CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 13 Julai 2010

Pertempuran sengit setelah Israel roboh rumah

Sumber peta, google map. Kedudukan Wadi 'Ara di nombor 61. Manakala jalan 65 pula adalah highwah no.65 yang bertanda bulat merah kecil di tiga noktah perhentian.

'ARA - Sebuah pertempuran sengit meletus antara penjajah(polis dan unit khas) dengan penduduk kawasan Wadi 'Ara(tanah jajahan 1948) sebaik sahaja sebuah rumah penduduk, Nukman Abu Saam dirobohkan atas alasan rumah tersebut dibina tanpa kelulusan.

Jentolak-jentolak penjajah yang diiringi puluhan anggota polis dan pasukan keselamatan serta dilindungi jip-jip tentera dan helikopter merempuh masuk ke kampung 'Ara pada jam 2 pagi dengan tujuan untuk merobohkan tersebut. Berikutan itu, beratus-ratus penduduk dari kampung tersebut dan kampung yang bersebelahan bergegas menempik serta menghadang cubaan meroboh.

Ketika usaha meroboh, polis Israel melepaskan gas pemedih mata ke arah penduduk-penduduk yang mara ke kawasan itu, lalu mengakibatkan beberapa dari kalangan penduduk mengalami kecederaan. Malah, tiga pemuda turut ditangkap polis Israel.

Jurucakap polis Israel mendakwa, pihaknya telah menangkap tiga pemuda Palestin dari kampung berkenaan kerana didakwa 'melontar batu dan cubaan menutup jalan(highway no.65)'.

Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat bagi mempertahankan tanah dan penduduk di Wadi 'Ara, Ahmad Mulhim berkata, "walaupun penjajah menjalankan operasi meroboh tetapi pendirian penduduk adalah lebih mulia sekiranya keteguhan kami lebih kuat dari keangkuhan sikap Kementerian Dalam Negeri Penjajah dan projek-projek Yayasan Israel yang bertindak zalim terhadap penduduk-penduduk Arab."

Tambah beliau lagi, "semalam kami telah mengumumkan persediaan berjaga-jaga bagi menghalang sebarang usaha perobohan, dan hari ini kami mengumumkan sekali lagi ketikamana arahan-arahan yang mengancam untuk meroboh beratus-ratus rumah di 'Ara dan desa-desa yang berada di Wadi 'Ara."

Jawatankuasa tersebut turut mengumumkan mogok di dua buah kampung, 'Ara dan 'Ar'ara bagi memprotes tindakan Israel meroboh rumah tersebut malah beberapa buah rumah lain berada dalam bahaya, iaitu diancam roboh kerana dakwaan pembinaan tidak ada kelulusan. Sumber 07/07/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget