CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 25 Jun 2009

Perjalanan ke Berbekam atau hijamah

Alhamdulillah beberapa aktiviti berfaedah dapat dilakukan semasa cuti selama 4 bulan ini.Di dalam melayan kerenah adik-adik yang merindui abangnya maka ana keluar pergi ke sebuah tempat perubatan yang mempunyai khidmat bekam.

Di dalam perjalanan itu ana dan kawan ana singgah ke Masjid Jamek Majis India untuk menunaikan solat zohor.Setelah ana selesai menunaikan solat maka sahabat ana pula menunaikan solat.Kelihatan seorang yang tidak dikenali bercakap dengan sahabat ana.Secara biadap dan kurang ajarnya insan yang tidak dikenali itu tiba2 bercakap "Kawan kamu yang botak tu gila dan bagaimana orang gila boleh menunaikan solat dan solatnya tidak sah".Dalam hati ana "Siapa dia untuk mengatakan sahabat ana macam itu".Maka ana menjawab "Kamu sudah menunaikan solat?" dan "Sesungguh fitnah itu lebih zalim dari membunuh".Insan itu menjawab "Belum,tidak berguna menunaikan solat jika berhasad dengki atau membuat jahat jika solat".Dalam hati ana "Kamulah tu,dahla xsolat tapi duduk di dalam masjid untuk mencuri".Ana membidas dengan menujukan kepadanya "Jika orang gila boleh bersolat maka yang tidak solat itu bukanlah gila akal tetapi gila hati juga". "Pencuri di dalam masjid itu adalah munafik maka janganlah mendekati munafik".Rupa2nya lelaki yang cuba mencuri itu marah sebab sahabat ana xbercakap dengan pencuri tu (pencuri tu bercakap tetapi kawan ana buat xtahu).

Bekam atau bahasa Arabnya disebut hijamah bererti mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada bahagian kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu. (Kamus Dewan: 124)

Pendapat sebahagian fuqaha, perkataan hijamah bererti mengeluarkan darah daripada tengkuk dengan cara menghisapnya dengan alat-alat hajam (bekam) selepas dibedah. Al-Khattabi ada menyebutkan bahawa hijamah atau berbekam itu tidak dikhususkan tempatnya di tengkuk sahaja bahkan ia juga boleh dilakukan di mana-mana bahagian badan. (Mausu‘ah feqhiah: 17/14)



Hukum Berbekam

Sepertimana yang kita ketahui, bahawa berbekam itu merupakan satu perubatan tradisional yang sudah lama diamalkan oleh sebahagian orang. Sehingga ada yang menjadikannya sebagai mata pencarian dalam menyara hidup seharian.

Persoalan yang timbul adakah perubatan dengan berbekam itu disyariatkan, bolehkah ia dijadikan sebagai pekerjaan dan apakah kesannya terhadap keshahihan sesuatu ibadat?

Perubatan dengan menggunakan kaedah bekam adalah disunatkan dalam Islam malahan ia merupakan di antara sebaik-baik cara perubatan. Sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa buah hadis yang di antaranya sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:

"Sebaik-baik perubatan bagi kamu ialah berbekam"

(Hadis riwayat Ahmad)



Sabda Baginda lagi yang maksudnya :

"Kiranya ada suatu perubatan yang lebih baik bagi kamu, maka itulah dengan menggunakan pisau pembekam atau minuman daripada madu atau catukan (pagutan) dengan api dan aku sendiri tidak suka membakar dengan besi panas"

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Sabda Baginda lagi yang maksudnya :

Maksudnya: "Kesembuhan itu terdapat pada tiga cara: minum madu, pisau pembekam dan alat pengangus, dan aku melarang umatku membakar dengan besi panas"

(Hadis riwayat Bukhari)



Daripada hadis di atas jelas menyebutkan bahawa berbekam itu salah satu jenis perubatan yang diharuskan dalam Islam. Namun apa yang ingin disentuh di sini ialah hubungan dan kesannya terhadap hukum taharah, puasa dan berihram, dan hukumnya jika dijadikan ia sebagai satu mata pencarian.

Kesan Berbekam Dalam Taharah

Mengikut mazhab As-Syafie, berbekam itu tidak membatalkan wudhu. Sebagaimana dalam kitabnya al-Umm yang menyatakan yang ertinya :

"Tidak perlu berwudhu (tidak batal wudhu) kerana muntah, darah yang keluar dari hidung, berbekam, sesuatu yang keluar daripada badan dan sesuatu yang dikeluarkan daripada jasad selain daripada tiga lubang iaitu qubul, dubur dan zakar. (Al-Umm: 1/14)

Oleh itu, sesiapa yang berubat dengan menggunakan bekam dalam keadaannya berwudhu, maka tidaklah batal wudhunya atau berbekam itu tidak membatalkan wudhu.

Kesan Berbekam Dalam Puasa

Apabila seseorang itu berbekam di siang Ramadhan ataupun puasa sunat adalah dibolehkan dan tidak membatalkan puasa tersebut. Kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam ketika Baginda sedang berpuasa. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya :

"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam padahal Baginda sedang berpuasa"

(Hadis riwayat Bukhari)



Kesan Berbekam Dalam Ihram

Mengikut pendapat Imam As-Syafie, Ashab dan jumhur ulama adalah harus bagi seseorang yang sedang berihram itu berbekam dan tidak dikenakan ke atasnya fidyah, selagi dia tidak memotong rambutnya. (Majmuk: 7/377) Sebagaimana di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Buhainah Radiallahu ‘anhu, beliau berkata yang maksudnya :

"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam di tengah-tengah kepala Baginda di Lahyu Jamal (tempat antara Mekkah dan Madinah) padahal Baginda sedang berihram."

(Hadis riwayat Bukhari)

Jika sekiranya seseorang yang sedang berihram itu hendak berbekam dan terpaksa memotong rambutnya, maka hendaklah dia membayar fidyah disebabkan memotong rambutnya itu.

Menurut Imam An-Nawawi dalam hal ini, jika seseorang yang sedang berihram itu berbekam tanpa tujuan atau hajat lalu terpotong rambutnya maka haram hukumnya. Akan tetapi jika tidak terpotong rambut maka itu diharuskan. (Mausu‘ah Feqhiyah: 17/17)



Berbekam Sebagai Pekerjaan



Pendapat jumhur fuqaha termasuk mazhab Syafie, adalah diharuskan bagi seseorang itu menjadikan hijamah (bekam) sebagai satu pekerjaan dan mengambil hasil daripadanya. Kerana berbekam itu perbuatan yang bermanfaat, mubah (harus) dan orang ramai memerlukannya, maka diharuskan mengambil upah seperti pekerjaan menjahit dan sebagainya. (Mausu‘ah feqhiah: 17/18)

Mereka berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya:

"Nabi Shallallahu ‘alahi wasallam pernah berbekam dan Baginda memberi (upah) kepada orang yang membekamnya itu, seandainya hal itu haram, nescaya Baginda tidak memberinya."

(Hadis riwayat Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget