CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 2 Julai 2010

Penjajah tangkap 12 penduduk Palestin, serah notis roboh rumah

TEBING BARAT - Sepasukan tentera penjajah telah menangkap empat penduduk Palestin dalam satu operasi memecah masuk ke bandar kecil Bayt Umar pagi tadi di Khalil(Hebron) yang terletak di selatan Tebing Barat.

Jurucakap Sukarelawan Palestin di bandar kecil berkenaan, Muhammad Audh menjelaskan, sepasukan tentera penjajah memecah masuk beberapa buah rumah di kawasan terbabit dan menangkap Nadir Ahmad Khalil Abu Hashim, 22, Usam Jamal Khalil Abu Maria, 21, Khaled Sami Muhammad Sabarinah, 16, dan Tamer Ismail Muhammad Audh, 23.

Audh dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita menyatakan, tentera penjajah bertindak memecah pintu luar rumah Abu Hashim dan memeriksa rumahnya dengan cara membabi-buta malah beberapa perkakas rumah Abu Hashim dipecahkan.

Beliau menjelaskan tentera penjajah yang merempuh masuk ke bangunan rumah bertingkat milik Khalil Hassan Jabar Al-Alami mengarahkan tujuh keluarga termasuk kanak-kanak keluar dari bangunan tersebut. Setelah itu, tentera penjajah melakukan pemeriksaan yang memakan selama dua jam.

Sementara itu, sekeluarga Ahmad Muhammad Abu Maria yang terdiri dari lima anggota keluarga mengalami kecederaan kesan dari tembakan bom gas Israel yang dilepaskan ke dalam rumah mereka malam kelmarin. Kesemua mereka dibawa ke Pusat Perubatan untuk menjalani rawatan.

Muhammad Audh berkata lagi, operasi penjajah serentak dengan ceroboh dan menjalankan tangkapan di waktu akhir tengah malam semalam dan pagi tadi. Lantas mengakibatkan berlakunya pertempuran dengan pemuda-pemuda Palestin yang melontar batu dan botol kaca kosong ke arah tentera penjajah yang membalas dengan tembakan peluru getah serta gas pemedih mata.

Lapan lagi ditangkap

Dalam kejadian yang lain, sepasukan tentera penjajah menangkap lapan penduduk Palestin ketika operasi merempuh masuk ke beberapa wilayah di Tebing Barat.

Sumber dari polis Palestin dalam kenyataan bertulis mengesahkan sepasukan unit dari tentera penjajah merempuh masuk ke bandar Nablus dan bertebaran di jalan Az-Zuyut, jalan Al-Quds dan jalan Faisal. Sementara, pasukan tentera penjajah yang lain merempuh masuk bandar kecil Asirah.

Dinyatakan lagi, tentera penjajah merempuh masuk juga ke Mukhayyam Askar lama dan menembak sound bom. Tentera penjajah berundur dari kawasan-kawasan terbabit tanpa berlaku sebarang penangkapan.

Sumber melaporkan, seorang penduduk Palestin ditangkap oleh tentera penjajah di perlintasan Al-Karamah ketika pulang dari Jordan.

Sewaktu unit tentera penjajah yang lain merempuh masuk ke Qalqilia, operasi pemeriksaan telah dijalankan ke atas sebuah rumah penduduk Palestin dan sebuah gedung. Malah, tentera penjajah merampas kesemua alat perkakasan. Dalam operasi itu, seramai tujuh penduduk Palestin ditangkap.

Menurut sumber lagi, tentera penjajah turut menyerahkan notis roboh rumah kepada dua penduduk Palestin di bandar kecil Haris, Wilayah Sulfit dengan alasan pembinaan rumah mereka di tapak berkenaan tidak mendapat kebenaran(geran). Sumber 01/07/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget