CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 12 Januari 2011

Zionis Bunuh Petani

Gambar(Safa): Tatapan akhir dari ahli keluarga.

GAZA - Sepasukan tentera zionis membunuh seorang petani yang berusia di bahagian utara Bet Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Mengulas kejadian yang berlaku petang ini, jurucakap Jawatankuasa Perkhidmatan Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, tentera zionis sengaja menembak dan membunuh petani, Sya'ban Al-Qarmut, 65 ketika mangsa sedang membajak tanah, milik keluarga Al-Kafarnah.

Adham menyatakan mangsa yang syahid dibawa ke hospital Kamal Udhwan, turut ditemui 3 das tembakan peluru di tubuhnya.

Gambar(Safa): Jenazah mangsa ketika diiring penduduk Gaza di sebelah utara.

Selepas waktu zohor hari ini, sepasukan tentera zionis dilaporkan telah menceroboh Gaza dari arah timur daerah Khuza'ah yang terletak di bahagian timur Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Pemberita 'Safa' melaporkan, jentera perang zionis menceroboh 300 meter ke dalam kawasan tanah Gaza yang bertentangan dengan garisan pemisah sempadan. Akhir bulan yang lalu, lokasi tersebut menjadi saksi 3 penduduk Gaza syahid berikutan pengeboman zionis.

Gambar(Safa): Pencerobohan yang kerap kali berlaku di kawasan sempadan.

Seperti yang dinyatakan, menara-menara kawalan tentera zionis yang terletak dari arah timur Khuza'ah turut melepaskan tembakan ke arah rumah dan tanah-tanah pertanian penduduk Gaza.

Pencerobohan secara terhad dan tembakan dari menara kawalan zionis ini boleh disifatkan kejadian yang kerap berlaku hampir setiap hari. Kawasan yang menjadi sasaran zionis ini adalah dari arah timur dan utara Semenanjung Gaza. Sumber 10/11/2011, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget