CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 12 Mei 2010

Rabai Yahudi masuk ke perkarangan Al-Aqsa

Sumber melaporkan, polis Israel(penjajah) membenarkan sebuah rombongan yang disertai 43 orang Rabai Yahudi memasuki perkarang Masjid Al-Aqsa. Dinyatakan, rombongan tersebut diiringi dua ahli parlimen Israel yang berhaluan kanan(pelampau). Majoriti dari jumlah Rabai itu menetap di kawasan penempatan Israel di Tebing Barat.

Sementara itu, Yayasan Al-Aqsa dalam kenyataan akhbar semalam(Isnin) mengingatkan tentang pencerobohan kumpulan Yahudi ke Masjid Al-Aqsa.


Sebagaimana dilaporkan, rombongan puak Yahudi ke Masjid Al-Aqsa adalah bagi memperingati "hari Al-Quds". Berikutan itu, esok adalah sambutan ke 43 sempena "penyatuan semula" bandar Al-Quds menurut taqwim ibrani(Yahudi) setelah Israel menjajah Timur Al-Quds dalam perang 1967.

Sumber 11/05/2010, suratkhabar Shourouk(Mesir) dan web berita Palestine 48, 10/05/2010

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget