CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 21 Mei 2010

Demontrasi Peringkat Negeri Hari Ini


Pulau Pinang


















Pulau Pinang-Bantahan terhadap kerajan pimpinan DS Najib Tun Razak hari ini muncul di beberapa lokasi Masjid di seluruh negeri Pulau Pinang hari ini. Selain bebefpa negeri termasuk Terenganu, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah, bantahan ini di lakukan di masjid kampung Permatang Jangus Permatang Pauh di mana ianya di sertai oleh Pemuda Pakatan Rakyat selepas solat jumaat hari ini.


Bantahan ini diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang , Sdr Husni Mat PIah Ketua AMK Negeri, Sdr Amir Ghazali dan juga para angota pemuda PAS kawasan dan dewan ulama negeri dan kawasan serta para penyokong.


Menurut dewan pemuda PAS bahawa kebidaban Umno dalam isu ini dan menyalahi cara berfikir lurus dan waras serta tidak memberikan kebaikan kepada umum mengenai lesen perjudian ini.


Menrut Sdr Husni Mat Piah lagi , Pemuda PAS melihat bahawa judi ini sama ada di beri lesen atau pun tidak ianya adalah tetap haram di sisi agama. Bagaimana kerajaan yang mengaku bahawa negera ini adalah negara Islam, namun memberi pula lesen perjudian ini.Malah menurut beliau lagi, ianya tidak sepatutnya berlaku kerana semua masyarakaat tahu bahwa judi itu adalah haram di sisi agama.


Dewan pemuda PAS juga turut mempersoalkan adakah selama ini lesen judi yang di berikan kepada sport toto dan Da Ma Chai juga tidak mencukupi dan di tambah lagi pula judi bermusim seperti bola sepak ini.
Perhimpunan ini turt juga di sertai oleh Ketua AMK Pulau Pinang Sdr Amir Ghazali yang menganggap bahwa kerajan Umno ini adalah pengkhianat kepada umat Islam sendiri Malah menyatakan bahawa pendirian ketua pemuda Umno negeri yang membisu dalam sioal ini adalah di anggap sebagai pengecut namun bertopengkan pembangunan islam.

Sumber

___________________________________________________

Selangor

SHAH ALAM, 21 Mei -Sekurang-kurangnya empat masjid di Selangor mengadakan bantahan terhadap tindakan keajaan meluluskan lesen judi bola sepak selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Di Masjid Hulu Langat, sekurang-kurangnya 150 umat Islam mengadakan perhimpunan selama 30 minit bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan memberikan lesen kepada Kumpulan Berjaya.

Difahamkan, mereka membawa sepanduk bertulis ‘Hidup Islam’ dan ‘Bantah Judi’. Terdapat juga kehadiran beberapa anggota polis mengawak keadaan.

Bantahan yang sama juga diadakan di masjid Kajang, Hulu Langat dan Kapar.

Sementara itu di Kapar, Pemuda PAS di kawasan tersebut hanya mengedarkan risalah bantahan mereka kepada jemaah masjid yang menunaikan solat Jumaat di masjid di situ.

Semalam, Pemuda PAS dilaporkan mahu menganjurkan sekurang-kurangnya lima perhimpunan di pelbagai tempat di seluruh negara, iaitu di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada kelima-lima negeri itu, perhimpunan di Terengganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang. – MALAYSIAKINI

Sumber

___________________________________________________

Terengganu




Untuk Video = http://www.youtube.com/watch?v=sXeAHaw0JvI&feature=player_embedded

TERENGGANU-1000 orang telah berhimpun secara aman di hadapan Masjid Kampung Pengadang Baru Jalan Kuala Berang, bagi menyatakan membantah tindakan kerajaan pusat meluluskan judi bola sepak sempena piala dunia 2010.

Demonstrasi aman itu bermula kira-kira jam 2.10 petang sebaik sahaja selesai solat Jumaat yang diimamkan oleh Presiden PAS, Dato’ Abdul Hadi Awang.

Antara pimpinan PAS Terengganu yang berucap kepada orang ramai adalah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Mohd Faizol Wan Abas, Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu, Ustaz Kamarulzaman Abdullah,Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ahmad Kamal Ali dan Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Faris Muda.

Sumber

___________________________________________________

Perak




PERAK-1000 Rakyat Perak juga hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia Jun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tengahari tadi.Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boon Chye, Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Ketua Angkatan Muda PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari, dan Yang Dipertua ABIM Perak, Haji Suhaimi Latip.

Pimpinan Pemuda Pemuda PAS Perak; pimpinan Angkatan Muda PKR Perak dan pimpinan Badan Bukan Kerajaan antara yang turut bersama dalam himpunan.UMNO tidak menyertai walaupun telah dijemput secara rasmi.

Sumber

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget