CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 4 September 2010

13 Sayap Tentera Palestin Padu Kerjasama

GAZA - Sayap-sayap tentera kumpulan pejuang Palestin di Gaza telah mengumumkan pejuang Palestin telah memasuki ke peringkat paduan kerjasama dan pemusatan operasi, antaranya taktikal menyerang penjajah dengan lebih efektif. Selain itu turut dipastikan bahawa peringkat situasi yang mendatang lebih berbeza dan tentangannya yang lebih berat ke atas penjajah.

Keterangan dari sayap-sayap tentera pejuang ketika sesi sidang akhbar(gambar di atas) yang berlangsung di bandar Gaza pada malam tadi menyebut pada 30 Ogos yang lalu, pertemuan sayap tentera telah bersepakat bagi sejumlah agendanya. Fokus utama agenda tersebut adalah pemusatan kerjasama dan pengoperasian bersama dalam ruang ketenteraan agar menjadi lebih padu.
____________________________________________

09.38 malam, waktu Palestin : Pejuang Palestin di Gaza telah melepaskan satu serangan roket ke arah sebuah kawasan tanah jajahan rejim zionis. Serangan tersebut dilancarkan dari sebelah timur Wilayah tengah, Semenanjung Gaza. Sumber 02/09/2010, web berita safa.ps

[Arkib] Kesepaduan sayap-sayap tentera Palestin berjaya mengukuhkan barisan pertahanan Gaza sewaktu Semenanjung Gaza diserang rejim zionis pada 27/12/2008 yang berlarutan sehingga 19/01/2009. Akhirnya, rejim zionis mengumumkan pengunduran dan menghentikan serangan di sebelah pihak.
____________________________________________

Keterangan sayap-sayap tentera yang dibaca oleh jurucakap rasmi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS, Abu Ubaidah jelas membantah rundingan antara perunding Palestin dengan kerajaan Israel. Dinyatakan lagi, kumpulan sayap tentera tidak akan membiarkan hal ini diselesaikan cara rundingan sebaliknya akan ditangani dengan cara penentangan.

Keterangan yang ditandatangani 13 buah sayap tentera Palestin menyebut, "kami membantah sikap mudah pemerintah Palestin mengadakan rundingan kerana ia menutup jenayah-jenayah penjajah, dan kami tidak restui seolah-olah menikam Palestin dari belakang dengan mengenepikan pengorbanan para syuhadak, kesengsaraan yang dihadapi para tahanan dan penduduk Palestin yang luka cedera."

Gambar(arkib): Pejuang dari sayap tentera kumpulan pembebasan Palestin.

Sayap-sayap tentera juga menyebut penjajah Israel mengambil peluang menggunakan jalan rundingan untuk meningkatkan lagi tentangan ke atas warga masyarakat Palestin.

Selain itu, sayap tentera Palestin menyatakan mereka tetap berpegang teguh dengan jalan penentangan menggunakan besi dan api untuk membalas setiap lamunan damai yang ada pada penjajah.

Keterangan tersebut turut memuji dua serangan siri operasi 'banjir api' yang digerakkan oleh AL-QASSAM di Khalil dan Ramallah mengakibatkan 4 warga Israel terbunuh serta 2 lagi parah. Sayap-sayap tentera ini menyebut bahawa operasi ini bukanlah yang terakhir, akan tetapi ia adalah percikan awal.
____________________________________________

Siri-siri operasi 'banjir api'

____________________________________________

Sementara itu, keterangan sayap tentera juga mengutuk Pihak Keselamatan Pemerintah Palestin di Tebing Barat yang melancarkan operasi penangkapan bertujuan memerangi pejuang-pejuang. Mereka juga menggesa Pihak Keselamatan berundur dari terus melakukannya.

Sehubungan itu, sayap tentera Palestin Gaza menegaskan bahawa mereka tidak akan berpeluk tubuh menanti pejuang-pejuang terus dijejaki dan mereka akan membalas tindakan sedemikian. Keterangan itu turut memuji usaha Kerajaan Palestin di Gaza yang memburu ejen-ejen Israel(tali barut/pengkhianat/perisik) dan mengenakan hukuman.

Sewaktu sidang akhbar itu berlangsung, Abu Ubaidah mengumumkan KATAIB AL-QASSAM menyerang sebuah kereta yang dinaiki warga Yahudi berhampiran bandar Ramallah malam tadi. Bagaimanapun tidak ada sebarang luka parah. Sumber 02/09/10, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget