CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 29 Julai 2009

4 sebab Kerajaan harus mansuh ISA



Dengan kepetahan berhujah dan mengeluarkan beberapa potong ayat suci al-Quran, pengajaran daripada sirah Nabi Muhammad SAW, dan kaedah fiqhiyyah yang digarisi ulama, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib menggariskan empat sebab utama mengapa ISA dan penahanan tanpa bicara seharusnya dimansuhkan oleh kerajaan.

“Penahanan tanpa bicara (adalah) salah satu perkara yang tidak boleh pertahankan. Ini kerana semua piagam antarabangsa dan semua agama mengutuk sekeras-kerasnya penahanan tanpa bicara,” kata Saari yang pernah dua kali ditahan di bawah ISA pada 1999 dan 2001.

GMI debate on ISA 100509Ketka berhujah dalam debat bertajuk ISA: Haram atau Halal? anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), beliau menegaskan ISA bercanggah dengan amalan dan arahan yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Saari berkata, sewaktu dalam tahanan, beliau pernah menghantar hujah-hujahnya kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mengapa akta kontroversi itu perlu dimansuhkan.

Kemudian, tambahnya, selepas dibebaskan daripada tahanan, beliau juga berjumpa dengan mufti-mufti di Malaysia untuk mengetahui berhubung kedudukan perkara tersebut.

“Sehingga hari ini tidak ada jawapan. Syabas kepada PEWARIS (Majlis Permuafakatan Ummah) yang menyatakan ISA ini dibenarkan dalam Islam sebelum majlis fatwa dan mufti-mufti membuat keputusan,” kata Saari.

Beliau juga menarik perhatian kira-kira 80 hadirin di majlis debat tersebut yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), dengan mengimbau amalan Rasulullah SAW yang mengamalkan prinsip perbicaraan dan penghakiman sebelum menjatuhkan hubungan.

Kaedah fiqhiyyah

saari sungip Saari memberi contoh bagaimana kisah baginda menyoal siasat Hatib bin Baqa’ah (seorang sahabat) yang membocor rahsia kepada kaum Quraisy bahawa Rasulullah SAW akan memasuki kota Mekah.

“Pada prinsipnya, ada pendengaran iaitu pertuduhan didengar kepada umum. Pada zaman Rasulullah SAW, tidak ada hukuman sebelum perbicaraan,” katanya.

Selain itu, Saari juga berhujah dengan kaedah fiqhiyyah untuk menjustifikasikan bagi memansuhkan akta kontroversi itu.

Menurut Islam, terdapat satu keadah fiqhiyyah yang berbunyi, “al-dharrar yuzalu bil-syara” yang bermaksud kemudharatan itu ditolak oleh syarak, kata Saari.

Katanya, akta tersebut membawa kemudaratan kepada orang yang dituduh dan keluarga mangsa terbabit

“Penahanan tanpa bicara di bawah akta tersebut adalah satu tindakan yang zalim kerana hak-hak individu untuk membela diri dirampas sehingga tidak berpeluang untuk membukti seseorang itu tidak bersalah.

“ISA juga membawa kemudaratan kepada si isteri dan anak-anak tertuduh yang terpisah dengan si suami atau bapa.

Peluang bela diri

gmi debate on ISA 100509“Mereka menghadapi tekanan perasaan, (rasa) terpisah, takut, kecewa dan marah,” kata Saari yang telah menulis beberapa buah buku mengenai kisah pengalamannya di Kamunting.

Beliau juga mendakwa tahanan ISA turut diperlakukan dengan penyeksaan seperti dipukul dan dibelasah.

Mengulas lanjut mengenai pandangan Islam terhadap ISA dan penahanan tanpa bicara ini, Saari berkata, Islam memberi peluang kepada yang dituduh untuk membela diri.

“Sekiranya beliau (tertuduh) tidak mampu untuk mengupah peguam, maka orang ramai atau baitulmal harus menanggung untuk membela dirinya.

“Tidak boleh dihukum sehingga diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri… sehingga tidak ada seorang pun yang tidak dibela,” katanya sambil menyentuh kuasa penuh menteri untuk menahan seseorang selama dua tahun yang menurutnya akan, mungkin atau bakal memudaratkan negara.

Piagam hak asasi manusia

Oleh itu, kata Saari, Islam melarang mengambil keputusan untuk menahan sebelum tertuduh sebelum mereka dibuktikan kesalahan dan dibicarakan di mahkamah.

Selanjutnya, sebab ketiga penolakan akta ini, tegas Saari, ialah penahanan tanpa bicata ini telah ditolak daripada empat mazhab utama dalam Islam,iaitu Hanafi, Maliki, Syafiie dan Hanbali.

“Mereka bersepakata menolak tentang perkara tersebut,” kata Saari.

Tambahnya, ISA juga ditolak kerana ia bercanggah dengan piagam hak asasi manusia yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selepas peperangan dunia kedua.

“Pada tahun 1981, telah diluluskan satu piagam alternatif iaitu deklarasi Islam sedunia tentang hak asasi…kedua-dua piagam tersebut tidak bersetuju dengan penahanan tanpa bicara,” kata Saari.

” (Oleh itu) ISA adalah haram kerana ia bercanggah dengan al-Quran, amalan Rasulullah SAW, Khulafa’ Rasyidin, imam-imam mazhab dan bercanggah dengan apa yang ditetapkan oleh masyarakat antarabangsa,” katanya.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget