CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 22 April 2010

Notis roboh rumah

KHALIL - Bahagian Perkhidmatan Awam yang merupakan agensi kerajaan penjajah telah menyerahkan notis pemberitahuan bagi merobohkan 3 buah rumah dan kolam air di Kota Kecil Halhoul yang berada di utara bandar Khalil.

Berhubung dengan kes itu, Datuk Bandar Halhoul, Dr.Ziad Abu Yusof berkata, 'sepasukan tentera penjajah telah menceroboh masuk ke kawasan Romouz di selatan Kota Kecil serta menyerahkan notis pemberitahuan kepada penduduk Palestin; Ahmad Audh, Mohammad, dan Dhirar Zuma'irah mengenai rumah mereka yang akan dirobohkan'.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Palestin, Mohammad Abu Yusuf juga menerima notis pemberitahuan bagi memecahkan kolam air yang dimilikinya kerana kedudukan kolam tersebut berdekatan dengan zon 'C' yang berada di bawah penguasaan penjajah walaupun pada hakikatnya kawasan terbabit masih berada di zon 'A' yang berada di bawah kawalan Pihak Berkuasa Palestin.

Sumber 20/04/2010, web berita maannews.net

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget