CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 15 Julai 2010

Sejauh 50 km, Amal bergerak perlahan menuju ke Gaza

GAZA - Kapal Amal Libya bergerak secara perlahan menuju perairan Gaza disebabkan kerosakan teknikal pada salah satu enjinnya, menurut Jamal Khudhri, Pengerusi Jawatankuasa Menghadapi Sekatan.

Khudhri dalam kenyataan akhbar yang disampaikan kepada agensi berita mengesahkan bahawa bot-bot laju tentera Israel masih mengepung kapal Amal dan mengganggu sistem komunikasi, tetapi Amal bergerak terus menuju ke Gaza untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang terkepung.

Beliau menyebut, kedudukan kapal Amal sekarang ini hampir berada dari jarak 50 km dari perairan laut Palestin sambil dilingkungi bot-bot laju tentera Israel yang mendesak supaya mengubah laluan menuju ke mana-mana pelabuhan selain Gaza.

Khudhri menyatakan, kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan pihak Israel telah menyebarkan berita bohong sejak tiga hari yang lalu. Jelasnya, Khudhri menafikan sebarang niat kapal Amal menuju ke pelabuhan selain Gaza, dalam masa yang sama beliau tidak mengesampingkan bahawa penjajah yang menyebabkan kapal mengalami kerosakan teknikal.

Para sukarelawan yang berada di atas kapal dalam keadaan baik, mereka berazam untuk tiba di Gaza tanpa berlaku sebarang pertempuran dengan sesiapapun.

"kami tidak mahu bertempur dengan sesiapa tetapi kami kesal kerana penjajah sentiasa memberi ancaman, mengugut dan mahu bertempur", ujar para sukarelawan.

Angkatan tentera laut Israel mengenakan kepungan ke atas kapal Amal dan menghadangnya dengan bot-bot laju sejak petang semalam ketika Amal berada 100 km dari perairan laut Gaza.

Jamal Khudhri mengatakan Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa para sukarelawan(anak-anak kapal). Selanjutnya, beliau menggesa agar dibentuk laluan aman dan perlindungan antarabangsa ke atas kapal bantuan sehingga tiba di Gaza. Sumber 14/07/2010, jam 09.15 pagi, Mesi/Palestin, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget