CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 30 Mei 2010

Gaza menanti talian hayat (Sabtu)

Gambar: Seorang bayi yang turut mengikuti pelayaran armada pembebasan.

01.13 petang, Mesir/Palestin
: Menurut Pertubuhan Eropah bagi membebaskan sekatan Gaza, bahawa sebahagian kapal-kapal 'armada pembebasan' menghadapi gangguan komunikasi dari pihak Israel.

Sementara itu, salah seorang anggota pertubuhan tersebut, Amin Abu Rashid yang menaiki kapal '8000' berkata, Pihak Berkuasa Cyprus tidak membenarkan sejumlah besar dari ahli parlimen Eropah mengikuti armada pembebasan ke Gaza. Sumber safa.ps

Terkini(5.00 petang, Mesir/Palestin).
Menurut wartawan Al-Jazeerah, semua kapal telah bertemu di tempat pertemuan. (Laporan secara langsung dari kapal)
Sekarang, pelayaran armada pembebasan menuju ke perairan laut Gaza hanya menanti keputusan(perbincangan) dari Pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dalam konvoi itu mengenai masa dan waktu untuk berlepas menuju ke Gaza.

Gambar : Salah sebuah dari bot yang mengikuti pelayaran armada pembebasan.

08.33 malam, Mesir/Palestin
: Ahli-ahli parlimen Eropah dan aktivis dari Eropah berjaya keluar dari kepulauan Cyprus bagi mengikuti armada pembebasan yang bakal berlayar ke Gaza setelah kapal '8000' dihalang oleh Pihak Berkuasa Cyprus tiba di pelabuhan untuk mengambil mereka.

Namun, sebuah bot khas telah digunakan untuk membawa ahli-ahli parlimen dan aktivis Eropah tiba di tempat pertemuan armada pembebasan di perairan laut antarabangsa Cyprus.

Mereka tiba di kapal armada pembebasan pada waktu asar petang tadi. Sumber safa.ps.

09.36 malam, Mesir/Palestin : Armada pembebasan akan mula berlayar ke perairan Gaza pada pagi esok, Ahad. Sebagaimana dinyatakan, armada akan tiba di perairan Gaza pada pagi Isnin. Sumber wartawan Al-Jazeerah dan berita Al-Jazeerah.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget