CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 1 April 2009

Tarbiyah Ahli GAMIS Perlu Anjakan Baru


Mesyuarat Majlis Tertinggi GAMIS dan Jawatankuasa Tarbiah Kampus sepakat menyatakan bahawa sudah tiba masa GAMIS melaksanakan usaha mempertingkatkan lagi mutu tarbiah, mempertajamkan lagi motifnya agar berkesinambungan dengan persediaan menghadapi lapangan siasah nasional yang mempunyai titik pertembungan. "Mentaliti "blok-blok kampus" yang lebih mementingkan hal ehwal domestik kampus lebih dari rasa keprihatinan dan kecintaan untuk bergerak secara bersama secara nasional mestilah dihapuskan. Apatah lagi apabila kita mencermati halatuju negara kini tidak dapat tidak kita sewajarnya harus membincangkan bagaimana percaturan kepimpinan masa depan negara sekiranya kita serius mahukan negara Malaysia berubah wajah ke arah pentauhidan mutlak perlembagaannya."- Munawirah binti Roslan, Timbalan Setiausaha Agong GAMIS
Kita melihat adalah amat penting keterlibatan penggerak muda Islam melestarikan pengaruh mereka di kalangan mahasiswa. Kita mahukan gerakan mahasiswa Islam menjadi peneraju kepada ombak gerakan mahasiswa seluruhnya tanpa mengira kaum agar perubahan yang didokong tidak lari jauh daripada cita-cita daulah Islamiyah.

Maka dengan itu, ahli-ahli GAMIS harus mempertajamkan lagi thaqofah bukan sahaja terhadap agama malah isu semasa melangkaui peringkat global. Idea-idea seperti akademi – Al-Qardhawi – melahirkan hujjatul Islam alaf baru, Akademi Al-Banna – melahirkan mujaddid gerakan dakwah baru waqie Malaysia, dan Akademi latihan politikus muda mula berkumandang. Ya kedengarannya terlalu idealistik dan agak retorik. Namun, saya pasti satu perkara, jika kita memandangnya dengan penuh keseriusan dan keazaman yang tinggi, tiada apa yang mustahil. Ia bermula dengan impian, disulami kesungguhan perlaksanaan barulah terbit kejayaan. Sesungguhnya usaha mendokong idea baru, atau paradoks, normalnya pasti penuh dengan ejekan, sindiran sinis, termasuk cemuhan hatta daripada rakan sendiri.

Namun, tidak dinamakan perjuangan jika tiada pengorbanan jiwa dan perasaan. Lautan yang tenang, tidak kan bisa melahirkan nelayan yang berani. Satu tika dahulu, John F Kennedy ditembak kerana mahu menghapuskan dasar apartheid di Amerika, Anwar dan Zaid Ibrahim ditendang keluar daripada UMNO kerana mahu melakukan pembersihan parti itu, Imam Hambali dipenjara kerana mempertahankan hujah bahawa AL- Quran bukannya makhluk, malah Rasulullah sendiri, inspirasi agung, pernah dijauhi sahabat tanpa sedar kerana tidak memahami visi perjanjian Hudaibiyah. Inilah sunnatullah reformis atau mujaddid.

SUMBER

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget