CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 8 Ogos 2010

Pesawat zionis mengubah sasaran serangan di Gaza

GAZA - Sumber melaporkan awal pagi ini, pesawat tempur Israel telah melancarkan serangan bersirinya yang baru. Serangan tersebut mensasarkan di beberapa buah kawasan yang berbeza di Semenanjung Gaza.

Menurut sumber agensi berita 'safa' menjelaskan bahawa pesawat tempur zionis telah mengebom sebuah terowong bawah tanah (lapor pada jam 03.04 pagi, Palestin/Mesir) yang terletak di barat Mukhayyam 'يبنا', di bandar Rafah selatan Semenanjung Gaza. Berikutan serangan tersebut, kedengaran letupan yang kuat dari kawasan yang berlainan kesan dari pengeboman zionis.

Ketika ini, pesawat tempur zionis masih meninjau di ruang udara Gaza pada ketinggian yang sederhana tinggi.

Pada jam 03.20 pagi, Palestin/Mesir, pesawat tempur zionis mengebom pula sebuah kawasan tanah lapang di Abbasan, timur Khan Yunus.

Sumber 01/08/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget