CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 28 Jun 2010

ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengebom jentera perang Israel, penjajah kekang dua perarakan aman

RAFAH - Kumpulan pejuang Palestin, ALWIYAH NASEER SALAHUDIN, sayap tentera Barisan Penentangan Masyarakat mengumumkan bahawa kumpulan pejuangnya mengebom jentera-jentera perang Israel yang sedang berkumpul berhampiran pintu gerbang yang dikuasai tentera Israel di timur Rafah Gaza. Dinyatakan, ALWIYAH melancarkan 3 serangan roket jenis 'hawn' ke atas sasaran pada tengahari tadi.

ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita bahawa, 'pengeboman itu mensasarkan sebuah perkumpulan tentera penjajah di pintu gerbang tersebut. Berikutan itu, helikopter penjajah melakukan pendaratan bagi memindahkan mangsa yang tercedera.'

Kumpulan pejuang itu menjelaskan lagi, bahawa 'tentera penjajah kelihatan mengalami kekeliruan sebaik sahaja pengeboman itu dilakukan', dinyatakan lagi operasi ketenteraan ini adalah bagi membalas penentangan penjajah yang tidak pernah putus. Malah mempastikan lagi bahawa penentangan ini adalah satu-satunya pilihan untuk pembebasan.

Sementara itu, di Ramallah pula, agensi berita melaporkan berpuluh-puluh penunjuk perasaan dari kalangan penduduk Palestin dan aktivis luar mengalami kecederaan ekoran kekangan tentera penjajah ke atas dua perarakan aman di Bil'in dan Ni'lin yang menentang pembinaan tembok pemisah dan pembinaan penempatan Israel.

Sebagaimana dilaporkan, dua perarakan itu berlangsung sebaik sahaja selepas solat Jumaat yang menuju ke arah kawasan(tanah) yang dikuasai penjajah.

Abu Umairah, anggota Jawatankuasa Penentangan Tembok Pemisah di Bil'in menjelaskan bahawa tentera-tentera penjajah yang berada di sebalik tembok pemisah terus menembak gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan setibanya di kawasan yang dikuasai penjajah. Akibatnya, berpuluh-puluh dari penunjuk perasaan mengalami kecederaan yang disebabkan sesak nafas dan pedih mata. Sumber 18/06/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget