CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 13 Julai 2010

Tentera laut Israel hadang kapal Amal

Jam 05.03 petang, Palestin/Mesir, sumber dari agensi berita safa.ps melaporkan bahawa kapal Amal Libya dihadang oleh kapal angkatan tentera laut Israel yang berada di kedudukan 100 km dari perairan laut Gaza.

Hal tersebut dimaklumkan oleh Jamal Khudhri, Pengerusi Jawatankuasa Menghadapi sSekatan dan Ahmad At-Taibi, ahli parlimen Arab dari anggota Knesset Israel pada waktu asar.

Jamal Khudhri berkata, 'tentera laut Israel meminta kepada para anak kapal mencari pelabuhan lain untuk memasuki Gaza.'

Beliau menyatakan, bot-bot laju tentera Israel hanya berada 100 meter dari kapal Amal ketika hal tersebut dimaklumkan kepada agensi berita.

Jamal turut mendesak kepada dunia agar membentuk satu mekanisme perlindungan laut kepada kapal bagi menghalang zionis dari menhalang pelayaran kapal. Jelas beliau, bahawa sekarang ini masalahnya bukan dari kapal tetapi masalahnya adalah penaklukan dan sekatan Israel.

Tentera Israel cuba menghubungi kapten kapal pada waktu tengahari tadi tetapi krew-krew kapal tidak menjawab panggilan dari tentera Israel.

Sumber dari berita Al-Jazeerah pada waktu tengahari tadi melaporkan tentera Israel yang menghubungi kapal Amal meminta mengubah laluan menuju ke pelabuhan 'Arish, Mesir.

7.59 malam, Palestin/Mesir. Menurut Jamal Khudhri dan Ahmad At-Taibi, penjajah mengganggu sistem komunikasi kapal Amal. Sumber web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget