CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 4 September 2010

HAMAS Dakwa 150 Anggotanya Ditangkap

Gerakan HAMAS dalam kenyataannya berkata, "Pihak Keselamatan Palestin telah melancarkan operasi besar-besaran menangkap anggota-anggota HAMAS termasuk pemimpin-pemimpin, memanggil untuk lapor diri serta menyerbu ke rumah-rumah anggota HAMAS di semua Wilayah-wilayah di Tebing Barat."

Salinan keterangan HAMAS yang disampaikan pada hari ini kepada agensi 'Safa' menyebut, perangkaan awal menunjukkan jumlah anggota dan pemimpin HAMAS yang ditangkap dari semua wilayah Tebing Barat melebihi 150 orang.

HAMAS turut mendakwa Pihak Keselamatan Palestin menggempur beratus-ratus buah rumah ahli-ahli parlimen, pemimpin-pemimpin dan aktivis terkemuka HAMAS serta menangkap berpuluh-puluh anggota HAMAS dalam satu masa yang mampu. Sementara itu, jika Pihak Keselamatan Palestin tidak mendapati anggota berkenaan, maka isteri atau anak akan dipanggil segera hadir ke pejabat keamanan.

Kata HAMAS lagi, "operasi ala-gerila yang pernah dilancarkan oleh Pihak keselamatan Palestin pernah mengepung beberapa buah masjid semasa solat subuh, kemudian menangkap beberapa di kalangan jemaah solat sebaik sahaja mereka keluar dari Masjid."

Sebagaimana yang telah dilakukan, Pihak Keselamatan Palestin turut mengarahkan beberapa daripada anggota wanita HAMAS dari Sulfit dan Qalqiliah yang telah dibebaskan dari penjara sebelum ini untuk lapor diri.

Berdasarkan keterangan HAMAS, sehingga kini, operasi sedemikian masih berterusan yang meliputi kesemua bandar-bandar, kampung, dan Mukhayyam di Tebing Barat. Sumber 01/09/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget