CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 22 April 2010

Penjajah tangkap 24 Palestin

TEBING BARAT - Menurut sumber dari agensi berita, sepasukan tentera penjajah telah menangkap 24 penduduk Palestin awal pagi tadi. Penangkapan tersebut melibatkan beberapa kawasan di Tebing Barat.

Web berita 'Yediot Ahronot' Israel melaporkan, 'tentera Israel menangkap 5 penduduk Palestin berdekatan bandar kecil di Bet Lehem yang berada di selatan Tebing Barat, dalam masa yang sama 5 lagi ditangkap di Qalqiliah, utara Tebing Barat. Sebagaimana dilaporkan mereka yang ditangkap telah dibawa ke jabatan siasatan.

Sementara itu, seorang tentera Israel mengalami luka ringan ketika operasi menggeledah. Lebih dari itu, tentera Israel melontar bom tangan ke arah sekumpulan penduduk Palestin sebelum mereka ditangkap Israel.

Tentera penjajah melancarkan operasi ini setiap hari. Pada malam semalam, tentera penjajah menceroboh dan mengadakan pemeriksaan di beberapa buah kawasan di Tebing Barat. Operasi tersebut sebagaimana yang dilaporkan adalah untuk mencari 'mereka' yang dikehendaki.

Sumber 22/04/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget