CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 9 Mei 2010

PLO setuju rundingan secara tidak langsung dengan Israel, HAMAS anggap keputusan tidak mewakili Palestin

RAMALLAH - GAZA - Agensi berita: Akhir perjumpaan Lajnah Eksekutif bersama Lajnah Pusat gerakan FATAH semalam telah diumumkan persetujuan bagi memulakan rundingan secara tidak langsung dengan Israel. Malah dengan seberapa segera, Amerika Syarikat mengalu-alukan keputusan PLO.

Jurucakap Kementerian Luar Amerika Syarikat, B.G Crowly, berkata, 'keputusan ini adalah langkah yang cukup penting'. Tambah beliau, George Mitchell, utusan Amerika Syarikat di Timur Tengah akan mengikuti perkembangan hal ini ketika kunjungan yang berlangsung sebelum mengadakan perjumpaan dengan Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) kali ketiga.

Ketika laporan ini dicatat, Mahmoud Abbas menerima kunjungan George Mitchell di Ramallah hari ini.

Sebagaimana sumber melaporkan, wakil-wakil kumpulan pembebasan Palestin yang berada dalam keanggotaan PLO memperlihatkan pendirian yang berbeza dan bertentangan mengenai rundingan tidak langsung dengan Israel sebelum perjumpaan semalam diadakan. Bagaimanapun, wakil-wakildari gerakan FATAH mengumumkan bahawa mereka bersepakat untuk menjalankan rundingan secara tidak langsung dengan alasan 'memintas keputusan golongan berhaluan kanan Israel'.

Gerakan dan parti-parti pembebasan Palestin membantah keputusan PLO

Bagaimanapun, JABHAH TAHRIR PALESTIN, PARTI RAKYAT, dan PERTAHANAN RAKYAT BAGI PEMBEBASAN PALESTIN membantah kembali ke meja rundingan dengan Israel.

Dari pihak HAMAS dan JIHAD ISLAMI pula telah menjangkakan sesuatu yang akan dicapai ketika perjumpaan PLO berhubung rundingan tidak langsung.

HAMAS dalam kenyataan akhbar beberapa hari sebelum ini telah mengingatkan agar tidak mengadakan semula rundingan dengan Israel. Sebelum ini, PLO telah mengambil keputusan sedemikian mengikut kemahuan Amerika Syarikat dan Israel, sebagai ganti memperolehi kestabilan kewangan.

Fauzi Barhoum, jurucakap rasmi HAMAS berkata, Pertubuhan Pembebasan Palestin telah kehilangan haknya dari segi perundangan malah tidak lagi mewakili penduduk Palestin dengan keputusannya untuk kembali kepada rundingan secara tidak langsung dengan penjajah.

Dalam keterangan awal malam semalam, beliau berkata, 'PLO memutuskan ketetapan itu dalam masa penjajah masih meneruskan penentangannya yang menggila dengan bina penempatan, pengyahudian, pengusiran(pembuangan) penduduk Palestin di Tebing Barat dan sekatan ke atas masyarakat kami di Semenanjung Gaza.'

Israel dengan rundingan tidak langsung

Menurut web berita Arab 48(Palestine48), dari radio Israel menyebut beberapa wakil jawatan tertinggi Israel yang mengisyaratkan jika rundingan secara tidak langsung ini gagal, maka Israel akan mengemukakan pelan damai yang diselaraskan dengan kuartet 4 antarabangsa(Amerika Syarikat, PBB, EU dan Rusia).

Sumber berita Al-Jazeerah melaporkan dari ucapan Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel berkata rundingan secara tidak langsung dengan Palestin akan dijalankan tanpa syarat-syarat sebelum ini. Malah Netanyahu berharap, rundingan secara tidak langsung ini akan dibawa ke rundingan secara langsung seberapa segera.

Selain itu, Presiden Israel, Simon Perez dalam perbincangannya dengan Mitchell telah mendahului keputusan PLO yang menetapkan masa bermulanya rundingan.

Perez berkata, rundingan secara tidak langsung mesti menumpukan kepada keamanan.

"Penyusunan langkah keamanan menjadi sandaran utama kepada Israel dalam perbincangan(rundingan) dengan Pihak Berkuasa Palestin", ujar Perez.

Arekat merasa aneh sebelum rundingan

Beberapa penjawat tertinggi Israel menjangkakan rundingan ini akan gagal malah menemui jalan buntu. Dalam masa yang sama, Saeb Arekat, Badan Perunding Pihak Berkuasa Palestin mempamerkan rasa aneh berhubung kenyataan-kenyataan sedemikian sebelum rundingan ini bermula. Berikutan itu, niat Israel seolah-olah wujudnya komplot bagi menggagalkan rundingan secara tidak langsung.

Arekat berkata, Amerika Syarikat akan mengumumkan pendiriannya dalam dua hari lagi mengenai jaminan-jaminannya bagi mengadakan semula rundingan.

"Pihak kami(Palestin) telah mendengar dari mereka(Amerika)", ujar Arekat.

Sementara itu, Nabil Abu Radinah jurucakap bagi kepimpinan Palestin Ramallah mempastikan lagi kenyataan Arekat bahawa Presiden Amerika, Barrack Obama telah mengutuskan surat kepada Mahmoud Abbas yang menyatakan janjinya mendirikan Negara Palestin. Sumber 09/05/2010, berita Al-Jazeerah, suratkhabar Al-Ahram(Mesir), suratkhabar Misril-Youm(Mesir)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget