CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 20 Mei 2010

'Latihan perang' KATAIB PEJUANG di Gaza

GAZA - Sebuah kumpulan pejuang Palestin di Gaza, KATAIB PEJUANG KEBANGSAAN(sayap tentera Barisan Demokrasi) telah mengadakan latihan perang menggunakan senjata hidup di kawasan pertengahan bandar Gaza. Puluhan anggota pejuang kumpulan itu terlibat dalam latihan berkenaan.

Latihan yang diadakan petang semalam(rabu) menggunakan peledak letupan, mortar, pelancar roket dan machine-gun(senjata berat).

Dalam kenyataan akhbar, KATAIB itu berkata, "latihan ini adalah untuk menguji sejauhmana persediaan bagi menghadapi sebarang serangan Israel yang tidak dapat dijangka ketikamana Israel banyak memberikan ancaman kepada Gaza", jelas KATAIB lagi, "persediaan ini mesti disempurnakan bagi berhadapan sebarang tentangan Israel ke Gaza".

Ancaman yang tidak menggetarkan

Semalam, sumber lain melaporkan, Mushir Al-Misri, salah seorang anggota HAMAS yang juga merupakan ahli parlimen Majlis Legislatif Palestin menyatakan ancaman serta janji Israel menyerang Gaza tidak mengggetarkan pejuang Palestin malah ia tidak menjadi syarat untuk menyerah diri, apatahlagi mematahkan semangat kemahuan penduduk Palestin yang mahukan kebebasan.

Beliau menjelaskan, laporan yang diterbitkan oleh akhbar 'Ma'arev' berbahasa hebrew bertujuan untuk meniupkan jiwa rasa kekalahan di kalangan penduduk Palestin.

"Apa yang dilakukan oleh media Israel itu seumpama perang psikologi yang tidak memberi kesan kepada masyarakat kami. Jiwa mereka sentiasa bergetar untuk menggagalkan perancangan musuh serta menghadang dengan penuh keberanian semenjak mereka menjajah tanah kami", ujar Mushir.

Ahli parlimen HAMAS itu mengesampingkan tujuan Israel yang mahu membuka perang yang baru di Semenanjung yang terkepung. Bagaimanapun beliau mempastikan, pejuang telah bersedia dengan persediaan yang besar bagi menghadapai sebarang tentangan. Jelas beliau, sebarang perang yang dilancarkan ke atas Gaza akan 'gagal' seperti sebelum ini. Sumber 19/05/2010, web berita safa.ps, web berita shehab.ps dan 20/05/2010, web berita maannews.net

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget