CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 9 Mei 2010

HAMAS memberi peringatan kepada PLO sebarang keputusan kembali merunding

GAZA - Gerakan HAMAS hari ini mengingatkan Lajnah Ekskutif Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO) berhubung sebarang keputusan untuk kembali kepada rundingan dengan penjajah yang disifatkan 'sia-sia', malah memberikan lagi ruang kepada penjajah untuk melakukan lagi jenayahnya menentang penduduk Palestin.

Dalam kenyataan akhbar, wakil HAMAS berkata, 'sesungguhnya berterusan berpegang dengan jaminan-jaminan Amerika hanyalah ilusi, tidak menjadi asas untuk dilaksanakan bahkan menperjudikan hak-hak rakyat Palestin'.

HAMAS menyeru kepada Lajnah Eksekutif PLO agar menghentikan rundingan yang boleh disifatkan 'memperniagakan mimpi' terhadap masyarakat Palestin dan menyatakan pilihan mereka gagal malah segera dengan bersungguh-sungguh ke arah 'menyatukan Palestin'. Dinyatakan, asas penyatuan bagi melindungi hak-hak Palestin adalah dengan agenda Palestin sahaja.

Sementara itu, utusan Amerika di Timur Tengah, George Mitchell mengadakan kunjungan siri yang baru ke Israel untuk meneruskan perbincangan rundingan damai secara tidak langsung(Palestin-Israel) dengan wakil-wakil Israel.

Selepas itu, Mitchell dijadualkan bertemu dengan Mahmoud Abbas di Ramallah. Sumber 07/05/2010, web berita mannews.net dan berita Al-Jazeerah

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget