CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 18 Mei 2010

Pejuang Palestin mematahkan usaha pencerobohan Unit Khas Israel di utara Gaza


UTARA SEMENANJUNG GAZA - Dua buah kumpulan pejuang Palestin, KATAIB MUJAHIDIN dan ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, melaporkan awal pagi selasa, kumpulan pejuangnya telah menghadang sebuah unit khas tentera Israel yang menyelinap masuk di kawasan bebas "Doget" yang terletak di utara Semenanjung Gaza.
_____________________________________

Doget: Sebuah kawasan penempatan Israel yang telah dikosongkan pada 16/08/2005. Sumber, 16/08/2005 web berita Al-Arabiya.net
_____________________________________

Dalam kenyataan bersama kepada agensi berita, dua buah kumpulan pejuang tersebut memaklumkan bahawa pejuang-pejuangnya telah meletupkan dua buah peledak ketika unit khas tentera Israel cuba menyelinap masuk malah pertempuran meletus selama 10 minit. Dengan serta-merta, unit khas tentera Israel berundur dengan segera. Bagaimanapun pejuang Palestin menyatakan secara pasti bahawa adanya luka parah di pihak tentera penjajah yang cuba menceroboh masuk ke Gaza di bahagian utara.

"Pihak musuh menyangkap telah dapat melemahkan pejuang Palestin selepas perang dahsyat yang dilancarkan ke atas Gaza, namun kami yakin bahawa perang lalu tidak melumpuhkan kami tetapi menambahkan lagi kekuatan dan taktikal ketenteraan malah mujahidin(pejuang) kami yang ada sekarang lebih kuat dan berwaspada demi menjaga keselamatan sempadan Semenanjung ini..mana-mana musuh yang cuba melepasi walapun sehasta akan diserang", tambah dari kenyataan Pejuang.

Pejuang Palestin mempastikan bahawa sebarang pencerobohan ke dalam Semenanjung Gaza akan dihadang.

"Tindakan bodoh penjajah akan menanggung banyak kerugian kerana pejuang-pejuang kami bersedia menyerang musuh dengan segenap kekuatan mengikut masa yang sesuai..dengan izin Allah", tegas KATAIB MUJAHIDIN. Sumber 18/05/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget