina bagaikan bumi rela diinjak demi mereka dan
bagaikan langit yang siap menaungi hidup mereka dan kita siap menjadi senjata
pelindung bagi mereka dalam menghadapi marabahaya. Jika mereka minta
sesuatu kabulkanlah dan bila marah cari sesuatu yang menyenangkan hatinya,
maka mereka akan membalas kasih sayangmu dan berterimakasih atas setiap
pemberianmu. Janganlah kalian merasa berat dan terbebani oleh anakmu,
sebab mereka akan mengacuhkan hidupmu dan menghendaki kematianmu serta
segan mendekatimu.
Apabila seorang anak di mata orang tua keduduk-annya seperti itu, seharusnya
anak menempatkan posisi orang tua tidak kurang dari itu dalam menghormati
dan memuliakan orang tua mereka sebagai bukti balas budi dan pengakuan
terhadap kebaikan yang telah didapat dari orang tua.
Di samping tetap melestarikan kewajiban silaturrahim kepada mereka berdua sesuai ketentuan Kitabullah.
Dari Abu Hurairah sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
"Tiga macam doa yang pasti terkabulkan; doa orang tua untuk anaknya, doa
orang musafir dan doa orang yang teraniaya". (Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah,
Al-Albani).
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa seorang laki-laki datang
kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta izin untuk ikut serta
berjihad, maka beliau shallallahu 'alaihi wasallam bertanya: "Apakah kedua
orang tuamu masih hidup? Dia berkata: "Ya, masih hidup". Beliau bersabda:
"Maka berjihadlah dalam (menjaga) keduanya".
Dari Abu Bakrah berkata bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
"Maukah kalian aku ceritakan tentang dosa yang paling besar?"
Kami menjawab: "Ya wahai Rasulullah".
Beliau bersabda: "Menyekutukan Allah dan durhaka kepada kedua orang tua."
Beliau waktu itu bersandar, maka terus duduk dan bersabda:
"Ketahuilah, dan perkataan dusta".
(Shahihul Jami')
Dari Abdullah Ibnu Mas'ud berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam: Apakah amal yang paling dicintai Allah?
Beliau menjawab: "Shalat pada waktunya."
Saya bertanya: "Lalu apalagi?"
Beliau bersabda:"Berbuat baik kepada orang tua". Saya bertanya: "Kemudian apalagi?"
Beliau Shallallahu 'alaihi wasallam bersab-da: "Jihad di jalan Allah". (Muttafaq 'alaih)
Dari Jabir bin Abdullah sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah
sesungguhnya saya mempunyai harta dan anak, dan bapak saya menginginkan
hartaku. Maka beliau shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Engkau dan hartamu adalah milik bapakmu". (Muttafaq 'alaih).
Dan petunjuk birrul walidain yang terbaik adalah sikap yang telah ditunjukkan
oleh para nabi 'alaihimus shalatu wa salam sebagai simbol anutan dan petunjuk
bagi setiap manusia.Nabi Ismail 'alaihi salam berkata dan ucapannya diabadi-kan dalam firman Allah Ta'ala:
"Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan
kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orangorang
yang bersabar". (Ash-Shafaat: 102).
Nabi Nuh 'alaihi salam berkata juga dan ucapannya dise-butkan dalam firman
Allah Ta'ala:
"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke
rumahku dengan beriman". (Nuh: 28)
Nabi Isa 'alaihi salam juga disifati oleh Allah Ta'ala dalam firman-Nya:
"Dan berbakti kepada ibuku". (Maryam: 32)
Nabi Yahya 'alaihi salam juga disifati oleh Allah Ta'ala demikian yang disebutkan
dalam firman Allah:
"Dan banyak berbakti kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia
orang yang sombong lagi durhaka". (Maryam: 14)
Betapa indahnya bila seorang muslim bisa mencontoh dan mengikuti jejak para
nabi.
WAHAI ANAK-ANAKKU
Wahai anakku siang malam sepanjang umurku, aku korbankan untukmu agar
kalian berbahagia, kedua orang tuamu letih dan menderita serta hati gundah bila
engkau sedang sakit dan wajahmu pucat. Anakku tercin-ta. Itulah kalimat yang
sering diulang-ulang oleh seorang ibu atau bapak. Wahai seorang anak ingatlah
jasa kedua orang tuamu yang besar tatkala engkau masih berada dalam
kandungan, di saat kau masih bayi dan setelah kau menginjak remaja hingga
engkau menjadi orang dewasa.
Sekarang tiba saatnya kedua orang tuamu membutuh-kan kasih sayang dan
perhatian darimu. Sementara engkau hanya sibuk mengurusi isteri dan anakanakmu
hingga orang tuamu engkau abaikan, padahal orang arab jahiliyah dulu
menganggap aib dan harga diri jatuh jika ada seorang anak yang durhaka
kepada kedua orang tuanya. Peribahasa-peribahasa Arab menceritakannya,
menuduhnya dengan gambaran yang sangat jelek sekali bahkan memberinya
julukan dengan julukan-julukan yang sangat keji. Akan tetapi kita membaca
banyak cerita di zaman sekarang tentang cerita anak-anak yang durhaka kepada
kedua orang tuanya.
Abu Ubaidah At-Taimy dalam kitabnya, Al-'Aqaqah wal Bararah menuturkan
beberapa contoh orang-orang yang berbuat baik kepada kedua orang tuanya
dan beberapa contoh orang-orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya.
Seorang dari bani Qurai' bernama Murrah bin Khattab bin Abdullah bin Hamzah
pernah mengejek dan terkadang memukul orang tuanya, se-hingga bapaknya
berkata:
“Saya besarkan dia tatkala dia masih kecil bagaikan anak burung
yang baru lahir yang masih lemah tulang-belulangnya.
Induknya yang menyuapi makan sampai melihat anaknya sudah
mulai berkulit sempurna.”
Dan contoh lain yang durhaka kepada orang tua-nya adalah putra Umi Tsawab
Al-Hazaniyah, dia durhaka kepada ibunya karena isterinya selalu menghalangi
untuk berbuat baik kepada ibunya, sehingga ibunya mengungkapkan kepedihan
hati dalam sebuah syair:
“Saya mengasuhnya di masa kecil tatkala masih seper-ti anak
burung, sementara induknya yang menyuapi makanan dan melihat
kulitnya yang masih baru tumbuh.
Setelah dewasa dia merobek pakaianku dan me-mukul badanku,
apakah setelah masa tuaku aku harus mengajari etika dan adab”
.
Dan juga Yahya bin Yahya bin Said, suatu ketika dia pernah menyusahkan
bapaknya lalu bapaknya meng-hardiknya dengan menulis syair:
“Semenjak lahir dan masa bayi yang masih kecil aku mengasuhmu,
dan saya selalu berusaha agar engkau menjadi orang tinggi dan
berkecukupan.Di malam hari engkau mengeluh sakit hingga tidak bisa tidur.
Keluhan itu membuatku gundah dan ketakutan.
Jiwa selalu gelisah memikirkan keselamatan untuk dirimu, sebab
aku tahu setiap jiwa terancam oleh kematian.”
Contoh-contoh di atas merupakan sebagian dari beberapa kisah anak durhaka
kepada kedua orang tua-nya yang terjadi pada masa lampau dan sekarang.
Dan di dalam sebagian lagu-lagu masyarakat jahili-yah dahulu, yang sering para
wanita lantunkan adalah: Ya Allah, apa yang harus saya perbuat terhadap
anakku yang durhaka, di masa kecil aku dengan susah payah membesarkannya,
setelah menikah dengan seorang putri Romawi dia berbuat semena-mena
terhadapku. Wanita ini mengadu kepada Allah terhadap sikap anaknya yang
telah diasuh dengan susah payah, tetapi setelah menikah dengan wanita nasrani
Romawi, dia melupakan ibunya.
Adapun contoh orang-orang yang berbuat baik kepada orang tua antara lain;
cerita tiga orang yang terjebak dalam gua, di antara mereka ada yang mengatakan:
"Tidak ada cara yang mampu menyelamatkan kalian kecuali bertawassul
dengan amal shalih kalian. Seorang di antara mereka berdo'a: "Ya Allah saya
mempunyai dua orang tua yang lanjut usia dan saya sekeluarga tidak makan dan
minum di malam hari sebelum mereka berdua, pada suatu saat saya pernah
pergi jauh untuk suatu keperluan sehingga saya pulang terlambat dan
sesampainya di rumah saya mendapatkan mereka berdua dalam keadaan tidur.
Lalu saya memerah susu untuk malam itu, tetapi mereka berdua masih tetap
tidur pulas, sementara saya tidak suka jika makan dan minum sebelum mereka.
Akhirnya saya menunggu sambil memegang susu hingga mereka berdua terbangun,
sampai fajar terbit mereka berdua baru bangun lalu meminum susu. Ya
Allah jika perbuatan yang telah aku kerjakan tersebut termasuk perbuatan ikhlas
karena mencari wajahMu, maka hilangkanlah kesulitan kami dari batu besar ini,
lalu batu itu pun bergeser dari mulut gua.Masih banyak contoh-contoh lain tentang orang-orang yang berbakti kepada orang tua baik di masa lampau maupun sekarang yang tidak mungkin kita ceritakan seluruhnya, kebaikan tersebut mereka per-sembahkan kepada orang tua sebagai balasan atas jasa-jasa, perhatian dan pemeliharaan mereka dan sebagai bukti pengakuan tulus dan akhlak mulia. Ini semua mengharuskan kepada setiap anak untuk mengingat kebaikan yang selalu mengalir tak ada hentinya hingga akhir hayat.Sebagian orang-orang shalih sebelum berangkat kerja ada yang menyempatkan diri singgah ke rumah orang tuanya sambil mencium tangannya untuk meminta restu dan menanyakan keadaan serta kesehatan mereka. Lalu berangkat ke tempat kerja. Sikap mulia dan terpuji ini, sangat baik jika dipraktekkan dalam kehidupan masyarakat.
Imam Muslim meriwayatkan hadits dari Abu Hu-rairah bahwa dia berkata
Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara"
Pertama : Hak Kepada Diri Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada
Kedua : Hak Kepada Malaikat Maut Iaitu: Mengqadakan kewajiapan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah
Ketiga : Hak Kepada Kubur Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi
Keempat : Hak Kepada Mungkar dan Nankir Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati
Kelima : Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan
Keenam : Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat) Iaitu : membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah
Ketujuh : Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu, bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokan akhlak
Kelapan : Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) Iaitu : Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat
Kesembilan : Hak Kepada Nabi SAW Iaitu : Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah
Kesepuluh : Hak Kepada Allah SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.