CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 30 Jun 2010

Israel pinda undang-undang pengusiran ahli parlimen Al-Quds


Sumber menyatakan, isu ahli-ahli parlimen Baitul Maqdis
(gambar) yang diusir dari Al-Quds sedang diselesaikan. Sementara itu, ahli-ahli parlimen berkenaan menafikan wujudnya sebarang tawaran atau syarat-syarat yang membuatkan Israel menilai semula ketetapan 'pengusiran' ahli-ahli parlimen tersebut, tetapi ahli-ahli parlimen amat berharap mereka diberikan keputusan secara bertulis yang membatalkan pengusiran itu.

Pihak Berkuasa Israel telah menggugurkan status ahli parlimen Al-Quds, Muhammad Tutah, Muhammad Abu Teir, Ahmad Atuan dan bekas Menteri Al-Quds, Khalid Arfah yang mewakili gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية). Kesemua ahli parlimen ini telah diberikan tempoh beberapa hari supaya keluar bandar Al-Quds, tetapi ahli parlimen ini membantah dari meninggalkan Al-Quds.

'Batal'

Abu Arfah berkata, beliau dan ahli-ahli parlimen berkenaan mendapat maklumat yang menunjukkan Pihak Berkuasa Israel telah bersetuju untuk menilai semula ketetapan melucutkan status penduduk asal Baitul Maqdis dan membatalkan ketetapan pengusiran.

Hal tersebut yang dinyatakan kepada agensi berita bahawa Amerika Syarikat(US) dan Eropah telah menekan Israel ekoran dari ketetapannya setelah Pihak Kerajaan Palestin campur tangan dalam hal tersebut, tetapi Abu Arfah mengungkapkan rasa khuatir sekiranya Israel tidak mematuhi perjanjian.

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Penjajah bersungguh-sungguh untuk menolak dari mengadakan sebarang perjanjian. Berikutan itu, Abu Arfah dan rakan ahli parlimennya menanti dokumen status penduduk asal Al-Quds dikembalikan serta menerima ketetapan baru yang membatalkan ketetapan pembuangan ke luar(pengusiran).

Abu Arfah menjelaskan, status dan dokumen pengesahan penduduk asal beliau dan kesemua ahli parlimen masih lagi tidak dikembalikan meskipun ada khabar yang baik, namun sehingga sekarang Pihak Berkuasa Penjajah tidak mengeluarkan ketetapan lain bagi membatalkan ketetapan pengusiran itu.

Sementara itu, Penasihat Presiden Palestin, Amin Maqbul menyatakan maklumat terkini yang diterimanya mengisyaratkan perbincangan melalui telefon yang dilakukan oleh Pihak Pemerintah Palestin dengan US berjaya mengekalkan ahli-ahli parlimen Baitul Maqdis menetap di bandar asal mereka(Al-Quds) dan isu ini selesai.

Amin Maqbul berkata kepada agensi berita Al-Jazeerah bahawa US telah memberikan jawab balas pada jam 5.00 petang Isnin selepas Mahmoud Abbas, Presiden Palestin dan Saeb Arekat, Pengerusi Badan Perundingan Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO) menghubungi pentadbiran US secara langsung.

Nafi wujud syarat atau tawaran

Penasihat Presiden juga menafikan wujudnya sebarang syarat-syarat dan tawaran lain. Jelas beliau, persepakatan yang dilakukan telah menyelesaikan isu tersebut tanpa ada sebarang syarat atau apa-apa ikatan dan status penduduk asal Al-Quds dikembalikan kepada mereka yang digugurkan haknya.

Begitu juga, Abu Arfah menafikan sebarang tawaran bagi menyelesaikan isu berkenaan seperti membuat pengumuman ahli-ahli parlimen itu tiada kaitan dengan gerakan HAMAS, sebagaimana yang didakwa oleh media-media.

Abu Arfah berkata lagi, usaha Mahmoud Abbas yang tertumpu kepada ahli-ahli parlimen kerana mereka dipilih oleh penduduk Palestin melalui jalan perundangan, dan mewakili penduduk Palestin dari keseluruhan kumpulan pembebasan Palestin, sama ada HAMAS atau selainnya.

Akhbar Al-Quds yang menyebut dari sumber Palestin berkata, "inisiatif persamaan itu yang disebut terzahir dari kenyataan tiga ahli parlimen dan bekas Menteri Al-Quds ketika pertemuan dengan Mahmous Abbas di Ramallah pada petang Jumaat yang lalu. Ketika pertemuan itu, mereka membuat pengumuman bahawa mereka adalah wakil-wakil penduduk Palestin dan ahli parlimen yang dipilih dan tidak mewakili mana-mana gerakan politik, termasuk HAMAS."

Merujuk kepada kisah yang dilalui ahli-ahli parlimen tersebut dapat dilihat empat tahun yang lalu apabila Menteri Dalam Negeri Israel pada waktu itu mendesak mereka meletakkan jawatan dari Majlis Legislatif Palestin setelah pilihanraya Palestin 2006, jika tidak berbuat demikian, status mereka sebagai penduduk asal Baitul Maqdis yang mendapat hak kekal menetap di Al-Quds tanpa memiliki status warganegara Israel akan dilucutkan. Sumber 30/06/2010, web berita Al-Jazeerah

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget