CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 28 Jun 2010

Penjajah rempuh masuk ke Jenin, lagi 14 HAMAS ditangkap

JENIN - Sebagaimana dilaporkan pada awal pagi tadi, tentera penjajah telah merempuh masuk ke beberapa buah bandar kecil di Wilayah Jenin. Dalam rempuhan itu, penjajah menumpukan sepenuhnya operasi di kampung Zububa yang terletak di barat Jenin dan meminta beberapa penduduk Palestin tampil ke pejabat perisikan penjajah untuk beri keterangan.

Sumber dari penduduk tempatan berkata, "jentera perang Israel yang melebihi 15 buah telah merempuh masuk ke kampung Zububa yang penduduknya tidak melebihi 1500 orang", jelas sumber lagi, "tentera penjajah telah memecah masuk ke beberapa rumah penduduk serta menggeledah."

Selain itu, sumber menyatakan tentera penjajah mengarahkan tujuh penduduk agar tampil ke pejabat perisikan penjajah di kem tentera Salem yang terletak di kawasan berkenaan setelah pegawai perisikan penjajah menjalankan siasatan ke atas mereka di dalam rumah mereka sendiri.

Seorang penduduk, Muhammad As-Sharqawi yang menerima arahan dari perisikan penjajah menyatakan, penduduk Palestin yang disiasat oleh pegawai perisikan itu kerana dituduh terlibat dengan percubaan merosakkan tembok pemisah, dan selainnya dituduh kerana percubaan menguasai tanah-tanah di kawasan berkenaan yang berdekatan dengan tembok pemisah.

Dinyatakan, kampung berkenaan kerap kali menerima operasi yang sama dari tentera penjajah malah golongan kanak-kanak juga dituduh cuba merosakkan tembok pemisah.

Lagi anggota HAMAS ditangkap(berita ringkas)

Sementara itu, sumber melaporkan dari Ramallah bahawa gerakan HAMAS mendakwa Bahagian Keamanan Palestin di Tebing Barat telah menangkap 14 anggotanya dari Wilayah Jenin, Nablus, Sulfiit dan Tulkram. Sumber 22/06/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget