CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 7 Mei 2010

Seorang pelampau Israel bertindak kasar terhadap 2 orang kanak-kanak Palestin

AL-QUDS - Satu kejadian yang berlaku hari ini, seorang pelampau Israel bertindak kasar ke atas 2 orang kanak-kanak Palestin; Muhammad Nabil Al-Kurd, 12 dan Abdullah Naseer Al-Ghawi, 9 di perumahan Syeikh Jarah, Al-Quds.

Sumber menukilkan daripada seorang wanita Palestin, Maisun Al-Ghawi ibu kepada Abdullah Naseer Al-Ghawi berkata, 'secara tiba-tiba seorang pelampau Israel muncul ketika dua kanak-kanak terbabit sedang bermain berdekatan rumah mereka di perumahan itu seraya menampar dua kanak-kanak itu dengan kuat sebelum meloloskan diri ke sebuah rumah yang dikuasai Israel di perumahan Syiekh Jarah.

Maisun berkata lagi, 'kami telah memaklumkan kejadian tersebut kepada polis Israel yang hadir ke kawasan ini tetapi polis tidak menangkap pelampau terbabit atas alasan tidak ada di dalam rumah itu, bagaimanapun suami Maisun, Naseer telah ditangkap untuk siasatan'. Sumber 06/05/2010, web berita maannews.net

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget