CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 4 September 2010

Operasi 'banjir api' bunuh empat warga zionis

Gambar(safa): Lokasi kejadian.

KHALIL - Empat warga zionis dari sebuah keluarga Yahudi maut pada awal malam semalam dalam satu operasi serangan yang dilakukan oleh pejuang Palestin di persimpangan jalan Bani Nu'aim berhampiran Khalil, Tebing Barat.

Menurut sumber tentera rejim zionis, "tentera Israel mengenakan kawalan keselamatan di kawasan kejadian bagi menangkap pihak Palestin yang melakukan operasi itu," rentetan kejadian, pihak keselamatan rejim zionis tidak menerima langsung sebarang maklumat mengenai modus operandi operasi terbabit di Tebing Barat.

Al-Qassam mengaku bertanggungjawab

Berhubung kejadian, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) mengumumkan bahawa pihaknya bertanggungjawab ke atas operasi berani "سيل النار"(banjir api) yang mengakibatkan kematian empat warga zionis..

Abu Ubaidah, jurucakap rasmi AL-QASSAM dalam kenyataan akhbar berkata, "pejuang kami yang rela menitiskan darah telah berdaya melaksanakan operasi berani di Tebing Barat sebagai gelungan utama dari beberapa siri pengoperasian membalas jenayah penjajah ke atas Palestin."

AL-QASSAM turut menyebut sebaik operasi itu dilaksanakan, pejuangnya dapat berundur dari tempat kejadian dengan selamat. Keterangan tersebut menyatakan, operasi sebegini adalah serangan balas yang biasa ke atas jenayah penjajah dan warganya. Tambah kenyataan itu lagi, 'penentangan' tetap wujud meskipun adanya tindakan yang melenyapkan operasi penentangan di Tebing Barat.

Zionis akui warganya mati, ancam penyerang

Sumber zionis mengesahkan empat warganya terbunuh dalam operasi serangan berhampiran tanah rampasan

"كريات أربع"

,Bani Nu'aim, utara Khalil, semalam.

Penjelasan sumber zionis, pada jam 7.30 malam, satu serangan tembakan telah mensasarkan sebuah kereta warga zionis yang menetap di Bet Hagai di persimpangan jalan Bani Nu'aim secara bertubi-tubi.

Sebaik serangan tersebut, empat zionis mati ditempat kejadian dan kerahan sejumlah besar tentera rejim zionis ke lokasi berkenaan dan melaksanakan operasi pengesanan secara besar-besaran.

Tentera zionis turut mengadakan 'road-block' dan pagar keselamatan di jalan masuk ke bandar Khalil serta mengadakan pemeriksaan setiap kereta yang melalui jalan untuk mencari pihak yang merancang operasi.

Sementara itu, Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri rejim zionis Israel ketika berada di Washington dalam kenyataannya berjanji untuk membalas serangan ke atas perancang, pelaksana dan pihak yang berdiri di sebalik serangan ini. Hal tersebut, Netanyahu telah mengarahkan Ehud Barak, Menteri Perang rejim ketika menghubungi melalui panggilan telefon supaya bertindak membalas serangan yang berlaku.

Ehud Barak dalam kenyataannya juga mengancam untuk membalas serangan pejuang Palestin yang membunuh empat warga zionis. Jelas Barak, kejadian itu bertujuan untuk mempengaruhi rundingan damai secara bersemuka antara perunding Palestin dengan Israel.

JIHAD dan ALWIYAH sahut misi yang sama

Berikutan operasi AL-QASSAM, gerakan JIHAD ISLAMI(sayap tenteranya, SARAYA AL-QUDS) turut memuji operasi serangan terbabit.

JIHAD ISLAMI mengungkapkan operasi sedemikian adalah langkah utama bagi menggagalkan rundingan damai secara bersemuka dengan perunding Palestin dengan Negara penjajah.

Adapun dari pihak pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH(

لجان المقاومة الشعبية

) juga menghargai peranan AL-QASSAM yang meneruskan usaha penentangan Palestin. Tegas ALWIYAH, pihaknya juga akan mengikuti jalan sebagaimana AL-QASSAM yang membalas jenayah penjajah dan warganya dengan serangan ketenteraan.

Abu Mujahid, jurucakap rasmi Lijan, berkata, "operasi tersebut adalah mesej kepada perunding Palestin yang bersiap sedia bagi mengadakan semula rundingan damai dengan penjajah."

Abbas dan Fayyad kecam

Operasi pejuang Palestin yang membunuh warga zionis dikecam Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden Palestin yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) dan Salam Fayyad(Ketua Kerajaan Pentadbiran Palestin Tebing Barat - tafsiran MAP).

Abbas dalam kenyataannya yang diterbitkan oleh sumber rasmi 'Wafa' semalam, "barisan kepimpinan Palestin mengesahkan bahawa tujuan operasi yang diumumkan oleh HAMAS hanya semata-mata untuk menggugat usaha politik dan tidak boleh diiktibarkan aktiviti penentangan setelahmana HAMAS menghentikan penentangan di Semenanjung Gaza serta menjejaki pihak yang menggerakkan usaha penentangan."

Dari sudut lain, Salam Fayyad turut menyatakan operasi sedemikian untuk menggagalkan usaha dan pendirian rasmi Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO) yang disokong pihak antarabangsa. Jelas Fayyad, usaha PLO ini menggesa bagi menjayakan usaha penyelesaian secara damai yang turut mampu mengakhiri penjajahan serta mencapai kebebasan dan kemerdekaan.

Fayyad dalam kenyataannya menjelang rundingan damai semalam berkata, "kami mengecam operasi ini yang bertentangan dengan usaha pemulihan kebangsaan Palestin malah bercanggah dengan usaha yang digagaskan oleh barisan kepimpinan Palestin bagi mendapatkan sokongan antarabangsa bertujuan untuk melindungi kepentingan dan masyarakat kami, begitu juga, komitmen yang perlu dipatuhi."

Fayyad menggesa semua penduduk Palestin supaya sedar dan mengenepikan operasi pelampau serta memelihara agenda penentangan masyarakat secara aman bagi menentang penempatan dan tindakan penjajah.

Sementara itu, Sami Abu Zuhri, jurucakap gerakan HAMAS dalam kenyataannya menyebut bahawa operasi sedemikian adalah serang balas yang biasa ke atas jenayah yang dilakukan oleh penjajah dan penduduknya ke atas penduduk Palestin dan tidak ada kaitan dengan rundingan damai.

Abu Zuhri menilai kenyataan Salam Fayyad adalah bukti kesempurnaan pemusatan keamanan yang terjalin antara penjajah rejim zionis dengan Pemerintah Palestin Ramallah.

"Mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan penentangan(al-Muqawamah), maka dia tergolong dalam pengkhianat dan tali barut penjajah," menurut Abu Zuhri.

Sebagaimana yang disebutkan oleh sumber, walaupun operasi tersebut berlaku di luar zon kawalan Pihak Keselamatan Palestin, tetapi Pemerintah Palestin akan terus mengambil langkah-langkah yang sewajarnya agar operasi yang serupa tidak berulang lagi.

Palestin ucap tahniah

Sumber turut melaporkan di Gaza bahawa setelah operasi AL-QASSAM, beratus-ratus penduduk Palestin dari penyokong HAMAS keluar mengadakan dua buah perarakan besar-besaran tanda gembira di bandar Gaza dan utara Gaza.

Selepas solat terawikh, perarakan di bandar Gaza bermula dari Mukhayyam Shatie menuju ke medan syuhada' yang terletak di pertengahan Mukhayyam. Para penduduk keluar sambil melafazkan takbir, Allahuakbar serta memuji kebesaranNya.

Para penduduk membawa bendar Palestin, bendera AL-QASSAM dan sepanduk tahniah berhubung operasi tersebut.

Di utara Gaza, Mukhayyam Jabaliya, beribu-ribu penduduk Palestin keluar mengadakan perarakan yang sama kerana gembira berikutan gagalnya penjajah Israel dan pemerintah Palestin Ramallah mengekang aktiviti-aktiviti pejuang Palestin.

Seorang ahli parlimen HAMAS, Mushir Al-Misri menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak boleh menggugat pejuang Palestin dari KATAIB AL-QASSAM di Tebing Barat yang lahir mereka dengan didikan syahid, dan mereka akan keluar lagi menghadapi penjajah dan sekutunya. Sumber 31/08/2010, web berita safa.ps, web rasmi Al-Qassam, berita Al-Jazeerah, web berita Al-Jazeerah

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget