CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 28 Oktober 2010

ETP Bukti Kerajaan Sekarang Merancang Kemusnahan Akhlak Masyarakat Pada Masa Akan Datang

EPP 8: Mewujudkan Kawasan Hiburan Khas

Tindakan

Kami menyasarkan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti malam yang lebih meriah di Malaysia di mana hiburan aktiviti malam terpilih dijangka menyumbangkan tambahan pendapatan daripada RM600 juta kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Untuk mencapai hasrat ini, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan untuk merangsangkan pembangunan industri dengan

• Memisahkan kawasan hiburan khas untuk mengurangkan sebarang impak buruk kepada penduduk tempatan kerana kawasan tersebut dibangunkan terutamanya untuk memenuhi permintaan pelawat asing

• Membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

• Mengurangkan nisbah artis tempatan dengan artis asing berbanding dengan syarat yang ditetapkan dalam garis panduan semasa PUSPAL

• Melanjutkan tempoh sah visa bekerja bagi artis dan krew asing berdasarkan jenis persembahan (iaitu persembahan sekali sahaja (one-off), pancaragam dengan kontrak jangka panjang atau pertunjukan produksi jangka panjang) Untuk diiktiraf sebagai zon hiburan, kriteria yang berikut perlu dipatuhi:

• Memenuhi keperluan kalis bunyi sebagaimana yang didefinisikan oleh kod bangunan pihak berkuasa tempatan;

• Mencapai skala minimum purata 1,000 pelawat setiap malam di sesebuah zon hiburan;

• Memastikan kebolehcapaian pengangkutan dan infrastruktur yang mencukupi (contohnya tempat letak kereta, teksi dan bentuk pengangkutan yang lain);

• Ketersediaan rondaan yang mencukupi oleh pasukan polis atau firma keselamatan swasta untuk
memastikan keselamatan awam di kawasan berhampiran; dan

• Terletak pada jarak minimum 100 meter dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Lima bandar telah dikenal pasti sebagai lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan khas: Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu. Memandangkan Kuala Lumpur bakal menarik lebih banyak ekspatriat, aktiviti hiburan yang lebih meriah merupakan suatu unsur daya boleh huni (liveability) yang penting. Kawasan hiburan yang sedia ada adalah tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market. Kawasan ini akan direka bentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Sumber gambar : http://www.kpkk.gov.my/pdf/tahukah_anda/ETP_bm/bab10.pdf

===========================

Kerajaan sekarang telah menumpukan kemajuan "Sosial tanpa batasan" apabila "Sekolah Khas" telah dibina untuk menampung pelajar yang hamil luar nikah dan kemungkinan "Sekolah Khas" tersebut merupakan perancangan awal kerajaan di dalam membasmi pelajar hamil luar nikah yang berpunca masalah sosial pada masa akan datang.Sedangkan masalah sosial tersebut berpunca dari sikap kerajaan mengambil remeh dalam membasmi dan menutup pusat hiburan dan maksiat.Seandai kerajaan meneruskan projek yang bakal membuatkan sehari 15000 ke atas masyarakat berhibur tanpa batasan kemungkinan besar jumlah pelajar hamil akan meningkat.



362 Bab 10

Memperkasakan Industri Pelancongan

Pewujudan kawasan hiburan baharu akan ditadbir oleh Bahagian Pelan Induk DBKL. DBKL akan bekerjasama dengan badan-badan berkaitan untuk menarik pengendali kelab malam untuk melabur dalam zon hiburan yang diwartakan. Sementara itu, Bahagian Pelesenan DBKL akan bertanggungjawab membantu memudahkan pengeluaran lesen-lesen bagi kelab malam untuk memulakan operasi di dalam kawasan yang dikhaskan.

Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang akan diperlukan adalah RM276 juta dan kesemuanya akan dibiayai oleh sektor swasta.

Impak

Enam buah kelab malam baharu, setiap satunya dengan kapasiti untuk menampung sekurang-kurangnya 900 pengunjung kelab setiap hujung minggu disasarkan untuk memulakan operasi pada awal tahun 2012.

Dua buah kelab malam akan memulakan operasi pada tahun 2013 dan 2014 masing-masing. Menjelang tahun 2014, sekurang-kurangnya 10 kelab malam akan terdapat di dalam zon hiburan baharu. EPP ini dijangka menjana impak PNK sebanyak RM0.7 bilion dan kira-kira 5,614 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

==============================

Persoalan :

Sekurang-kurangnya satu kelab mampu menampung 900.
Namun berapakah anggaran maksimum pengunjung yang mampu ditampung sebuah kelab?

Minimum 900 pengunjung bagi setiap satu kelab malam?
6 kelab malam : 6 X 1,000 = 5400 pengunjung satu malam ?

MENJELANG 2014 SEKURANG-KURANGNYA 10 KELAB MALAM?
Ini bermaksud 2014 kelab malam akan bertambah dan kemungkinan akan melebihi 10 kelab malam.

SEANDAI 10 kelab malam disiap bina dan SEANDAI 1 kelab malam mampu menampung 1500 orang ini bermaksud 15000 pengunjung pada satu malam.

SEANDAI pada 2014 kelab malam dibina lebih dari 10 buah?
Maka lebih 15000 pengungjung akan ada dan amat mustahil semua pengunjung tersebut adalah non muslim.

Seandai sekarang kerajaan tidak mampu mengawal kelab hiburan dan tidak mampu mengawal masyarakat Islam dari mengunjugi kelab hiburan ini bermakna apabila berlakunya penambahan kelab malam dan hiburan maka pasti kerajaan sekali lagi tidak mampu mengawal masalah ini.

Mungkin ada yang beralasan bahawa perundangan syariah yang tidak membenarkan masyarakat Islam memasuki pusat hiburan telah sedia ada dan kesilapan itu hanya berpunca dari orang Islam yang memasuki kelab malam dan hiburan saja.Namun alasan itu tidak releven kerana perundangan tersebut tidak dilaksanakan dengan sebaiknya malah sebenarnya menjadi tanggungjawab kerajaan dalam menangani masalah sosial dengan mengurangkan kelab malam dan hiburan yang melalaikan serta menguatkuasakan perundangan tersebut.Alasan kesilapan orang Islam mengunjungi kelab malam dan hiburan yang melalaikan adalah merupakan alasan untuk pihak kerajaan "lepas tangan" setelah keuntungan diperolehi.

Sumber gambar : http://www.kpkk.gov.my/pdf/tahukah_anda/ETP_bm/bab10.pdf


Oleh sebab masalah yang semakin meruncing ini Ikhwan mengajak anda semua menyertai

Kami Bantah Penambahan Penubuhan Kelab Malam & Hiburan Yang Melalaikan

Page ini ditubuhkan untuk mengumpulkan seluruh masyarakat tidak kira agama mahupun fahaman politik untuk membantah perkara tersebut.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget