CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 28 Jun 2010

Penangkapan besar-besaran di Khalil

Sumber peta, google map. Penanda berwarna kuning adalah bandar Khalil. Manakala kampung Der Saamat terletak di bandar kecil Dura yang bernombor 15 hijau.

KHALIL(HEBRON) - Sekitar beberapa jam menjelang subuh, tentera penjajah telah menangkap berpuluh-puluh penduduk Palestin di kampung Der Saamat, barat Khalil, Tebing Barat. Dalam operasi tersebut, tentera penjajah turut melepaskan tembakan bom gas dan sound bom.

Sumber tempatan dari kampung terbabit memaklumkan kepada agensi berita, "lebih 30 penduduk Palestin telah ditangkap."

Berikutan penangkapan tersebut, kebanyakan penduduk Palestin yang ditangkap adalah dari kalangan penduduk yang bekas tahanan dari penjara Israel malah ada yang baru sahaja dibebaskan seminggu yang lalu.

Menurut saksi, jentera perang Israel dalam lingkungan 40 buah telah merempuh masuk ke kawasan terbabit pada awal pagi tadi. Lalu, penjajah melancarkan operasi memecah masuk ke rumah-rumah diikuti melepaskan sound bom dan bom gas ke atas beberapa buah rumah penduduk, dan ada pintu rumah penduduk Palestin yang diletupkan.

Jelas saksi lagi bahawa tentera penjajah menutup kesemua laluan masuk ke kawasan berkenaan serta menghalang penduduk keluar pergi bekerja.

Dalam kejadian itu, berlaku beberapa pertempuran kecil antara pemuda-pemuda Palestin dengan tentera penjajah. Pemuda-pemuda Palestin dikatakan melontar botol-botol kosong ke arah tentera penjajah.

Sebagaimana dilaporkan, tentera penjajah turut mendirikan dua pagar keselamatan tentera di jalan Tarusah, barat bandar Dura dan satu lagu di jalan Hamsoh-Dura. Manakala berpuluh-puluh tentera penjajah lagi dikerah berkawal di bukit yang terletak di kawasan berkenaan. Sumber 22/06/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget