CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 22 April 2010

Pengeboman sengit di selatan Deir Balah

DEIR BALAH - Sekumpulan tentera Israel yang berpengkalan sementara berdekatan pos kawalan Kissufim telah mengebom kawasan Abu Safiah, timur Deir Balah dengan 15 tembakan artileri pada petang selasa.

Agensi berita menjelaskan seiring pengeboman itu, tentera penjajah turut melepaskan tembakan bertubi-tubi di kawasan terbabit. Dalam masa yang sama, pesawat tempur penjajah mengawal dari ruang udara.

Berikutan serangan yang dahsyat, Dr.Muawiyah Husnain, Pengerusi bantuan cemas di Kementerian Kesihatan Gaza menafikan sebarang kecederaan dari kalangan penduduk Palestin dalam serang Israel berdasarkan usaha mencari dan mengesan mangsa yang dilakukan oleh sebuah panitia tertinggi unit bantuan dan kecemasan dengan pemusatan maklumat dari bulan sabit di kawasan terbabit kerana bimbang wujudnya kecederaan atau luka parah dikalangan penduduk.

Dalam kejadian serangan Israel, dua buah kumpulan Palestin; SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) dan KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH) dalam kenyataan yang berasingan mengakui mereka terlibat dalam pertempuran di timur Deir Balah.

SARAYA AL-QUDS mengesahkan sebuah unit dari kumpulannya telah mengesan satu unit tentera Israel menyelinap masuk di pertengahan Kissufim, maka tentera Israel dihujani tembakan. Dalam kejadian itu, tidak ada sebarang luka parah di pihak kumpulan pejuang Palestin.

Dari pihak KATAIB SYUHADA AL-AQSA pula menjelaskan pertempuran itu meletus selepas helikopter Israel melepaskan satu serangan peluru ke arah sebuah kumpulannya yang sedang bersedia untuk melancarkan serangan roket jenis 'AQSA' ke kawasan penempatan Israel.

Sumber(22:28) 20/04/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget