CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 15 Jun 2010

Demontrasi dan perarakan kutuk serangan ke atas armada pembebasan


Semalam,
berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah(02.37 pagi, Makkah, 06/06/2010) melaporkan mengenai demontrasi dan perarakan bantahan yang diadakan di tengah ibukota London bagi mengutuk serangan ke atas kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Demontrasi di London yang disertai puluhan ribu penduduk Britain mengutuk tragedi itu dan mendesak supaya bebaskan Gaza dari sekatan.

Demontrasi yang bermula dari hadapan wisma Kerajaan di Downing Street 10 serta berarak menuju ke kedutaan Israel yang dikawal ketat oleh pihak polis. Malah, polis menghalang para penunjuk perasaan menuju ke kedutaan itu.


Para penunjuk perasaan, antaranya bekas ahli-ahli parlimen seperti George Galloway dan Tony Ben turut memegang bendera Palestin dan banting mengutuk serangan berdarah.

Selain itu, para penunjuk perasaan mendesak supaya mengheret pemimpin-pemimpin Israel ke muka pengadilan.

Sebagaimana dinyatakan, demontrasi mengutuk serangan berdarah ini turut diadakan di Mauritania dan pada hari Jumaat lalu, penduduk Malaysia juga mengadakan tindakan sedemikian. Berhubung serangan berdarah ke atas kapal-kapal yang membawa bantuan, beberapa buah Negara Arab, Islam dan Eropah bingkas mengadakan tunjuk perasaan sebagai tanda bantahan dan tidak berpuas hati dengan tindakan zionis, malah respon dari Amerika Syarikat.





Demontrasi dan perarakan bantahan di Eropah
Sumber 05/06/2010, youtube Al-Jazeerah



Demontrasi di Mauritania
Sumber 05/06/2010, youtube Al-Jazeerah

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget