CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 8 Ogos 2010

HAMAS akan menyesal jika tembakan roket masih berterusan

AN-NASIRAH, - Timbalan Perdana Menteri I Israel, Silvan Shaloum, berkata, gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) akan menyesal dan merasa serik dalam tempoh terdekat ini jika masih dengan keputusannya yang melancarkan serangan roket ke arah penempatan-penempatan Israel.

Memetik radio Israel dari kenyataan Shaloum, "HAMAS akan merasa kesal dalam beberapa tempoh masa jika tetap dengan keputusannya yang masih meneruskan serangan roket."

Shaloum menjelaskan, Kerajaan penjajah sesekali tidak menyetujui sebagaimana keadaan sekarang yang menimpa ke atas penempatan-penempatan Israel di selatan dengan serangan-serangan roket. Jelas Shaloum, roket-roket yang gugur di Israel seperti gerimis dan mungkin boleh berubah menjadi seperti hujan.

Kata Shaloum lagi berikutan serangan roket, "Kerajaan Israel tidak bermaksud untuk mengadakan semula serangan baru ke atas Gaza, tetapi jika HAMAS tetap melancarkan lagi serangan roket, tidak sesekali tidak, serang balas Israel akan lebih keras."

Menyentuh isu lain, Shaloum berkata, "Pihak Berkuasa Palestin sewajarnya mengambil keputusan yang lebih strategik."

Timbalan Perdana Menteri I Israel menyebut sedemikian dengan menyifatkan keputusan yang berani demi mengadakan semula rundingan damai secara langsung antara Palestin dengan Israel. Jelas Shaloum, itu pun jika Pihak Berkuasa Palestin mahu mendapatkan persepakatan perjanjian damai.

Shaloum berkata lagi, Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) mampu membuat keputusan sepertimana mahu mengadakan semuala rundingan damai secara langsung dengan Israel, tetapi Abbas merasa ragu-ragu untuk bertindak sedemikian.

Berhubung serangan roket, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menuduh HAMAs bertanggungjawab sepenuhnya dengan tembakan roket yang berterusan ke arah penempatan-penempatan Israel di selatan tanah jajahan 1948. Sumber 01/08/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget