CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 15 Julai 2010

Kapal-kapal perang Israel kepung kapal Amal

Sumber dari wartawan Al-Jazeerah yang mengikuti pelayaran kapal Amal Libya menjelaskan bahawa lapan buah kapal perang Israel mengekori kapal Amal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Yayasan Gaddafi menyatakan, tentera laut Israel mengepung kapal. Dalam masa yang sama Yayasan Gaddafi menafikan perubahan laluan kapal Amal ke pelabuhan 'Arish, Mesir dan tidak sebagaimana yang dinukilkan dari sumber Mesir dan Israel.

'Iyash Daraji, wartawan Al-Jazeerah memaklumkan bahawa salah satu enjin kapal Amal mengalami kerosakan teknikal dan para jurutera dari krew kapal sedang berusaha memperbaikinya.

Pengerusi Yayasan Gaddafi Antarabangsa, Yusof As-Sowani berkata kepada Al-Jazeerah ketika menghubunginya dari Tarablus, 'Memang kapal perang Israel mengikuti kapal Amal malah menimbulkan gangguan yang menyebabkan perjalanan menjadi perlahan kerana salah satu enjin rosak.'

Menurut 'Iyash, pelayaran kapal Amal sekarang ini terhenti di kedudukan 70 batu nautika dari perairan laut Gaza disebabkan kerosakan enjin.

Wartawan Al-Jazeerah menjelaskan, ketika kapal-kapal perang Israel menghampiri kapal Amal dalam jarak 200 meter, sistem komunikasi kapal Amal dan anak-anak kapal tidak berfungsi.

Berhubung sekiranya tentera Israel menggunakan kekerasan menghalang kapal, As-Sowani hanya menyebut akan membuat penelitian sebarang jangkaan menentang balas tetapi beliau tidak menyebutkan secara terperinci mengenai langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Yayasan Gaddafi apabila Israel menyerang Amal.

As-Sowani menegaskan bahawa 'Amal' tetap bergerak menuju ke Gaza untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin yang dikepung di Semenanjung Gaza. Beliau menafikan, laporan berita yang menyebut Amal akan mengubah haluannya ke 'Arish, menurut petikan agensi berita Mesir dan Israel yang tidak mendedahkan pengenalan diri.

Berikutan itu, jurucakap tentera Israel turut menafikan sebarang amaran diberikan kepada kapal Amal, bahkan memberikan penjelasan kepada mereka yang berada di atas kapal, 'mereka tidak boleh pergi ke Gaza' tetapi Angkatan Tentera Laut Israel telah memulakan operasi pendahuluan bagi menghentikan kapal', menurut petikan dari akhbar Perancis. Sumber 14/07/2010, kemaskini 08.40 pagi, Mesir/Palestin, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget