CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 12 Mei 2010

Eropah menyesal pulau HAMAS - Ar-Ramhi

KHALIL - Mahmoud Ar-Ramhi(gambar), Setiausaha sulit Majlis Legislatif Palestin menyebut bahawa peredaran politik Eropah berusaha membuka hubungan dengan gerakan HAMAS( حركة المقاومة الإسلامية).

Sumber memetik kenyataan dari wakil-wakil Eropah menyatakan, Kesatuan Eropah(EU) merasa kesal kerana memulaukan HAMAS walaupun HAMAS mendapat majoriti suara dalam pilihanraya 2006.

Pendedahan yang dibuat oleh Ar-Ramhi setelah beberapa kali pertemuan yang berlangsung antara ahli-ahli parlimen HAMAS dengan wakil Eropah(rasmi dan tidak rasmi) di Tebing Barat.
Tambah Ar-Ramhi kepada agensi berita bahawa Eropah berusaha keras mencari jalan keluar dari kesempitan yang Eropah sendiri letakkan pada dirinya. Jelasnya, Eropah memahami tidak sepatutnya melanggar keputusan pilihanraya(gambar sebelah, HAMAS 76 kerusi, FATAH 42 kerusi, baki disandang lain-lain parti dan gerakan. Keseluruhan kerusi di parlimen Palestin, 132 kerusi). Kesannya, keadaan sebagaimana yang berlaku di Semenanjung Gaza.

Klik >> Majlis Legislatif Palestin (Rujuk, web berita Al-Jazeerah, 07/10/2007)

Kesinambungan pertemuan

A-Ramhi menjelaskan lagi, sejak akhir-akhir ini, ahli-ahli parlimen dari HAMAS kerap menerima kunjungan delegasi Eropah. Antaranya ahli parlimen Eropah yang dilantik secara rasmi. Beberapa hari lalu, seorang ahli parlimen Eropah, Louisa Morgantini mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen HAMAS.

Ar-Ramhi yang menukilkan kenyataan Morgantini, berkata, 'EU sedang cuba membatalkan ketetapan yang dibawa oleh Condolezza Rice, bekas Menteri Luar Amerika Syarikat iaitu memulaukan HAMAS. Bagaimanapun, ahli parlimen Eropah tidak mampu bertindak sedemikian disebabkan tekanan dari Amerika dan Israel'.

Morgantini turut menyatakan Eropah ingin mengeluarkan pendirian rasmi dari sudut kenyataan politik mengenai HAMAS "sehingga Eropah terus dapat berhubung dan berdaya menyelesaikan apa jua permasalahan dengan HAMAS".

Dijelaskan lagi, utusan khas Sweden di Timur Tengah, Duta Jan Danial Rush juga membawa mesej yang sama pada masa lalu ketika bertemu dengan Speaker Majlis Legislatif Palestin, Dr. Aziz Duweik.

Setiausaha sulit Majlis Legislatif Palestin menyatakan lagi, 'setelah ahli-ahli parlimen HAMAS menerima kunjungan dari delegasi Kerajaan Jerman dan bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter, maka hubungan dari sudut komunikasi juga berkesinambungan'. Dinyatakan, pemimpin ini turut menyebut mesej yang sama.

Walaupun Eropah merayu keamanan Gaza dibaik pulih serta bergabung dalam penentangan secara aman di Tebing Barat, namun menurut Ar-Ramhi, tindakan sedemikian tidak memadai jika dinisbahkan kepada Negara Eropah yang boleh lagi membina projek-projek malah kewangan dapat disalurkan ke Semenanjung Gaza yang diselaraskan dengan Kerajaan Palestin Gaza.

Krisis kewangan

Dari sudut lain, pertemuan antara ahli parlimen HAMAS dengan wakil Eropah juga menyentuh krisis kewangan yang melanda Eropah masa ini. Jangkaan dari krisis itu, sokongan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin Ramallah terpaksa dihentikan selama setahun atau lebih dari itu.

Lebih teruk, tabungan dana Pihak Berkuasa Palestin Ramallah dari cukai-cukainya tidak boleh menampung kewangannya sehingga memaksa Palestin bergantung kewangan kepada Negara-negara Eropah dan Arab bagi melunaskan gaji pekerja Palestin yang menjangkau USD150 juta per bulan.

Tambah beliau lagi, wakil-wakil Eropah mengungkapkan rasa bimbang berikutan situasi yang mengancam Pihak Berkuasa Palestin Ramallah dalam beberapa tahun akan datang kerana Eropah dilanda krisis kewangan ekoran beberapa Negara Eropah seperti Portugal, Spain, dan Itali turut menerima nasib sebagaimana Greek.

Morgantini menjelaskan lagi, perancangan Kerajaan Fayyad(Palestin Ramallah) yang sedang membina agensi kerajaan sehingga tahun 2011 bagi penubuhan Negara Palestin turut menerima kesan, iaitu bantuan kewangan yang tidak dapat disalurkan kerana krisis tersebut. Sumber 10/05/2010, web berita Al-Jazeerah

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget