CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 13 Julai 2010

Rundingan damai selamatkan kami dari kepungan politik - Barak

Gambar(link): Ehud Barak di sebelah kiri ketika mengadakan pertemuan dengan Salam Fayyad(kanan), Perdana Menteri Palestin Ramallah pada 5 Julai 2010.

AN-NASIRAH, - Menteri Perang(pertahanan) Israel, Ehud Barak berkata, "Kerajaan Israel dari permulaan lagi perlu kepada pendekatan dasar politik yang baru, dengan rundingan damai, ia dapat mengeluarkan Israel dari penyisihan(kepungan) politik yang telah mula terzahir beberapa bulan yang lalu."(link)

Memetik akhbar 'Ma'arev' berbahasa Ibrani yang menukilkan kata-kata Ehud Barak ketika perjumpaan mingguan Kerajaan Penjajah, katanya, "apa yang penting sekarang, kita kena faham bahawa kita perlu kepada agenda politik yang kuat, malah rundingan damai dengan Palestin dalam semua peringkat juga untuk melepaskan kita dari penyisihan politik yang telah kita terjerumus ke dalamnya."

Tambah Barak, kunjungan Netanyahu ke Washington baru-baru ini dan bertemu dengan Presiden Obama amat memberansangkan.

Sebagaimana dijelaskan, pertemuan Netanyahu dengan Obama memberi manfaat, begitu juga dengan keputusan dari ketetapan hasil pertemuan tersebut. Berikutan itu, tindakan Amerika Syarikat menunjukkan sikapnya yang sentiasa terkehadapan menyokong Israel.



Sementara itu, wakil(Duta) Israel di PBB, Gabriela Shalev berkata pendirian Israel sekarang di peringkat antarabangsa dan di dalam PBB secara khusunya adalah yang paling teruk sejak kurun 70-an.

Gambar(link): Gabriela Shalev, Duta Israel di PBB.

Ketika dalam satu wawancara dengan radio tentera Israel, Shalev berkata, "Kedudukan kita sekarang ini boleh dibandingkan pada tahun 70-an, iaitu ketikamana bahang kemarahan yang timbul dengan menyifatkan zionis mengamalkan dasar aparteid."

Gabriela Shalev telah meletakkan jawatan sebulan yang lalu dari duta Israel di PBB menjelaskan, beliau mahu bergegas pulang tetapi masih menanti ketibaan duta baru yang menggantikan tempatnya menjelang September akan datang. Namun, sehingga kini tidak ada lagi maklumat mengenai individu yang bakal menggantikan tempatnya.

Wakil Israel menyatakan sedemikian setelahmana Israel menerima hentaman yang bertali-arus di peringkat diplomasi PBB dan Badan-badan Pertubuhan PBB yang lain khususnya setelah perang ke atas Gaza. Tambahan pula dengan tertubuhnya Jawatankuasa Goldstone menambahkan lagi kecaman yang kuat terhadap Israel.

Setelah itu, Israel turut menerima kutukan teruk yang tidak dijangka disebabkan serangan berdarah ke atas armada laut 'freedom flotilla'. Berikutan kejadian tersebut, PBB akan menubuhkan panel siasatan antarabangsa mengenai serangan itu malah dalam Persidangan Nuklear Antarabangsa turut mendesak agar penjajah(Israel) menganggotai pertubuhan terbabit supaya adanya perjanjian yang menentukan had dari penularan senjata nuklear. Sumber 11/07/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget