CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 13 Julai 2010

Rumah penduduk Baitul-Maqdis kena roboh


Pihak Berkuasa Israel telah merobohkan empat buah rumah Palestin di Al-Quds hari ini, sehari selepas Majlis Perbandaran Israel di Al-Quds membuat pengumuman dengan meluluskan pembinaan 32 unit perumahan baru di timur bandar itu. Seiring dengan pengumuman terbabit, dijangkakan Majlis Perbandaran Israel akan mengeluarkan ketetapan yang sama dalam minggu akan datang bagi membina 48 buah unit lagi perumahan yang lain, sekaligus dikecam Pihak Berkuasa Palestin.

Sumber peta, google map.

Penjajah merobohkan tiga buah rumah penduduk Palestin yang terletak di 'Isawiyah berhampiran dengan kawasan yang dirancang oleh Israel untuk membina sebuah taman.

Sebagaimana dilaporkan, Pihak Berkuasa Penjajah telah merobohkan enam buah rumah sejak awal pagi tadi dan yang terkini pada petang tadi dengan alasan pembinaan rumah tersebut tidak ada kelulusan.

Tiga buah rumah yang diroboh pada petang tadi dimiliki, Sabah Abu Armilah, Mahmud Muhammad Naseer dan Khalil Abdullah Daari, sementara itu sebuah lagi rumah yang dimiliki keluarga Ar-Rajbi di kawasan Al-Aqabah berdekatan dengan Beit Hanina, utara bandar Al-Quds.

Pertempuran sengit

Menurut saksi, berikutan operasi Pihak Berkuasa Penjajah itu telah mengakibatkan tercetusnya pertempuran sengit antara pemilik-pemilik rumah dan sebilangan besar penduduk dengan polis Israel yang menggunakan kekerasan yang menghalau penduduk Palestin dari kawasan berkenaan.

Sumber menyatakan, beberapa orang dari kalangan penduduk mengalami kecederaan akibat dipukul polis Israel.

Kecam tindakan Penjajah

Tindakan Israel itu turut dibalas dengan kenyataan Pengerusi Unit Perumahan Al-Quds dari Pihak Berkuasa Palestin, Ahmad Al-Ruwaidhi.

Beliau berkata, 'pengumuman Israel itu merupakan tamparan baru terhadap usaha perdamaian dan rundingan bagi mendekatkan kedua belah pihak yang dipandu oleh Amerika Syarikat.'

Ahmad Al-Ruwaidhi menggesa Palestin agar mencari mekanisme yang lain bagi mempertahankan penduduk asal serta hartanah mereka malah untuk berhadapan dengan rancangan pembinaan penempatan Israel di Timur Al-Quds.

Unit Perumahan Al-Quds turut mendedahkan pihaknya telah mengikuti perkembangan hal ini beberapa bulan yang lalu dan mendapati Israel merancang lebih dari 7 rancangan pembinaan penempatan yang baru. Dijelaskan lagi, rancangan pembinaan unit-unit perumahan yang baru ini akan memberikan peluang kepada 15 ribu penduduk Israel untuk menetap di Timur Al-Quds.

Perancangan ini menunjukkan Israel melangkah setapak demi setapak untuk meyahudikan bandar Al-Quds dan menggiatkan lagi jumlah kewujudan Yahudi di Al-Quds dengan mengurangkan kewujudan Arab.

"Penjajah merancang sedemikian kerana untuk menjadikan jumlah penduduk Yahudi meliputi di bahagian timur dan barat Al-Quds sebanyak 1,000,000 Yahudi serta mengurangkan 15% jumlah penduduk Palestin dari jumlah keseluruhan," jelas Al-Ruwaidhi.

Tambah beliau lagi, dengan hal ini bermakna Israel juga merancang seiring dengan pengumuman pembinaan unit perumahan yang baru bagi menghalau 20% dari keseluruhan penduduk Palestin dengan melakukan pengusiran beramai-ramai.

Beliau menjelaskan lagi, sokongan kewangan pendahuluan yang diperolehi dari Palestin sendiri, Arab, dan antarabangsa untuk mempertahankan bandar Al-Quds walaupun tindakannya lebih penting tetapi ia tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan-keperluan bandar ini yang berhadapan dengan projek-projek pembinaan penempatan Israel. Tambahan pula, sikap Israel yang mahu membentuk persekitaran unsur Yahudi di Timur Al-Quds.

Bantah roboh rumah

Pada jam 7.10 petang, Palestin/Mesir, berita Al-Jazeerah menyiarkan secara langsung tunjuk perasaan dan perarakan.

Laporan berita memaklumkan bahawa tunjuk perasaan tersebut diadakan di sebuah kampung di Al-Lidd bagi membantah tindakan pihak penjajah yang meroboh rumah Palestin. Sumber 13/07/2010, berita Al-Jazeerah, web berita safa.ps dan web berita al-Jazeerah

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget