CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 8 Disember 2010

Dua serangan zionis di selatan Gaza

GAZA - Sumber melaporkan, pesawat-pesawat tempur zionis melancarkan dua serangan di selatan Semenanjung Gaza dalam dua kejadian berasingan awal pagi tadi.

Pemberita 'Safa' berkata, serangan pertama mensasarkan sebuah ladang penternakan haiwan yang dimiliki keluarga Abdul Hakim Al-Mujayedah (منطقة القيزان) di selatan Khan Yunus. Akibat serangan, ladang penternakan terbabit mengalami kerosakan yang cukup besar.

Sementara itu, sumber perubatan memaklumkan kepada pemberita 'Safa' bahawa serangan tersebut mengakibatkan seorang pemuda berusi 22 tahun, Nidhal Umairah mengalami kecederaan ringan berikutan serpihan-serpihan peluru yang berterbangan setelah letupan yang kuat. Mangsa telah dibawa ke hospital awam Naseer di bandar Khan Yunus.

Seiring kejadian itu, serangan yang kedua dari pesawat tempur zionis mensasarkan sebuah terowong bawah tanah yang terletak di sempadan Mesir-Palestin.

Lokasi terowong bawah tanah yang diserang adalah di 'منطقة الجردات' terletak di timur sempadan Rafah. Dilaporkan, berlaku kemusnahan yang besar ke atas beberapa buah terowong bawah tanah yang berhampiran dengan lokasi yang dibom pesawat zionis. Sumber 08/12/2010, web berita safa.ps

Roket serang Ushkul, SARAYA serang tentera zionis

Sumber peta. Kedudukan Qadi Salqa(وادي السلقا) di pertengahan Semenanjung Gaza.

AL-QUDS, - Web berita 'Yediot Ahronout' Israel melaporkan malam ini bahawa dua serangan roket mortar gugur di barat Naqab, tanah jajahan 1948.

Sumber tersebut menjelaskan dua serangan roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza menuju ke Kibbutz Sa'ad(penempatan haram zionis) yang bertentangan dengan sempadan tanah Gaza, lalu gugur dan meletup di sebuah tanah lapang di Ushkul(barat Naqab, tanah jajahan 1948).

Jelas media Israel itu lagi, serangan roket tidak mendatangkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda.

SARAYA serang tentera zionis

Sementara itu, kumpulan pejuang dari SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) mengumumkan bahawa pihaknya melancarkan beberapa serangan peluru mortar ke arah jentera perang rejim zionis di pertengahan Semenanjung Gaza.

Jelas SARAYA AL-QUDS, unit pertahanannya telah berupaya melancarkan beberapa serangan mortar ke arah jentera-jentera perang rejim zionis yang berkumpul di sekitar pintu gerbang An-Namr, timur Wadi Salqa terletak di pertengahan Semenanjung Gaza.

Selepas itu, SARAYA AL-QUDS turut bertempur dengan tentera rejim zionis berdekatan dengan pintu gerbang Kissufim. Sumber 07/12/2010, web berita safa.ps

Jentera perang zionis ceroboh Gaza

Sumber peta, google map.

GAZA
- Kejadian pagi ini, beberapa buah jentera perang rejim zionis menceroboh pertengahan Gaza.


Menurut saksi, beberapa buah jentera perang zionis telah menceroboh di timur Mukhayyam El-Buraij yang terletak di pertengahan Gaza, namun secara terbatas. Jelas saksi, rejim zionis turut melepaskan tembakan dan kedengaran beberapa letupan dari segenap sudut.

Semalam, pejuang Palestin mengumumkan telah mengebom sebuah kawasan di majilis daerah penempatan Israel di selatan tanah jajahan dengan serangan roket dan peluru mortar.

Berikutan itu, sepasukan unit tentera rejim zionis yang menceroboh timur El-Buraij semalam turut dibedil pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH) dengan 3 serangan peluru mortar 100mm. Sumber 07/12/2010, web berita maannews.net

Rabu, 1 Disember 2010

Cedera di Gaza, serangan gempa di Lubnan

GAZA - Seorang remaja Palestin cedera di bahagian kaki akibat terkena tembakan tentera rejim zionis di pertengahan lintasan Bet Hanoun, utara Semenanjung Gaza pagi tadi.

Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Tentera, Adham Abu Salmiah dalam kenyataan rasminya berkata, penduduk Palestin yang bekerja mengutip kepingan besi dan sisa runtuhan bangunan di utara Gaza telah ditembak dengan machine-gun zionis, lalu mengenai seorang remaja berusia 15 tahun dan mangsa mengalami kecederaan. Sehingga ini, kecederaan yang dialaminya disifatkan 'pertengahan'.

Kejadian tembakan dari rejim zionis ke atas peladang dan penduduk Palestin di timur dan utara Gaza boleh disifatkan berlaku setiap hari. Berikutan itu, rejim zionis cuba untuk mengadakan zon-zon asing yang dikawal tentera sekaligus diibaratkan melanggar undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi kemanusiaan.

Kebelakangan ini, berpuluh-puluh penduduk Palestin sewaktu mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan berdekatan sempadan kerap diancam tembakan dari tentera rejim.

Roket gugur di barat Naqab

Laporan dari radio am Israel berkata, satu serangan roket Palestin buatan tempatan gugur di kawasan penempatan haram "She'er Henegev", barat Naqab, di selatan tanah jajahan.

Jelas radio tersebut melalui web beritanya, serangan roket tersebut tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda.

Menukil dari sumber, tidak ada lagi mana-mana kumpulan pejuang Palestin mengakui melancarkan serangan roket.

Lubnan diserang gempa

Sementara itu, pesawat-pesawat tempur rejim zionis melancarkan beberapa serangan gempa(bayangan) di ruang udara selatan Lubnan. Sumber 28/11/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget