CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 4 September 2010

Operasi Ramallah Siri Dari 'banjir api'


Gambar(arkib): Pejuang-pejuang AL-QASSAM.

RAMALLAH
- Sayap tentera gerakan HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM mengesahkan bahawa operasi serangan yang telah berlaku malam tadi
(01/09/2010) berhampiran Ramallah adalah siri-siri episod operasi yang telah dijanjikan kepada penduduk Palestin bagi membalas sikap bongkak penjajah.

AL-QASSAM dalam keterangan yang disampaikan kepada agensi 'Safa' awal pagi tadi menjelaskan pejuangnya telah menyerang sebuah kereta yang dinaiki warga Yahudi dengan tembakan machine-gun berhampiran persimpangan jalan 'Remunim', timur Ramallah.

Gambar: Kereta warga zionis yang diserang dalam operasi Ramallah.

Serangan AL-QASSAM itu telah mengakibatkan 2 warga zionis mengalami kecederaan, salah seorang darinya disifatkan luka parah menurut pengakuan rejim zionis.

Radio tentera zionis menyebut kereta yang dinaiki warga zionis yang melalui sebatang jalan telah dipotong oleh sebuah kereta yang dinaiki orang bersenjata serta melepaskan tembakan ke arah kereta warga zionis.

Semalam, jurucakap rasmi AL-QASSAM, Abu Ubaidah berkata sebaik sahaja operasi 'banjir api' di Khalil, pejuang AL-QASSAM akan melancarkan lagi operasi-operasi serangan bagi membalas jenayah yang dilakukan oleh rejim zionis.

Baca lagi, operasi 'banjir api' di Khalil

Mesej serangan

AL-QASSAM dalam keterangan menyatakan, "operasi kali ini adalah rentetan daripada beberapa episod serangan yang telah dijanjikan kepada masyarakat Palestin, ia membawa mesej kepada penjajah(rejim zionis) dan perampas(warga zionis) bahawa jenayah dan kerosakan yang mereka lakukan tidak mungkin akan berlalu tanpa hukuman, malah kepada pihak yang melampaui batas dan tunduk lemah kepada persepakatan penjajah sanggup menjejaki para mujahidin serta menyiksa terutama setelah operasi banjir api bahawa kemaraan pejuang AL-QASSAM tidak akan dapat dihalang dengan tebing atau pagar-pagar kawalan serta pengesan dari zionis dan sekutunya untuk menuju ke sasaran dan membinasakan benteng anak-beranak zionis."

Jelas AL-QASSAM, "operasi hari ini adalah jawab balas kepada peniup-peniup trompet yang berkata semalam, operasi Khalil itu tidak akan berulang lagi, tetapi kami janjikan kepada kamu semua..wahai saudara kami di Al-quds, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, saudara kami yang dalam tawanan, hidup terbuang dan yang berada berselerak di luar tanah Palestin bahawa operasi ini bukanlah yang terakhir, maka para zionis akan terus berada dalam dentuman serangan kami yang menggelisahkan hidup mereka, maka kami juga akan keluarkan mereka dengan tidak sangka, dan beringatlah dengan apa yang kami umumkan mulai hari ini." Sumber 01/09/2010, berita Al-Jazeerah, web berita safa.ps dan 02/09/2010, laman rasmi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, web berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget