CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 4 September 2010

50 Yahudi serang rumah Palestin


KHALIL -
Sumber melaporkan, hampir 50 warga Yahudi Israel menyerang sebuah rumah penduduk Palestin yang terletak berhampiran sebuah penempatan Yahudi
كريات أربع, di Khalil, selatan Tebing Barat.

Salah seorang ahli keluarga Palestin itu berkata, rumah Haji Yunus Idris yang diserang ini terletak berdekatan dengan Jalan Bani Nu'aim lama. Dalam kejadian serangan, 50 warga Yahudi memecahkan tingkap rumah dan peralatan rumah yang berada di sekeliling rumah terbabit serta cuba memecahkan pintu rumah untuk memasuki ke dalamnya.

Seperti yang dijelaskan, sepasukan tentera rejim zionis tiba di lokasi serangan serta mengarahkan warga Yahudi pulang ke penempatan Yahudi yang berhampiran.

Ketika laporan ini dikeluarkan pada jam 02.04 petang tadi, waktu Palestin, tentera rejim zionis masih berada di lokasi rumah berkenaan dikhuatiri akan ada serangan lain dari warga Yahudi ke rumah terbabit.

Serangan ini sehari selepas empat warga zionis maut dalam operasi 'banjir api' di persimpangan jalan Bani Nu'aim, timur Khalil. Sumber 01/09/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget