CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 8 Ogos 2010

HAMAS dakwa Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat menangkap 8 anggotanya

TEBING BARAT - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) telah mendakwa pihak keselamatan Palestin di Tebing Barat telah menangkap 8 anggotanya yang terdiri daripada pendokong dan pemimpinnya di Wilayah Qalqiliah, Khalil dan Nablus.

Dalam kenyataan rasminya yang disampaikan kepada agensi berita 'safa', HAMAS berkata, pihak keselamatan Palestin di Wilayah Qalqiliah menangkap 3 anggotanya.

Tambah kenyataan itu lagi, bahawa ketiga-tiga yang ditangkap adalah para tahanan yang telah dibebaskan sebelum ini. Dalam operasi tersebut, pihak keselamatan menyerbu rumah mereka di bandar Qalqiliah dan menangkap Fadi Shuraim, Iyad al-Baghdadi dan Syeikh Mujahid Naufal yang merupakan imam masjid Hajah Faryal.

Jelas kenyataan HAMAS bahawa 3 lagi anggotanya yang ditangkap merupakan simbol pertahanan Wilayah Khalil. Mereka dikenali Muhammad At-Til dari Dzahiriah, Sheikh Adil Shanwar dan Syeikh Muhammad Al-Tukhman telah ditangkap sebaik sahaja keluar dari rumah Muhammad At-Til(ahli parlimen) setelah selesai menghadiri jemputan makan.

Di Wilayah Nablus, pihak keselamatan menangkap seorang jurutera, Fathi Al-Utaibi dan seorang lagi tahanan yang telah dibebaskan, Anas Khidir Sundak setelah rumah mereka diserbu.

Seiring dengan operasi terbabit, HAMAS berkata, pihak tentera penjajah telah memanggil puluhan para pendokong HAMAS dari beberapa buah bandar kecil dan perkampungan yang terletak di sekitar bandar itu untuk lapor diri. Sumber 06/08/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget