CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 7 Jun 2009

Bangunlah Diri Mu

Sekadar Renungan

Bangunlah kamu wahai NAA,
Bangunlah kamu dari mimpi duniawi,
Bangunlah kamu dari tangisan yang bisa membuat mu rebah,
Bangunlah kamu kenangan lalu yang bisa menjadi sejarah pahit buat mu,
Bangunlah kamu dari kesakitan dan tabahlah menghadapi kesakitan itu.

Ku faham kenangan lalu adalah kenangan pahit buat mu,
Ku faham kesakitan yang mu alami itu ditanguni sendirian,
Ku faham mu juga mempunyai hati dan perasaan,
Ku faham mu sedang menguatkan diri dalam menempuhi onak dunia,
Ku juga faham apa yang mu alami dan mu tabahinya juga.

Mungkin mu merahsiakan tangisan mu itu,
Mungkin mu merahsiakan kesakitan yang mu alami,
Mungkin ketabahan itu ditanggung sendirian oleh mu,
Mungkin kesabaran mu itu kadang-kala di uji,
Mungkin jalan yang di pilih itu hanya difahami oleh mu.

Namun.....
Mana NAA yang dulu?
Dulu lidahnya basah dengan bacaan Al-Quran dan zikir,namun mana ia sekarang?
Dulu mu dihina kerana mu kedekut akan senyuman mu,namun bagaimana sekarang?
Dulu tangisannya asbab kesakitan nya dan hanya kerana Allah,namun bagaimana sekarang?
Dulu mulut mu petah berdebat dan berbicara sehingga mu menjadi wakil Isma',namun bagaimana sekarang?
Dulu langkah mu dihormati oleh sahabat dan digeruni oleh pelajar nakal,namun bagaimana sekarang?
Dulu hati mu kental dalam hinaan dan cacian insan lain,namun bagaimana sekarang?
Dulu mu bisa menghadapi kesakitan,namun bagaimana sekarang?


Malas ku mempersoalkan perbagai soalan kerana ku tahu ia bisa menguris hati mu,namun bangunlah diri mu.

Wahai diri mu,darah yang mengalir dan kesakitan itu bisa mu tempuhi selagi mu tabah.
Wahai diri mu,tangisan itu bisa hilang jika mu redha dan tabah.
Wahai diri mu,ikhlaskan lah dirimu dan redha atas segala ketentuan-Nya.
Wahai diri mu,ingatlah bahawa tiada insan lain akan membantu mu dan bangunlah dengan tabah.

Pesan terakhir ku,
Jika kamu tidak bisa berlari maka berjalanlah.
Jika kamu tidak bisa berjalan maka merangkaklah,
Jika kamu tidak bisa merangkak maka mengesotlah.

Tangislah sepuas hati mu dibahu ku agar mu tenang.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget