CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 2 Julai 2010

Israel lancar beberapa serangan di Gaza

GAZA - Pesawat tempur Israel telah menyerang beberapa buah tempat di pertengahan dan selatan Gaza awal pagi tadi, menurut laporan Al-Jazeerah dan laman rasmi Palestine 48. Salah satu dari serangan tersebut mensasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang terletak di timur Rafah, dan satu serangan lain mensasarkan sebuah kawasan keselamatan yang berada di selatan bandar Gaza.

Agensi berita melaporkan, 'pesawat tempur penjajah menggugurkan satu serangan peluru ke atas bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang mengakibatkan kemusnahan lagi teruk setelah kerap kali diserang sebelum ini, bagaimanapun tiada laporan mengenai kecederaan.'

Jelas dari saksi kejadian bahawa, 'pesawat tempur Israel melancarkan tiga serangan berturut-turut ke atas sebuah tempat khas KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS, antaranya sebuah terowong bawah tanah yang digunakan oleh pejuang bersenjata gerakan HAMAS.'

Sementara itu, sebuah kawasan "فايز جراد" yang terletak di selatan Hayyu Zaitun, selatan bandar Gaza turut dibom pesawat tempur Israel. Sebelum ini, kawasan ini menjadi sasaran setiap kali Israel menyerang Gaza.

Kejadian tersebut turut disahkan oleh penduduk yang mendengar beberapa letupan di beberapa kawasan yang berlainan di Gaza.

Di Khan Yunus(selatan Gaza), penduduk tempatan berkata, pesawat tempur Israel mengebom sebuah kawasan terbuka di Hayyu An-Najjar, Khuza'ah yang terletak di timur Khan Yunus. Serangan penjajah ini mengakibatkan beberapa buah penduduk Palestin yang hampir dengan kawasan yang diserang mengalami kerosakan, bagaimanapun tiada laporan mengenai kecederaan.

Dari penjuru lain, bot-bot laju Israel yang melakukan rondaan di selatan perairan laut Gaza telah melepaskan tembakan machine-gun ke arah beberapa bot nelayan Palestin. Sumber melaporkan tiada sebarang kecederaan mahupun luka parah dikalangan nelayan Palestin.

Serangan-serangan tersebut diakui oleh tentera Israel.

Jurucakap tentera Israel menjelaskan, serangan-serangan ini adalah bagi membalas serangan roket yang dilancarkan ke barat Naqab malam yang lalu.

Tambah lagi dari jurucakap tentera Israel bahawa kawasan-kawasan yang menjadi sasaran serangannya adalah kerana menghasilkan logistik peperangan; di utara Gaza dan juga sebuah terowong bawah tanah untuk penyeludupan. Israel menyifatkan mereka itu sebagai 'golongan yang membuat kerosakan' di selatan Israel. Sumber 01/07/2010, web berita safa.ps, web berita Palestine 48(Pls48) dan web berita Al-Jazeerah

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget