CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 12 Mei 2010

Karikatur: Memaksa dan terpaksa

Sumber karikatur (Palestine48)

Rentetan penerimaan PLO berhubung rundingan secara tidak langsung dengan Israel, maka Palestin menyangka bahawa dengan rundingan tersebut dapat memaksa Israel menuruti kehendak Palestin. Namun, Palestin(Ramallah) terpaksa mengorbankan pendiriannya dengan memaksa diri mengadakan semula rundingan secara tidak langsung dengan Israel. Alasan Palestin, Amerika memberi jaminan akan menjayakan rundingan tersebut.

Ketika ini, Israel bertegas pembinaan penempatan Israel takkan dibekukan malah berterusan. Sehinggakan Kerajaan Netanyahu menerima ancaman dari barisan kerajaannya yang akan menarik diri dari Kerajaan Israel jika penempatan dibekukan. Agak sukar, jika Netanyahu mahu membekukan penempatan Israel kerana risiko yang bakal dihadapinya, iaitu apabila ancaman 'tarik diri' dari Kerajaan benar-benar berlaku, maka mengurangkan kerusi kuasanya di parlimen Knesset. Sudah tentu, perkara ini dinanti-nantikan oleh parti Kadima yang berhaluan kiri.

Bagi Palestin Ramallah, waktu sebegini adalah yang terbaik untuk mengukuhkan perpaduan dalaman Palestin, namun kenapa masih memilih ketetapan yang melenyapkan harapan Palestin?

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget