CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 24 Januari 2011

Pejuang 'bertenang', zionis tembak penduduk


GAZA - Seorang penduduk Palestin yang bekerja sebagai pengutip kepingan besi cedera pagi ini di bahagian kakinya akibat terkena tembakan tentera zionis di utara Semenanjung Gaza.

Berhubung kejadian, jurucakap media Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Semenanjung Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan, pemuda berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan yang disifatkan pertengahan di bahagian kaki kirinya.

Jelas Abu Salmiah, mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital di bandar Gaza untuk menerima rawatan lanjut.

Berikutan itu, jumlah pengutip besi dan sisa runtuhan yang terkena tembakan zionis meningkat ke 110 orang. Disebutkan, tembakan sengaja dari tentera zionis mensasarkan orang awam dan petani-petani Palestin ketika menuai dan membajak tanah di sepanjang garisan sempadan, dari arah timur dan utara Gaza.

Sebentar tadi(jam 12.06 tengah hari, Palestin/Mesir), pesawat tempur zionis melancarkan beberapa serangan gempa di ruang udara di barat Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Beberapa hari lalu, serangan roket ke tanah jajahan dihentikan setelah kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(ada sumber menyebut kumpulan pemisah) menyatakan persepakatan untuk 'bertenang', tetapi tidak bermaksud menghentikan penentangan ke atas zionis.

Pejuang-pejuang Palestin di Gaza turut menyebut pihaknya akan 'bertenang' selagimana zionis tidak bertindak melancarkan apa-apa serangan ke Gaza.

Sehingga kini, gerakan HAMAS berkata, tiada panggilan secara rasmi dari Kerajaan Mesir yang meminta hentikan serangan roket ke tanah jajahan bagi mengelakkan perang baru meletus di Gaza, namun hanya disebut melalui media massa. Sumber 06/01/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget