CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 28 Jun 2010

Pertempuran meletus lagi

06.11 petang, Palestin/Mesir : Sumber melaporkan, pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera penjajah meletus lagi pada petang ini di kawasan Telaga Ayub, Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa.

Sumber dari penduduk Palestin yang menyampaikan kepada agensi berita bahawa sejumlah dari penduduk Israel yang dikawal tentera pengawal sempadan penjajah melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin.

Sebagaimana yang dijangkakan, tentera penjajah akan menjalankan operasi penangkapan ke atas penduduk Palestin malam ini.

Laporan yang dinyatakan pada jam 08.45 pagi tadi, bahawa 20 penduduk Baitul Maqdis mengalami kecederaan akibat serangan tentera penjajah yang merempuh masuk ke pertengahan Silwan pada lewat malam semalam.

Sumber dari penduduk yang menyampaikan kepada agensi berita berkata, "pertempuran sengit telah meletus pada lewat malam semalam dan berlarutan sehingga awal subuh. Tentera penjajah yang merempuh masuk ke kawasan perumahan ini melepaskan tembakan secara rambang ke arah penduduk Baitul Maqdis sehingga mengakibatkan sebilangan dari mereka mengalami kecederaan."

Sebagaimana dijelaskan, sebilangan penduduk yang mengalami kecederaan itu akibat sesak nafas ekoran gas pemedih mata dan tembakan yang dilepaskan ke arah penduduk dan beberapa buah rumah. Malah ada penduduk Palestin yang mengalami kecederaan ringan akibat ditembak dengan peluru getah. Sumber 27/06/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget