CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 22 April 2010

Metro Israel hubung pembahagi garisan Al-Quds



NABLUS - Seorang anggota Gerakan FATAH yang bertanggungjawab bagi isu Al-Quds, Hatem Abd Kadir(gambar) telah mendedahkan perancangan baru Israel untuk membina laluan metro (keretapi bawah tanah. Contoh: sebagaimana yang terdapat di Mesir) bawah tanah yang menghubungkan antara garisan pembahagi bandar Al-Quds; dari arah barat dan timur.

Abd Kadir berkata, syarikat yang membangunkan projek ini dari Amerika, iaitu 'Marshal Engineering'. Sebagaimana makluman, peringkat permulaan projek tersebut adalah 'merekabentuk' terowong bawah tanah dan membuat lakaran gerabak metro.

Dalam kenyataannya kepada agensi berita, beliau menyatakan Israel telah memulakan projek pengorekan(gali/gerudi) bagi mendirikan rancangan ini, ekoran dari projek pengorekan yang telah dijalankan di kawasan bab al-Khalil berdekatan Masjid Al-Aqsa untuk membina infrastruktur rancangannya. Beliau turut melahirkan rasa bimbang dengan projek pengorekan yang merupakan sebahagian dari rancangan terowong bawah tanah.

Wakil Fatah itu menunjukkan perancangan yang Israel laksanakan ini bermotif politik, iaitu Israel berusaha menghubungkan antara garisan yang menghubungkan bandar Al-Quds dengan menyatukannya dari terowong yang berada di bawah tanah malah juga akan menghubungkan dari atas.

Rancangan Israel ini menimbulkan kesan yang bahaya dengan pembinaan terowong bawah tanah dan gerabak metro ke atas tempat-tempat sejarah lama(arkeologi). Abd Kadir menjelaskan terowong bawah tanah ini turut merintangi kawasan kota lama yang berhampiran dengan tembok Al-Quds dan tanah perkuburan Armenia serta kawasan Nabi Daud AS untuk sampai ke tembok buraq(ratapan). Tambahan pula, tembok buraq juga adalah salah satu dari kawasan Masjid Al-Aqsa, maka dengan rancangan tersebut akan memberikan kesan kepada struktur binaan di sekeliling tembok Masjid Al-Aqsa.

Peta: Pemandangan bandar Al-Quds dari ruang udara. Garisan biru adalah laluan metro menuju ke tembok buraq(ratapan).

Menurut beliau, tujuan di sebalik perancangan ini sebagai jentera pengangkut untuk membawa sebilangan besar penduduk Israel dari barat Al-Quds menuju ke pertengahan Masjid Al-Aqsa(الحرم القدسي الشريف). Selain itu, rancangan sedemikian juga permulaan strategi Israel merempuh Al-Aqsa. Sesudah projek tersebut selesai dengan sempurna, maka metro dapat memasuki di bawah Masjid Al-Aqsa.

Beliau berkata, Israel tidak mengumumkan rancangan ini tetapi kami dapat mengesannya. Jelasnya, projek yang didirikan ini merupakan jalan tengah untuk menyerang Al-Aqsa dengan mudah dalam masa yang pantas serta mengejutkan. Desas-desus turut mengatakan dari rancangan ini, penduduk Israel dalam jumlah ribuan mampu merempuh Masjid Al-Aqsa hanya dalam beberapa detik waktu sahaja.

Beliau berharap kepada Negara-negara Islam, Negara-negara Arab dan antabarangsa agar dapat menyatakan apa yang dilakukan Israel ini melanggar undang-undang dan beliau juga mendesak supaya menilai keterlibatan syarikat Amerika dalam rancangan ini sebagaimana kes yang telah didakwa ke atas sebuah syarikat Perancis yang mendapat tender membangunkan gerabak metro bawah tanah, bagaimanapun projek itu berjaya dibekukan dan syarikat berkenaan telah menarik diri dari projek tersebut.

Sumber 21/04/2010, web berita Al-Jazeerah

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget