CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 2 April 2009

Sistem ekonomi Islam solusi kepada perekonomian dunia

Hari ini kita saksikan dengan mata kita perekonomian dunia sedang menghadapi kehancurannya. Bahkan hingga kini belum ada satu pertanda akan bangun lagi. Pemecatan dan kebangkrutan, kriminalitas semakin menaik dan berbagai side efect lainnya. Kepercayaan masyarakat dunia kepada sistem yang ada telah habis menyusul kasus penipuan oleh Bernard Madoff ( bekas direktur Nasdaq ) yang diklaim telah merugikan perekonomian dunia hingga lebih 50 Billion US Dollar. Lalu dunia mengalami satu kebingungan yang hebat. Sistem ekonomi yang memang sangat diperlukan oleh manusia tiba2 lumpuh. Hakikatnya saat ini dunia sedang menungguu, menantikan dan merindukan satu sistem Ekonomi yang membawa angin segar bagi menggantikan sistem yang ada yang sudah terbukti rosak dan merosakkan.

Ada juga dalam kondisi sebegini sesetengah orang Islam yang mencuba mencari solusi dengan menerapkan “ekonomi syariah” membangun “bank syariah” namun apabila kita lihat lebih dalam, betulkah ia sesuai seperti yang Allah kehendaki, ataukah hanya ditukar nama menjadi Syariah, Islami, dsb namun pada hakikatnya tetap saja ekonomi kapitalis? Kita sebagai umat Islam semua mengakui bahwa Tuhan jualah yang menjadikan ini semua, pasti ada maksud yang tersirat, Tuhan hendak ajar kepada kita, Tuhan sedang siapkan sistem pengganti ditangan orang2-Nya yang layak. Berikut satu artikel penuh yang berisi point-point mengenai Sistem Ekonomi menurut kehendak Tuhan. ———————————————————–

wallstreet-down

Sistem ekonomi menurut kehendak Tuhan tidak sama dengan sistem-sistem ekonomi yang lain. Ia berbeza dengan sistem kapitalis, ia bukan dari hasil ciptaan akal manusia seperti sistem kapitalis atau sistem komunis. Ia adalah berpandukan wahyu dari Allah SWT. Sistem kapitalis dan komunis, walaupun pada lahirnya bertujuan untuk mendatangkan manfaat bagi manusia tetapi disebabkan ceteknya akal, maka sistem yang dicipta itu memakan tuan. Kebaikannya sedikit tetapi kerosakannya banyak. Ia merosak, menghancur dan memusnahkan tamadun dan hati-hati manusia. Ia menjahanamkan kemanusiaan.

Kedua-dua sistem ciptaan akal manusia ini hanya mengambil kira perkara-perkara lahiriah semata-mata tanpa menitikberatkan soal hati, roh dan jiwa manusia. Hasilnya, matlamat lahiriah itu sendiri tidak tercapai dan manusia menderita dan terseksa kerananya. Tidak ada kasih sayang. Tidak ada pembelaan. Manusia terjerumus ke dalam lembah kehinaan. Berlaku penindasan, tekanan dan ketidakadilan. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin pula bertambah miskin. Ekonomi Islam pula sangat berbeza.

Berikut sebagai renungan bersama bagaimana sesungguhnya Tuhan telah memberikan sistem yang terbaik untuk kita. Sekurangnya 9 (sembilan ) perbezaan Ekonomi Islam berbanding Ekonomi Kapitalis :

1. Dalam sistem ekonomi Islam - Tuhan adalah point utama.

Orang Islam berekonomi dengan niat kerana Allah dan mengikut peraturan dan hukum-hakam Allah Taala. Matlamatnya ialah untuk mendapat redha dan kasih sayang Allah. Syariat lahir dan batin ditegakkan dan hati tidak lalai dari mengingati Tuhan. Aktiviti berniaga itu sendiri dianggap zikir dan ibadah kepada Allah SWT. Ia adalah jihad fisabilillah dan menjadi satu perjuangan untuk menegakkan Islam dan mengajak manusia kepada Tuhan. Sesibuk mana pun berniaga, Allah SWT tidak dilupakan.

Sedangkan dalam ekonomi kapitalis dan komunis, hati tidak diambil kira dan tidak berperanan. Tidak ada kaitan antara ekonomi dengan Tuhan. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan berbekallah (hendaklah kamu menambah bekalan). Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa.” (Al-Baqarah: 197).

Berekonomi dan berniaga secara Islam adalah di antara jalan untuk menambah bekalan taqwa.

2. Ekonomi Islam berlandaskan taqwa

Kegiatan ekonomi dalam Islam merupakan jalan untuk mencapai taqwa dan melahirkan akhlak yang mulia. Ini adalah tuntutan Tuhan. Kalau dalam sistem ekonomi kapitalis, modalnya duit untuk mendapatkan duit, tetapi dalam ekonomi Islam, modalnya taqwa untuk mendapatkan taqwa.

Dalam Islam, berekonomi adalah untuk memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan syariat Tuhan. Ekonomi itu jihad dan ibadah. Oleh itu ia tidak boleh terkeluar dari konsep dan syarat-syarat ibadah. Niatnya, perlaksanaannya dan natijahnya kena betul. Kegiatan ekonomi atau perniagaan yang dibuat itu tidak haram dan tidak melibatkan perkara-perkara yang haram. Ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya tidak boleh ditinggalkan. Kalau solat ditinggalkan, ibadah berekonomi sepertimana juga ibadah-ibadah yang lain akan dengan sendirinya tertolak. Hasil dari berekonomi yang berasaskan taqwa, akan lahir ukhwah dan kasih sayang, kemesraan, bertolong bantu, bersopan santun, mendahulukan kepentingan orang lain dan berbagai bagai lagi sifat-sifat yang luhur. Premis perniagaan berasaskan taqwa adalah pusat bina insan yang cukup praktikal dan menguntungkan.

Semua yang terlibat dengan kegiatan ekonomi Islam ini akan menjadi tawadhuk dan merendah diri. Akan terhapus penindasan, penekanan, penzaliman dan ketidakadilan. Tidak ada krisis, pergaduhan dan jenayah. Ketakutan dan kebimbangan akan lenyap. Akhirnya masyarakat jadi aman, damai dan hidup penuh harmoni.

Ekonomi Islam lebih mementingkan sifat taqwa daripada modal kewangan yang besar, ilmu, pengalaman, kemahiran, kekayaan alam semulajadi dan sebagainya. Orang bertaqwa itu dibantu Tuhan seperti dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Allah itu pembela bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah:19)

pray

Orang yang bertaqwa itu, usahanya sedikit tetapi hasilnya banyak. Apatah lagi kalau usahanya banyak. Kalau orang yang bertaqwa menghadapi masalah, Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dan dia diberi rezeki oleh Allah dari sumber- sumber yang tidak disangka-sangka. Tuhan berjanji dalam sepotong ayat yang lain:

Maksudnya: “Kalau penduduk satu kampung itu beriman dan bertaqwa, kami (Allah) akan bukakan barakah dari langit dan bumi.” (Al A’raaf: 96)

Ini bererti bahawa taqwa itu satu sumber kekayaan. Kalau satu kampung atau satu negara itu penduduk atau rakyatnya beriman dan bertaqwa, tanam-tanaman menjadi subur, haiwan ternak berkembang biak, tangkapan laut melimpah-ruah. Bumi hamil dengan minyak dan galian, emas, perak dan intan berlian. Itulah kampung atau negara yang diberkati.

Ekonomi di sudut taqwa ini sudah dilupakan orang sekalipun para ulama. Bahkan banyak orang yang mengaku dirinya berfikiran moden akan mentertawakan hal ini kerana pada mereka, ia tidak masuk akal. Padahal inilah hakikat sebenar dan telah terbukti sejak zaman Nabi Allah Adam hingga sekarang. Usaha manusia hanyalah untuk mencetuskan sebab kerana Allah tidak membuat sesuatu tanpa sebab. Tetapi kesan atau hasil dari usaha adalah kerja Tuhan.

Dalam ekonomi kapitalis, ekonomi dan perniagaan jadi gelanggang untuk mengaut untung dan kekayaan. Untung material jadi matlamat. Oleh itu manusia sanggup menipu, rasuah, menaruh harga yang tinggi, menindas dan sebagainya asalkan matlamat hendak untung cepat dan banyak tercapai.

Daalam sistem ekonomi kapitalis tidak ada aset jiwa, hati atau roh. Tuhan juga tidak dikaitkan dalam ekonomi. Tidak ada halal haram. Tidak ada salah betul. Matlamat menghalalkan cara. Bagi ekonomi kapitalis, pekerja adalah alat dan faktor ekonomi. Pelanggan adalah mangsa.

Dari sistem ekonomi kapitalis, tumbuh sikap nafsi-nafsi. Akhlak manusia menjadi buruk. Kalaupun nampak ada orang yang macam baik dan mesra, baiknya itu hanya bermuka-muka. Baiknya itu semata-mata untuk melariskan perniagaannya. Ia bukan cetusan dari akhlak di dalam hati. Apabila barang terjual, perhubungan terhenti setakat itu. Kalau barang tidak dibeli, ia terus bermasam muka.

3. Ekonomi Islam - penuh suasana kekeluargaan

Dalam premis perniagaan Islam di mana ada tuan punya atau pengurus dan pekerja, terjalin kemesraan dan kasih sayang seperti dalam satu keluarga. Pengurus seperti ayah. Penyelia-penyelia seperti kakak dan abang. Para pekerja seperti anak.

Ayah menjaga keperluan lahir batin anak-anak. Ini termasuklah didikan agama, makan minum, keselamatan, kesihatan, pakaian, tempat tinggal, kebajikan dan sebagainya. Hingga urusan nikah kahwin pun diuruskan. Penguruslah tempat para pekerja mengadu hal dan meminta tolong.

biro-ekonomi

Taraf hidup pengurus dan para pekerja tidak banyak beza. Seperti ayah dengan anak-anak, pengurus makan apa yang anak-anak makan dan begitu juga sebaliknya. Hanya mungkin pengurus mempunyai kelebihan sedikit kerana hendak menjalankan tugasnya sebagai pengurus. Ada lebih kemudahan sedikit. Itu sahaja. Dari segi taraf hidup, tidak ada jurang.

Dalam sistem kapitalis, para pekerja diberi gaji sesuai dengan tingkat kerja mereka. Cukup tidak cukup, pihak pengurus tidak peduli. Keperluan-keperluan lain tidak diperhatikan. Kena urus sendiri. Itu sebab dalam sistem kapitalis banyak berlaku mogok. Para pekerja berpersatuan. Kalau tidak, tidak ada sesiapa yang akan membela nasib mereka dari cengkaman pihak pengurus. Dalam sistem ekonomi komunis pula, para pekerja tidak ada hak untuk bersuara. Mereka hanyalah alat ekonomi yang mesti mengeluarkan hasil atau pendapatan untuk negara. Di antara pihak pengurus dan para pekerja, tidak ada jalinan hati.

4. Ekonomi Islam penuh kasih sayang

Islam menganggap berekonomi itu ibadah. Iaitu ibadah menerusi khidmat kita kepada sesama manusia. Manusialah yang Tuhan tuntut supaya kita berkasih sayang dengan mereka.

Justeru itu, pelanggan dan ahli-ahli masyarakat tidak dilihat seperti orang lain bahkan seperti saudara-mara. Pelanggan yang datang kepada premis perniagaan dilayan sebaik mungkin seperti tetamu. Mereka datang membawa rahmat dan kembalinya mereka menghapuskan dosa. Pelangganlah tempat mereka mencurah bakti dan khidmat. Pelanggan jugalah yang membantu mereka memperbaiki diri dan mendidik hati. Oleh itu, pelanggan sungguh mahal dan sungguh istimewa. Mereka diberi penuh kemesraan dan kasih sayang.

Berbakti dan berkhidmat bukan setakat memberi pelanggan apa yang mereka mahu. Ia termasuk pembelaan dan kebajikan. Kalau ada pelanggan yang memerlukan barangan dan khidmat tetapi nyata tidak mampu membayar harganya, demi Tuhan yang mengurniakan kasih sayang, dia dibolehkan membayar ikut sesuka hatinya. Kalau dia terlalu fakir dan miskin hingga tidak mampu bayar langsung, maka menjadi tanggungjawab pihak yang berniaga pulalah untuk memberikan keperluannya itu dengan percuma. Tuhanlah yang akan membayarkan untuknya. Inilah ekonomi taqwa dan kasih sayang.

dollars

Di dalam sistem ekonomi kapitalis, tidak ada kasih sayang. Mereka hanya mahukan duit para pelanggan. Ada duit ada bisnes. Tidak ada duit, tidak ada bisnes. Mereka kata, “Kami bukan jabatan kebajikan.” Jangankan hendak membantu manusia, bahkan mereka sanggup menyusahkan, menekan, menindas dan menipu manusia demi untuk mengejar keuntungan.

5. Ekonomi Islam - keuntungan perniagaan untuk Masyarakat

Dalam ekonomi Islam, keuntungan ada dua bentuk. Satu adalah keuntungan maknawi dan satu lagi keuntungan maddi (material). Islam mengajar ahli ekonomi dan peniaganya untuk mengutamakan untung maknawi daripada untung material. Kalaupun ada keuntungan material, ia perlu dihalakan semula dan diperguna untuk kepentingan masyarakat. Islam tidak menganjurkan keuntungan material ditumpu kepada diri sendiri, keluarga, kelompok atau golongan. Keuntungan boleh diambil sekadar perlu tetapi selebihnya mesti dikembalikan kepada Tuhan melalui bantuan kepada fakir miskin dan masyarakat. Inilah apa yang dikatakan bersyukur.

Ekonomi Islam lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat daripada mengumpulkan keuntungan material yang besar. Keuntungan material kalaupun ada, perlu disalurkan semula kepada masyarakat.

Dalam sistem kapitalis, kalaupun ada khidmat yang diberi pada masyarakat, ia bertujuan untuk meraih lebih keuntungan. Kalaupun taraf khidmat ditingkatkan, motifnya ialah untuk bersaing dan meraih sebanyak mungkin wang pengguna dan bukan sangat untuk kebaikan masyarakat. Keuntungan pula digunakan untuk kepentingan peribadi keluarga dan golongan. Kalaupun ada keuntungan yang disalurkan semula kepada masyarakat, ia dibuat dengan penuh publisiti bagi tujuan membaiki hubungan dengan pelanggan (customer relations). Ini supaya perniagaan boleh bertambah maju dan keuntungan boleh dilipatgandakan.

6. Ekonomi Islam - tidak ada hutang berunsur riba

Islam tidak membenarkan riba. Iaitu pinjaman yang berfaedah (berbunga) tetap untuk jangka masa yang tertentu. Islam ada cara tersendiri untuk menjana model dan kewangan. Antaranya ialah mudharabah, musyarakah, berkorban dan sebagainya.

Riba mencetus berbagai masalah dan krisis. Ia sangat menekan, menindas dan mencekik si peminjam. Si peminjam boleh terjerat dalam satu ikatan yang dia tidak mampu ungkaikan atau terjatuh ke dalam satu lubang yang dia tidak mampu keluar. Lagi lama dia terjerumus, lagi kuat ikatan dan lagi dalam lubang itu.

Orang atau pertubuhan yang memberi pinjaman riba menjadi kaya tanpa usaha. Dia menjadi kaya atas titik peluh orang lain. Orang lain berniaga boleh rugi tetapi bagi orang yang memberi pinjaman riba, untungnya tetap dan terjamin.

Riba dalam ekonomi membuatkan harga barangan dan khidmat menjadi tinggi kerana untung lebih terpaksa dicari untuk membayar kadar faedah riba. Usaha ekonomi yang berasaskan riba juga tertakluk kepada tekanan kerana lagi lama pinjaman tidak dibayar, lagi banyak faedah atau bunganya.

Sistem ekonomi kapitalis sangat bergantung kepada riba. Bahkan tanpa riba, sistem ekonomi kapitalis tidak akan dapat berjalan. Banyak perusahaan, syarikat bahkan negara telah runtuh disebabkan sistem riba ini kerana tidak mampu mengejar jadual bayaran.

7. Ekonomi Islam mementingkan insaniah

Dalam ekonomi Islam, insaniah yang terbina merupakan aset yang paling penting. Pembangunan sumber daya manusia lebih utama dari pembangunan material. Ekonomi Islam itu sendiri berasaskan iman dan taqwa. Kegiatan ekonomi adalah cara dan kaedah untuk mencapai euntungan spiritual ini iaitu iman dan taqwa.

Ekonomi Islam boleh menghasilkan insan-insan yang soleh atau orang-orang yang bersungguh-sungguh hendak menjadi orang soleh. Ia boleh menghasilkan orang-orang yang kuat pergantungan mereka dengan Tuhan, yang kuat berkorban dan yang berakhlak mulia. Mereka jujur, pemaaf, peramah, bertoleransi, lapang dada, bertimbang rasa, suka mendahulukan kepentingan orang lain dan sebagainya.

Sebaliknya, ekonomi kapitalis tidak mementingkan keinsanan atau kemanusiaan. Yang diagungkan ialah wang dan keuntungan material. Manusia tidak dilihat sebagai manusia. Kemanusiaan dan keinsanan tidak dinilai atau dihargai. Manusia hanya alat atau bahan ekonomi yang gunanya hanya untuk menghasilkan produk. Pelanggan pula adalah mangsa dan sasaran supaya sebanyak mungkin duit mereka dapat diperolehi.

8. Ekonomi Islam bermatlamatkan Akhirat

Natijah akhir ekonomi Islam ialah kebahagiaan di Akhirat. Berekonomi atau berniaga itu ibarat bercucuk tanam. Hasilnya akan dituai atau diketam di Akhirat. Tidak ada bezanya berniaga dengan ibadah-ibadah yang lain. Semuanya bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah. Keuntungan kalau ada, digunakan dan diambil sekadar perlu. Selebihnya digunakan sebagai ibadah. Digunakan untuk membela fakir miskin dan untuk kepentingan masyarakat. Bahkan, berekonomi atau berniaga itu bukan setakat ibadah, ia adalah satu jihad fisabilillah.

Berekonomi adalah manifestasi dari solat. Dalam solat kita berjanji dan berikrar bahawa ibadah, solat, hidup dan mati kerana Allah. Kita perluaskan syariat itu dalam ekonomi dan di situ kita laksanakan ikrar dan janji kita yang kita buat dalam solat. Kalau di masjid itu tempat kita menegakkan hubungan dengan Allah (hablumminallah), maka di premis perniagaan tempat kita menegakkan hubungan dengan sesama manusia (hablumminannas). Kalau di masjid kita mertajamkan sifat kita sebagai hamba, maka di premis perniagaan, kita pertajamkan tugas kita sebagai khalifah.

Berbeza dengan sistem ekonomi kapitalis atau komunis, ianya adalah 100% sekular. Dunia untuk dunia. Dunia habis di dunia. Tidak ada langsung nilai atau matlamat Akhirat.

9. Ekonomi Islam - menguatkan masyarakat

Ekonomi Islam memberi banyak manfaat dan menguatkan masyarakat lebih dari individu. Namun bila masyarakat kuat, kaya dan teguh, maka nasib individu dalam masyarakat terjamin dan terbela. Ekonomi Islam memberi peluang kepada anggota masyarakat untuk mendapat pekerjaan dan untuk mendapat sumber rezeki yang halal. Melalui ekonomi juga, tenaga manusia dapat dimanfaatkan. Manusia jadi produktif dan ini boleh memakmurkan masyarakat dan negara.

Kalau dalam masyarakat itu, individunya kaya tetapi masyarakatnya miskin, maka ramailah ahli masyarakat yang akan menderita dan melarat hidup mereka. Kekayaan akan tertumpu kepada pihak-pihak yang tertentu. Akan timbul jurang yang besar antara kaya dan miskin. Akan wujud kasta antara kaya dan miskin. Akan timbul sakit hati dan kebencian dalam masyarakat. Tetapi kalau masyarakat kaya, kekayaan masyarakat adalah hak bersama. Bersama-samalah rakyat berlindung di bawah naungan masyarakat yang kuat dan kaya.

Dalam sistem kapitalis, duit banyak tetapi jiwa masyarakat rosak. Manusia bergaduh dan bersengketa dalam mencari kekayaan. Pembangunan lahir mempersona tetapi keinsafan dan akhlak rakyat punah dan rosak binasa.

Dalam perjuangan menegakkan dan membangunkan sesebuah masyarakat Islam oleh sesebuah golongan, jemaah atau negara, ekonomi merupakan kekuatan tambahan yang utama selepas tiga kekuatan asas iaitu iman, ukhwah, kesefahaman dan keselarasan. Tanpa tiga kekuatan asas tersebut, kekuatan sesebuah masyarakat Islam tidak akan wujud. Tanpa sebuah masyarakat Islam yang kuat dan padu, ekonomi akan mudah goyah dan Islam atau kebenaran yang diperjuangkan akan mudah dihancurkan oleh kebatilan.

SUMBER : iluvislam.com dan lain2.Ayat2 di susun semula dan dikemas

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget