CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 15 Jun 2010

Ancaman ke atas pembebasan


09.07 malam, Mesir/Palestin : Menurut web berita safa.ps melaporkan 6000 orang mengadakan tunjuk perasaan jalanan di Tel-Aviv, Israel bagi menutuk serangan ke atas armada pembebasan.

7.55 malam, Mesir/Palestin : Menurut sumber dari web berita safa.ps melaporkan bahawa satu pertempuran telah berlaku antara penduduk Baitul Maqdis(Palestin, penduduk asal) dengan tentera penjajah(Israel)di pintu masuk ke Kota Kecil Isawiyah di Al-Quds, Tebing Barat.

06.50 petang, Mesir/Palestin : Sumber dari Gaza memaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Mesir membantah permintaan dari Kesatuan Perubatan Arab Kaherah yang mahu memasukkan bekalan-bekalan ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir.

Munir Al-Birsh, wakil dari Kesatuan tersebut yang menyampaikan hal tersebut kepada agensi berita berkata, 'Pihak Berkuasa Mesir telah membantah permintaan yang dikemukakan bagi membawa masuk 400 tan bantuan makanan dan bahan binaan seperti simen'.

Pembukaan sempadan Rafah Mesir adalah perintah rasmi dari Presiden Mesir, Housni Mubarak setelah dunia bangkit menghentam tindakan penjajah yang menyerang armada pembebasan. Menurut sumber, sempadan Rafah dibuka setiap hari dari dua arah Mesir-Gaza sehinggalah ditetapkan penutupan semula sempadan itu secara rasmi.(Arkib maklumat)

Jelas Al-Birsh, 'Ketetapan rasmi membuka sempadan Rafah Mesir adalah bermakna bagi membolehkan kemasukan bantuan-bantuan ke Gaza, namun Pihak Berkuasa Mesir tetap menghalang bantuan-bantuan dari dibawa masuk ke Gaza, terutamanya simen dan bahan binaan yang lain'.

Pihak Berkuasa Mesir juga tidak membenarkan kemasukan janakuasa elektrik meskipun sempadan telah dibuka secara rasmi. Berikutan itu, tidak ada perkembangan yang lebih baik di sempadan Rafah apabila bantuan-bantuan seperti itu tidak dibenarkan masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir. Sumber web berita safa.ps

Fakta sempadan:

> Sempadan Rafah Mesir-Gaza hanya dikhususkan untuk laluan pesakit-pesakit Palestin, laluan keluar masuk/pulang penduduk Palestin dari Gaza ke Mesir dan ada dibenarkan bantuan perubatan mengikut sesetengah kes.

> Sempadan Gaza-Israel(lintasan):

1) Sempadan Erez(Israel) - utara Bet Hanoun, Gaza : Penduduk Palestin tidak dibenarkan keluar masuk melalui sempadan ini. Dalam sesetengah kes, hanya urusan rasmi dibenarkan.

2) Sempadan Shujaiyah : Kemasukan bahan-bahan mentah untuk pengaliran tenaga, solar dan sebagainya.

3) Sempadan Al-Mintar(Karni) : Kemasukan bahan dan bekalan makanan.

4) Sempadan Al-Qararah : Kerap kali sempadan ini digunakan oleh penjajah untuk menceroboh Gaza dari arah pertengahan Semenanjung Gaza.

5) Sempadan Al-Audah : Keluar/masuk barang-barang perdagangan.

6) Sempadan Karem Abu Salem : Dikhususkan untuk kemasukan bekalan makanan, bantuan perubatan, dan seumpamanya, namun tertakluk kepada pemusatan kuasa dari Mesir dan Israel. Arkib maklumat(kemaskini 01 Jun 2010, Berita Al-Jazeerah)

05.24 petang, Mesir/Palestin : Kapal Rachel Corrie yang dikuasai komando tentera laut penjajah telah tiba di pelabuhan Ushdud, Israel.

Gambar: Rachel Corrie yang dikepung bot-bot laju Israel.

Jurucakap tentera penjajah berkata, kapal Rachel Corrie telah menolak tiga tuntutan yang meminta supaya berubah arah pelayaran menuju ke pelabuhan Ushdud

Berhubung anak-anak kapal(sukarelawan/aktivis)pula, jurucakap tentera Israel memberi pilihan sama ada meninggalkan Israel atau terus berada di Israel untuk dibawa ke mahkamah.

Sumber menjelaskan, kesemua sukarelawan akan dibawa segera ke Lapangan Terbang Israel sekiranya mereka memilih untuk meninggalkan Israel, itupun setelah langkah pemeriksaan identiti dijalankan mengikut sistem birokrasi secara biasa.

Jurucakap tentera Israel turut berkata, pihaknya cuma mahu memastikan kapal tersebut tidak membawa senjata yang akan dihantar ke Gaza, malah pihaknya yang akan menyampaikan bantuan-bantuan(bekalan simen) itu ke Gaza dengan syarat tidak digunakan bagi sektor ketenteraan.

Berhubung dengan penundaan Rachel Corrie ke Ushdud, Ahmad Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Pemecah Sekatan di Gaza berkata, 'Kerajaan Israel melakukan lagi jenayahnya, bukan terhadap Palestin sahaja tetapi ke atas masyarakat antarabangsa'.

Beliau mendesak kepada masyarakat antarabangsa agar tidak diam dengan penculikan yang dilakukan zionis malah melanggar undang-undang laut. Dinyatakan lagi, beliau meminta agar Israel dikenakan tekanan. Sumber web berita safa.ps dan Al-Jazeerah

1.00 petang, Mesir/Palestin : Menurut wartawan Al-Jazeerah, Walid Al-Umari yang membuat liputan berdekatan pelabuhan Ushdud(Ashdod, Israel) menyatakan komando tentera laut Israel telah menguasai kapal Rachel Corrie. Dalam sekitar 2-3 jam lagi, kapal Rachel Corrie akan tiba di pelabuhan Ushdud.

Walid Al-Umari melaporkan bahawa Amerika Syarikat telah menghubungi Kerajaan Ireland bagi meminta supaya kapal Rachel Corrie melabuhkan kapal di pelabuhan Ushdud dan memunggah barang-barang bantuan di situ.

12.41 petang, Mesir/Palestin : Menurut safa.ps, beribu-ribu penunjuk perasaan di Sydney mengutuk serangan Israel ke atas armada pembebasan.


Terkini, 12.40 petang, Mesir/Palestin
:
Menurut laporan ringkas Al-Jazeerah, unit khas tentera Penjajah merempuh kapal Rachel Corrie yang dalam perjalanan menuju ke Gaza, namun tidak ada penentangan yang sengit seperti sebelum ini. Dari sumber safa.ps menyatakan, laporan tersebut dinukilkan dari media Israel.

Pada jam 12.31 petang, sumber melaporkan bot-bot laju tentera penjajah mengepung kapal Rachel Corrie.

Kapal Rachel Corrie terputus hubungan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget